Assalamualaikum!
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Terima kasih wahai Allah kerana mentakdirkan aku menjadi seorang guru sekali lagi. Alhamdulillah IV SPP pertama kali dalam hidup telah diluluskan. Macam mimpi rasanya. At the age of 34 y/o this year aku masih berpeluang berkhidmat sebagai penjawat awam.
Panggilan iv spp pada 12 Oktober 2022 dan dapat result 27 Jan 2023. Itu pun tengah malam! Balik kerja hari Jumaat tu aku penat gilaaaa sampai tertidur. Dapat whtsp dari Nurul suruh check result iv pukul 11.30 malam. Belum habis aku baca, nampak jee perkataan Tahniah tuu terus aku cari Mak, baca sama sama. Aku record video reaction Mak. Abah yang dah tertidur pun bangun lepas dengar kita orang kecoh kecoh kat dapur hehehe bahagianya rasa bila tengok Mak Abah happy. Terima kasih Allah!
Banyak perkara baik yang berlaku dalam hidup seiring dengan ujian yang diberi. Nikmat pun ujian juga kan? Aku harap aku dapat lalui dengan tenang dan sabar. Dah lama aku impikan semua ni kan? Diri sendiri je tahuu. Sekarang dah dapat kena pikul dan laksanakan tanggungjawab yang ada sebaiknya. Sehabis baik!
Masa yang masih berbaki ni aku kena selesaikan kerja yag ada. Proses DKM kena siapkan dalam tempoh masa dua minggu ni dan kerja hakiki perlu buat serahan tugas. Taktahu la reaksi majikan aku macam mana sebab sekarang ni memasing tengah sibuk dan fokus dengan program. Tipu lah kalau aku tak susah hati. Hanya aku dan team je tahu berapa banyak effort, masa dan duit kami usahakan untuk pastikan operasi berjalan lancar.
Penempatan dan tarikh lapor diri belum tahu lagi. Walau kat mana pun aku direzekikan ke sekolah mana mana, semoga itu adalah sebaik baik tempat untuk aku berkhidmat. Rindu nak dengar student panggil aku dengan panggilan Cikgu. Tahniah jugaa untuk semua calon yang berjaya IV SPP. Korang layakkk. Dan jangan pernah rasa rendah diri okayy. Mungkin ada yang ambil masa bertahun tahun untuk sampai tahap ni tapi percayalah kita ada sedikit kelebihan dari orang lain iaitu kebolehan mengawal emosi dan kematangan hehe Kalau bertahun tahun kita boleh sabar menunggu, takkan la kita tak boleh bersabar lagi untuk menghadapi cabaran berkhidmat untuk anak bangsa kan? nasihat untuk diri sendiri kee tu Nurain lol
Ya Allah terima kasih untuk peluang ini. Terima kasih Allah. Aku percaya ini juga berkat doa dari orang sekeliling yang mendoakan kebaikan untuk diri aku. Nikmat dan rezeki yang aku dapat harini semuanya atas kasih sayang Allah. Semuanya milik Dia. Aku hanya dapat berkongsi dengan orang orang terdekat aku. InshaAllah niat nak tunaikan Haji, buat ibadah korban, support keluarga dari segi kewangan, selesaikan hutang rumah dan hutang belajar akan cuba aku tunaikan.
Terima kasih Allah, aku bersyukur kepadaMu. Semoga kebahagiaan dan nikmat ini menjadikan diriku Muslim yang lebih baik. Mudahkan jalan untuk aku menuntut ilmu dan cinta untuk melakukan kebaikan.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete