Assalamualaikum!
First of all im sorry, aku adalah salah seorang rakyat Malaysia yang 'menyumbang' peningkatan angka pesakit covid 19. Paling tinggi Covid cases negara telah mencecah 13K sehari ;(
Habis jee kuarantin awal bulan Jun (sebelum ni aku just close contact), aku teruskan bekerja macam biasa masuk office and join kursus online. Dalam tempoh tiga minggu tu hari hari aku ke office, pakai mask all the time without failed. Solat pun sorang sorang je. Jujurnya lagi prefer and suka sorang sorang settle kerja kat rumah,boleh work from home dengan productive and minimal supervision tapi cannot. Bos perlukan khidmat aku di office.
Sampailah MKN umumkan taman perumahan aku salah satu kawasan lokaliti PKPD bersasar on 03 Julai 2021 (Sabtu). Berbeza PKPD KL dengan Selangor. Tempat aku strict gilaaa. Tinggal Gombak tapi alamat KL. Surat MITI surat majikan semua tak laku. Memang penduduk tak dibenarkan keluar dari taman perumahan langsung. Beli barang keperluan kat dalam area perumahan sahaja dengan menggunakan pass police bergilir gilir dan tempoh masa sejam je. Yang dibenarkan keluar dari perumahan adalah orang yang ada appointment vaksin. Sebab dapat detect kes covid varian Delta dalam komuniti dan sah kawasan perumahan aku kluster baru yang dikeluarkan oleh KKM.
Persatuan penduduk maklumkan semua penduduk kena swab test on 05 Julai (Isnin) and 09 Julai (Jumaat) kecuali mereka yang telah divaksin tak perlu hadir. Masa ni, Ateen (sepupu) ajak pergi swab test on 09 Julai sebab dia and Daus bekerja keluar masuk rumah. Just nak confirmation mereka bebas covid. Aku pun okay jee, wakil rumah sebab Mak Abah and Amal dah vaksin. Dua tiga hari sebelum swab test tu jujur la hati aku dupdap semacam. Ada jugak la terdetik cemana kalau result aku positive tapi aku okay jee takda demam ke gejala apa apa. Cuma penat je laa and selalu rasa nak muntah sebab kursus back to back on weekdays, weekend pulak kuliah, malam talaqi/usrah. Busy dalam tempoh 3 minggu tu.
Hari Jumaat, kitaorang pergi dewan komuniti pukul 10.00 am rupanya ada orang lagi awal sampai. Aku dengan Ateen and Daus tak da la pulak nak amik gambar sesama ke, borak sakan ke memasing behave jee sebab tahu sekarang bukan masa nak beramah mesra walaupun sumpah aku cakap rindu gila kat sepupu aku sorang tu. Dah setahun lebih kitaorang tak jumpa tak rapat macam dulu since covid thingy ni. Padahal rumah lorong sebelah sebelah je. Sepanjang tunggu giliran nak swab tu aku tengok memang ramai la orang. Ada yang emosi berebut tempat duduk. Dalam keadaan macam tu pun masih nak pentingkan diri sendiri nak bertelagah. Nampak orang tua, budak kecik bagi je la depa buat swab test dulu. Bukan lama pun kita kena tunggu. Sampai turn aku, lepas amik details semua terus pergi swab test. Disebabkan ni kali kedua aku buat swab test so aku macam chill je la kan. Confident tau. Sekali bila kena jolok hidung tu, makkkk aihhh sakit! Aku punya tak tahan sampai pegang pinggang dia hahaha lepas tu aku balik sendiri tak tunggu Ateen and Daus sebab nak elakkan lama lama ada kat luar.
Sampai rumah, aku tak sabar nak bercerita dengan Mak tapi Amal bising suruh tukar baju mandi dulu sebab aku pergi tempat orang ramai. Okay la foinee. Siap semua aku turun bawah borak jap dengan Mak lepas tu terus nak masak. Plan nak buat Macaroni Cheese bakar and Ayam masak Mushroom. Aku sempat laa potong bebahan, defrost-kan ayam. Baru jee start menumis tetiba dapat call. Nombor tak kenal pulak tu. Aku pulak jenis malas nak layan kalau nombor tak kenal ni tapi taktau la kenapa haritu terdetik hati angkat jugak
019 : Hello, ini Cik Nurain ke? Saya dari KKM. Tadi ada pergi buat swab test kan.
Aku : Ya saya.
019 : Okay, result Cik positive.
Aku : ...........
019 : Cik, Cik Nurain, Cik?
Aku : Betul ke nama Saya?
019 : Takpa Cik datang semula dewan sekarang, nanti ada staff tunggu kita pakaikan gelang. Bla bla bla (aku dah tak dengar sangat sebab terkejut)
Weh cepatnya result keluar kurang dari sejam. Mak aku tengah ada kelas mengaji terus stop. Mak diam je terkejut jugak kan. Aku lari naik atas terus tukar baju dalam masa yang sama whtsap dalam group family. Aku call Ateen tanya result dia and Daus. Dorang tak dapat call dari KKM pun. Ateen pun terkejut dapat tau result aku. Kak nor pulak call aku, baru terasa nak menangis tapi tahan je la taknak orang risau sebab aku sendiri in denial.
Sepanjang otw pergi dewan, lama tau aku diam je. In second memacam persoalan timbul dalam kepala aku. Bila kena? tapi aku okay sihat je? Dapat dari mana? aku takda close contact? Aku dah seminggu tak keluar rumah. But how? Sampai je dewan, orang masih lagi ramai beratur nak masuk tapi gate dah tutup. Aku sorang je boleh masuk. Jumpa staff terus dia amik details and pakaikan aku gelang. Tak sampai 10 minit urusan settle and boleh balik start kuarantin kat rumah. Nanti KKM call lagi. The moment aku pakai gelang pink tu, aku blur. Macam kena pukau lol otw nak balik rumah aku rasa malu and guilty. Aku sorok tangan taknak orang nampak. Bila ada orang lalu sebelah, aku cecepat ikut laluan lain kalau boleh taknak dekat dengan sesiapa sebab takut dorang berjangkit. Sporandic we never know kan ;(
Start la kuarantin dalam bilik. Sepatutnya harini 18 Julai aku dah boleh potong gelang, tapi sejak hari ke 3 positive baru la aku bergejala. So next appointment 22 Julai di CAC Sri Delima. Harini dah hari ke 10 aku kuarantin, alhamdulillah im okay. Cuma ada masa aku memang tak larat. Mengantuk sangat sangat. Ada masa aku rasa nak tidur jee. Sakit kepala, selesama batuk, badan dedar nak demam and lenguh lenguh. So far, badan masih boleh tahan lagi, alhamdulillah. Mak Abah and Amal dah buat swab test, alhamdullilah negative nanti 24 Julai buat second swab to make sure mereka semua bebas covid. Sepanjang aku kuarantin ni memang family jaga makan minum. Makan sedap sedap pulak tu. Alhamdulillah deria rasa masih ada. Cuma dalam banyak banyak tips orang share, kunyah cengkih jee aku tak gemar. Pedas tauu haha JKM and NGO ada hantar bantuan makanan kering/basah sebab kami semua kena kuarantin di rumah.
Aku bersyukur sebab dalam tempoh aku diuji sakit ni, aku dalam keadaan tenang, boleh terima dan ramai sangat doakan aku. Terharu sangat. Aku masih boleh attend kelas talaqi walaupun masa mengaji tu aku macam tak cukup nafassss hehe Ustaz Hanif perasan la kot sebab dia tanya okay ke tak lol Aku rasa yang paling bermakna tahun ni, aku sakit di bulan Zulhijjah, inshaAllah esok nak puasa sunat Arafah tapi tu la Mak tak galakkan sebab aku kena makan ubat and minum air banyak. Kita puasa senyap senyap je laa kan hehehe
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu”
-- Surah Asy-Syura ayat 30.