Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Thursday, March 22

AKU DAPAT KERJA!

Assalamualaikum and Good Day,

Aku baru je balik iv, kali ni paling sekejap iv sebab candidate tak ramai. Tiga orang je termasuk aku yang datang walaupun dalam emel sepatutnya ada 7 orang. Ikut hati macam biasa la, rasa nak iv sekali lagi. Tadi aku macam tak smooth sangat, idea semua berterabor lol maybe sebab dah lama tinggal bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak since sambung degree (almost 4 years) so bila panel penemuduga tanya pasal diet pemakanan menu harian, pasal penjagaan baby kelam kabut jugak aku try nak ingat balik. Semalam aku study sikit and focus part pentadbiran and pengurusan, AKTA Taman Asuhan  Kanak-kanak 1985, child developmental etc tapi satu pun tak ditanya. Tak rugi pun baca balik (pujuk hati sendiri je erkk), ingat ye dalam dunia ni takde usaha yang sia sia. Yang bestnya iv ni sebab suasana tempat kerja kot. Aman tenang je aku lalu kat kawasan pejabat pentadbiran. Banyak pokok, taman bunga best laa. Dah la dekat je dengan rumah aku kat Sentul tu je haa.
_____________________________________________________________________________

Itu adalah draf yang aku tulis semalam tapi setengah jalan je sebab aku ingatkan nak delete and tak nak post sebab rasa macam takde input. Lebih pada pengalaman peribadi je, baik aku tulis dalam diari instead of blog kan wkwkwk dah la iv semalam paling tak perform tapi aku rasa nak share pulak sebab AKU DAPAT KERJA! Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah! Baru semalam pergi iv pagi tadi dapat call offer kerja dalam tempoh 24 jam. Terkejut bukan sebab dapat kerja tapi terkejut sebab cepat nauu haha sebelum ni aku pergi iv mana mana tak pernah bagi thank you email tapi semalam lepas iv je aku rajin la pulak hantar email kat HR. So sesapa boleh la praktik lepas ni kalau pergi iv mana mana organisasi kena hantar thank you email okay. It's work! Macam aku pernah cakap sebelum ni, macam mana pembentukan impresi berlaku dalam psikologi sosial mempengaruhi tanggapan positif orang lain terhadap kita. Hantar emel cakap terima kasih je pun dah bagi kesan penyempurnaan kendiri (self Fulfilling) and good impression diri kita pada bakal majikan.

Syukur sebab dapat tempat kerja dekat dengan rumah Gombak-Sentul je, enviroment pun aku rasa macam selesa, staff semalam pun muka semua manis manis senyum jee tu pun dah cukup buat aku happy walaupun gaji tak mengikut kelayakan aku sebagai graduan ISM. Kalau nak tunggu offer kerja goverment tah bila la pulak kan. Aku pun dah tak sabar nak get busy and berbakti. Amboi  Buat masa sekarang ni, aku terima je dengan hati terbuka sebab aku yakin dan sangat yakin Allah dah tetapkan rezeki aku kat sana mesti ada seribu satu sebab. Aku dah janji kat diri sendiri sebelum ni, walau apa apa pun position aku kat mana mana sekali pun, mesti buat yang terbaik sebab kerja tu ibadah jugak.

So dalam masa seminggu ni aku nak study balik PAKK and prepare flow kerja siap siap sebelum start kerja. Sebelum tu aku kena siapkan dulu translation my thesis sebab SV UKM nak publish thesis aku hehe that's another good news for the past week. Aku busy buat back translation malay-english-malay-english balik haha sebab tu takde masa nak continue subtopic in Social Psychology. Seronok rasa bila kita dapat beramal dengan ilmu ni. Mencapai satisfaction level langit ke tujuh tauu walaupun benda tu sekecil kecil perkara. Semoga seorang Nurain dapat jadi seorang Penyelia yang palinggggggg bagus dalam dunia. Nak jadi support system yang baik untuk anak buah/rakan sekerja so wherever working day become so hard and tiring, everybody can lean on me gituuu.

kbai.

Monday, March 19

Andante

Assalamualaikum and Good day,

You're stronger than you think. Every battle you’ve fought, every scar and wound, every stumble and fall - they’ve all made you into who you are today. So take on everything that comes your way calmly, with quiet confidence. The Almighty won’t give you more than you can bear.

Rasa nak throwback semula sebab terjumpa balik diari lama.  Andante, meaning in a moderately slow tempo. Macam yang aku rasa sekarang ni, perlahan lahan apa yang aku pernah hajatkan dulu, Allah makbulkan satu satu pada masa dan ketika yang paling tepat. Kita cuma perlu teruskan usaha dan doa je ;')

-- aku tak dapat sambung study lagi rasa macam loser je (23 April 2014)

2014 nak sangat masuk uni lagi. Berkobar kobar lepas habis diploma nak ada degree pulak. Target nak ada degree as a batu loncatan walaupun time tu hampir putus asa sebab terpaksa bersaing dengan ramai lagi students yang jauh lagi muda. Tapi aku main redah je amik balik exam MUET as private candidate. Time tu dalam kepala fikir, kalau tak dapat masuk uni pun at least aku dapat improve English. Disebabkan format exam dah lain, aku self study je. Habis kerja bukak internet belajar kat youtube. Time tu aku nengok Demi Lovato series (lupa tajuk apa) tanpa subtitle English untuk improve listening and tambah new vocabulary. And usaha tak sia sia bila dapat result better than my first MUET (2008) and dapat tawaran masuk UKM. Alhamdulillah

-- aku dah semester 4 ni nak dapat 4.00 flatttt! arghh (26 Januari 2012)

2012 walaupun every semester dapat dean list tapi aku tak pernah dapat 4 flat. Paling tinggi 3.93 je.  Of course kecewa. Lepas tu result maintain je tak naik tak turun dalam ranged 3.76 - 3.80. Time kat UPSI persaingan tu agak kuat jugak la sebab ramai akan tanya kau punya result berapa. So stress bila tak capai target walaupun aku rasa aku dah usaha. Malu kat diri sendiri sebab tak boleh score dalam exam walaupun time tu aku dah ade KAAK. Lastly, next semester 5 akhirnya dapat jugak 4 flat. Lucky me, all my best friends kat UPSI sangat supportive. Alhamdulillah

-- Ain jangan takut dengan masa depan, you go girl! (23 Mei 2010)

2010 Time ni baru dapat panggilan interview sambung belajar kat UPSI setelah stress tak dapat offer masuk uni (diploma). Risau kalau takde diploma nak kerja apa walaupun time tu aku kerja as a teacher. Banyak gila application aku hantar siap mintak surat sokongan Menteri lagi nak masuk uni. Buat surat rayuan kat KPM. Aku tak ingat berapa ratus salinan fotostat aku mintak principal tanda tangan sampai kena marah sebab banyak sangat. Usaha tanpa kenal erti lelah. macam klise je kan bunyi but its really work. Bulan September dapat offer uni pendidikan. Rasa happy tu sampai sekarang tak boleh lupa. Alhamdulillah

-- being a teacher since 3 days ago. tak confident langsung ni (3 September 2009)

2009 Pengalaman pertama jadi cikgu memang takkan boleh lupa sampai bila bila. Nervous tu sampai tangan kaki shaking seram sejuk. Bukan senang kot nak adapt suasana baru. Dah la muda 20 tahun kena jadi Cikgu didik and asuh anak orang. Satu kelas ada 15-20 orang. Dah la takde pengalaman jadi mak orang, adik aku pun dah besar besar. Imagine aku boleh keluar kelas 5 minute pergi menangis puas puas lepas tu masuk kelas balik and students aku pelik haha  Sebab aku rasa aku fail jadi cikgu yang baik untuk dorang. Since that aku set dalam kepala nak jadi cikgu paling bagusssss dalam dunia. Aku dah jumpa passion and jatuh hati dengan early childhood education. Alhamdulillah
______________________________________________________________________________

My concerns yang aku pernah tulis dalam diari dulu. Bila baca balik rasa nak gelak je tapi dalam masa yang sama rasa nak peluk diri sendiri and cakap syabassss beteyy haha kalau bukan sebab rasa anxiety, low self esteem and takut takut etc macam tu mesti takkan ade Ain yang sekarang (more positive and sado gituu kekeke). Rasa takut tu bagus sebab dia bagi peluang kat kita untuk jadi berani like I said before. Character kita ni boleh develop and personaliti kita boleh berubah rubah dan tak bersifat statik (bergantung pada keadaan/masa).

I used too overthink and worry too much. But you know what?
Your worries reach nowhere but your du'a reaches the heavens.  Have faith!


Thursday, March 15

#NowListening Lights Out

Hi and Good day,

When even breathing
Feels hard
And tears rise up
Some times
You can hide in me and cry
You can do that
Because it’ll pass

Fall asleep in my arms
Don’t wake up
Morning will come again
So you can peacefully dream
At the end of this loneliness
Just turn off the lights today

When you lift your head
Smile for me
So you can forget your pain
So you can fall asleep
With the small
But precious memories

Now you’re not alone
Don’t feel lonely anymore
Morning will come again
So you can peacefully smile
At the end of this sadness
Just turn off the lights today

Like the clouds covering the sky
If you get covered too
Then you, you
I’ll shine on you

Fall asleep in my arms
Don’t wake up
Morning will come again
So you can peacefully dream
At the end of this loneliness
Just turn off the lights today

By EXO UNIVERSE Winter Album 2017 (Lyrics : Chen)

My kind of comfort song and I started to listen this wherever I feel down atau rasa macam susah nak tidur sebab fikir banyak benda. Suka sangat dengan lirik yang simple tapi maksud lagu tu menyenangkan perasaan. Kalau aku boleh describe feeling dia rase macam when you're in your lowest point in life and your best friend trying to reach and help you by standing beside you. Dia macam cakap eh kau takyah la pening kepala fikir masalah dalam dunia ni, dah tutup lampu pergi tidur lol Try la dengar lagu ni, best weh. Lagi lagi suara dorang calming sangat. Siapa kata Kpop ni nyanyi lagu rancakk manjang. Lagu ballad dorang seratuslimapuluhjuta kali lagi meaningful and sedap. And only their songs can makes my heart go like chiki chiki boom boom hahaha rasa nak pang diri sendiri

kbai.

Sunday, March 11

Putus Tunang/Putus Cinta

Assalamualaikum and Good Day,

Sorry la aku takde idea nak letak apa tajuk entry ni. Memandangkan ada satu lagu yang aku asyik humming dari pagi tadi ada kaitan dengan putus cinta/putus tunang so kita bedal je lah. Melody and lyric lagu Di Matamu by Sufian Suhaimi ni macam melekat dalam kepala aku. Lagu ni viral and trending kat youtube since dua tiga minggu lepas but again, me being me. Baru sekarang nak amik tahu lol itu pun sebab aku dengar Naem Daniel yang cover. Best gilakkkk. Aku memang prefer suara R&B ni soul dia lain maciam okay. Entry ni bukan nak cerita gossip pasal artis sebab aku dah lama berhenti amik tahu hal hal macam tu tapi aku nak sambung entry Persepsi Sosial,  dua teknik dalam Pengurusan Impresi. Macam yang aku cakap sebelum ni, sesiapa yang menguasai dua teknik ni  adalah individu bijak and hidup dia akan jadi lebih mudah (depends on macam mana kau menilai makna dalam hidup) sebab dia berjaya potray-kan diri sendiri  dalam perspektif baik so akan dapat faedah dalam pelbagai situasi. 

Aku pernah baca kat Facebook, antara salah faham orang awam dengan bidang psychology adalah mereka fikir ahli psikologi ni boleh tafsir fikiran manusia macam ahli nujum. Betul, ahli psikologi memang tak tahu apa yang ada bulat bulat dalam fikiran manusia. TAPI pada pendapat aku, ahli psikologi ada sedikit kebolehan dan kemahiran untuk 'baca', memahami dan mentafsir fikiran  manusia berdasarkan tingkah laku yang dipamerkan. And tak semestinya hanya ahli psikologi atau student psikologi yang boleh kuasai kemahiran tu tapi orang biasa pun boleh. Contoh ada seorang lelaki bernama S (bukan Sufian) berpenampilan rendah, berspek mata, berjambang kusut dan berkerja sebagai operator kilang tetapi mempunyai kelebihan berbanding lelaki lain iaitu beliau mempunyai tiga orang isteri. Apa takde lelaki yang lebih kaya lebih hensem and bujang ke dalam dunia ni? Tips and rahsia dia simple je which is dia akan mendekati wanita yang minat kat dia and jauhkan diri daripada wanita yang tak suka dia. Ini menunjukan bahawa S seorang individu yang bijak mentafsir fikiran orang lain and dia terlibat dalam proses Persepsi Sosial (Persepsi Sosial ni berkaitan dengan cara kita berusaha mengetahui dan memahami orang lain/ sesuatu peristiwa yang berlaku) ini contoh aku amik dalam buku.

Tiga ke empat tahun lepas, aku ada nengok Kdrama Bel Ami/Pretty Man. Aku sukaaaaaa gila cerita ni selain sebab kelaka nak mampus watak Kim Bo Tong and Dokgo Ma Te and macam mana Dokgo Ma Te ni mengorat 10 wanita (kalau tak silap) untuk pastikan matlamat dia tercapai (nak kaya jutawan and dapatkan maklumat pasal ayah kandung dia) dengan memahami dan mentafsir fikiran perempuan perempuan tu semua. Dorang ada terapkan teknik pengurusan impresi dalam cerita tu. Even time tu aku takde knowledge langsung pasal psychology, aku macam kagum gila and try to apply cemana nak baca fikiran manusia dengan hanya perhatikan behaviour dorang (bukan teknik mengorat ye lol pang kang) And I found it's reallyyyyyy interesting! Ada setengah yang berjaya ada setengah yang tak berjaya macam aku cakap dalam Persepsi Sosial akan wujud ramalan tak tepat disebabkan maklumat deria terhad, bias dan lain lain.

Straight to the point, dua teknik dalam pengurusan impresi adalah :

1. Meningkatkan Imej Diri (Self Enhancement)
Merujuk kepada penampilan diri untuk tingkatkan keyakinan diri. Teknik ni adalah teknik penampilan diri dengan cara yang positif and cara atasi sesuatu masalah dalam aspek yang positif. Individu gunakan teknik ni untuk membentuk imej positif atau perasaan positif orang lain terhadap dirinya. Fokus kepada penampilan/fizikal sahaja.

Kalau dulu tahun 1998, aku darjah 2 malu gila kena pakai spek sebab rabun (sebab spek aku beso gedabak macam spek Betty la Fea) tapi sekarang aku tak malu dah sebab zaman sekarang spek tu dah macam satu aksesori and fesyen. Lagi kau pakai spek lagi kau nampak macam budak bijak level Oxford lol ni pun salah satu contoh macam mana kita bertingkahlaku kesan daripada kehadiran orang lain. Tapi individu yang gunakan teknik ni perlu hati hati sebab ada kesannya. Pakai spek sebab nak nampak bijak pandai tapi sebenarnya tin kosong tak pun botol kicap. Kantoi bila lecturer tanya soalan apa peranan teori and hipotesis dalam penyelidikan Psikologi Sosial yang simple pun tak boleh jawab. Rupanya pakai spek sebab rabun asyik layan drama manjang bukan baca buku pun. Gulp. Asal aku terasa wkwkwk

Contoh dalam buku, model mat saleh ni pakai seksi seksi sebab pada dia kecantikan perlu dibanggakan dan dipertontonkan. Itu adalah persepsi dia untuk tingkatkan imej diri tapi orang Asia yang penuh adat and sopan santun akan mempersepsikan model tersebut sebagai negatif iaitu wanita yang tidak bermoral kerana berpakaian seksi. 

2. Membina Imej Positif pada Mata Orang Lain (Other Enhancement)
Merujuk kepada sebarang usaha (selain daripada penampilan diri) supaya individu lain sentiasa positif terhadap dirinya. Contohnya selalu memuji-muji, menunjukkan minat melalui cara bukan lisan (eye contact, senyuman etc), setuju dengan pendapat, selalu minta pendapat and nasihat daripada individu yang sentiasa buat persepsi terhadap dirinya. Teknik ni memang paling berkesan untuk membentuk perasaan dan reaksi positif orang lain terhadap diri kita.

Mak aku selalu pesan kalau aku pergi mana mana kat tempat orang mesti kena senyum jangan nak tunjuk muka macam orang takde perasaan. Sebab kelemahan aku is muka nampak garang bila aku senyap so kekadang orang salah faham ingat aku tengah bad mood padahal aku normal je dok fikir lunch nanti nak makan apa. Dah la aku memang introvert. Dulu time sekolah rendah cikgu mengadu kat Abah aku misbehave at class because I'm always bitting my lips while she talked to me. But actually tu habit aku je sebab bepeluh kat dagu wkwkwk Since that aku membesar dalam keadaan tend to pleased everyone just to make sure that dorang comfortable being around me and tak kan ada salah faham macam tu lagi. Its quite tiring tapi berbaloi. 

Tapi teknik membina imej positif pada mata orang lain ni lagi besar kesan dia sebab orang lain akan anggap teknik ni macam mengampu, kaki bodek so tak pepasal je kau akan dibenci dan dapat impresi negatif dari orang sekeliling. Macam yang selalu berlaku dalam organisasi la, pegawai amik hati majikan /orang atasan dengan amalkan budaya 'menjilat' and jatuhkan orang bawahan demi kepentingan diri sendiri naik pangkat, dapat jawatan, kenaikkan gaji etc. Fenomena ni dipanggil sebagai Slime Effect (Vonk, 1998).

Pembentukan Impresi
Persepsi Sosial ni jugak boleh berlaku dan terbentuk dalam keadaan melihat gambar atau jumpa 4/5 minit. Sebab manusia akan selalu kaitkan rupa paras seseorang dengan sifat/personaliti. That is why kalau buat resume ke CV ke kena letak gambar yang bersesuaian (nampak profesionalisme) sebab persepsi macam ni (melalui gambar) membentuk satu kesan penyempurnaan kendiri (Self-Fullfilling) which is set kepercayaan awal bahawa individu itu adalah begitu atau begini.

Kesimpulannya, kita ni (selagi namanya manusia bukan alien) ada kecenderungan untuk buat dua benda iaitu persepsi (memahami orang lain melalui eye contact, body language, ekpresi muka and penampilan) dan impresi (kelihatan tampil menarik untuk pembentukan impresi awal yang berpanjangan). And kita jugak sedar orang lain pun buat impresi kat diri kita. Jadi, gunakan la dua benda ni ke arah yang positif and benda yang baik baik je dalam hidup okay. Do a good deed and be nice with each other. 

Habis dah satu sub topic Persepsi Sosial dalam bidang Psikologi Sosial ni. Aku harap jelas lah kot penulisan, penerangan and contoh yang aku bagi. Ni semua opinion peribadi je atas rujukan bahan ilmiah yang aku baca and aku try intrepretkan dalam bahasa yang lebih santai. Rindu sebenarnya nak masuk kuliah wuwu macam tak percaya seorang Nurain cakap gini kekeke

kbai.

Thursday, March 8

#NowListening I Wish

Hi and Good day,

I’m in bed, quietly looking at the ceiling
Blankly opening my eyes and lost in my thoughts
Why am I alone? What’s wrong with me? Why can’t I date?
My friends are dating and even getting married

But why am I alone?
Am I too picky? Or am I not popular?
When I was young, there were a lot of people who liked me, a lot
Was my mother lying when she said I was the most pretty handsome?
Now she doesn’t even look into my eyes

People who are uglier than me are dating
When I’m walking on the street, everyone is in love but me
Why am I alone? What’s wrong with me? Why can’t I date?
When I look in the mirror after I shower, I have a nice body
But why am I alone? I don’t know

Am I too picky? Or am I not popular?
When I was young, there were a lot of people who liked me, a lot
Was my mother lying when she said I was the most pretty handsome?
Now she doesn’t even look into my eyes

Is it because of my hair style?
Is it because of my fashion?
It can’t be my personality

My friends tell me to stop watching anime
My younger sibling tells me to stop playing games
Now I want to love one man woman too

By Kim Hee Chul ft. Jung Mo

*Aku suka lagu ni sebab catchy nau nau try dengar confirm sukaa and lirik dia comel kekeke 

Tuesday, March 6

Persepsi Sosial.

Assalamualaikum and Good Day,

Pandangan aku la kan, sesiapa yang pandai tafsir fikiran orang lain ni melalui teknik dalam Persepsi Sosial dia adalah orang yang bijak sebab its make your life much more easier (in a good way). 

Hari ni macam tak percaya aku rajin pulak nak sambung subtopic post semalam sebab selalu aku malas kekeke zaman start berbelog dulu excited nau share kat facebook lepas habis buat satu entry walaupun entry cerita pasal dapat makan ayam goreng free je. Sekarang ni seratuslimapuluhjutakali aku fikir nak share ke tak sebab kelompok friend kat facebook dah berubah. Kalau dulu cuma membe membe level IQ yang sama je lol haha sekarang ni ada bekas majikan, kawan sekerja, sedara mara yang jumpa setahun sekali or maybe potensi majikan baru, bakal in laws, jodoh. Gulp. Impression dorang kat aku camne la kan walaupun hanya melalui pembacaan penulisan dalam blog je huhu But again, I don't know about a lot of things. I am merely an observer. I come to this safe space (blogging) that I have built since 8 years ago and I just wanna share some of my thoughts. Pinjam aura #Newsletter Aida Azlin hehe I loveeeee her video so much! Such an inspirational. Go and check it out

Okay cakap pasal impression orang lain terhadap diri sendiri ni so this time aku nak share subtopic Persepsi Sosial. Korang yang baca blog ni and start to assume what kind of person am I maksudnya korang dah pun terlibat dalam proses Persepsi Sosial tau. I'm okay, its normal thing. Seorang Nurain dah cukup dewasa untuk bersikap terbuka and tak cepat melatah since bergelar Graduan Psikologi. Lebih memahami gitu hahaha tapi betul la. Aku rasa classmate aku pun atau students psychology dalam dunia ni kekadang hadapi situasi yang sama di mana kau tak boleh melepaskan emosi marah, frustration, annoyed, geram apa semua yang negatif  secara terbuka sebab kau sedar perkara yang berlaku bersebab and kau cuba nak fahami keadaan orang lain dengan lebih baik. Kira macam you're that friend that has to walk behind the others when the sidewalk doesn't fit a group of three camtu lah level beralah and toleransi kau. Faham tak contoh aku ni? hahaha cemana aku boleh ketawe dengan kata kata sendiri lol 

Persepsi Sosial ni berkaitan dengan cara kita berusaha mengetahui dan memahami orang lain/ sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam proses ni korang akan start mengamati, kenal pasti, membezakan dan buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang diterima daripada deria memasing. Kemudian akan diproses dalam otak dan ditafsir ikut makna tertentu. So bila cakap pasal pemprosesan maklumat dalam otak maksudnya proses kognitif sedang berlaku ye. Part ni kita kena hati hati sebab bila dah buat keputusan berdasarkan persepsi, boleh jadi berlaku salah faham,bias, ramalan tak tepat. Contoh, dulu aku ada kenal sorang ni. Dia selalu je sesorang takde geng sebab penampilan dia macam daring sikit. Orang lain macam tak ngam bila kawan dengan dia. Aku pulak jenis kawan je selagi mana dia tak menyusahkan hidup aku. Borak punya borak, tau tak apa yang menyentuh hati aku? Dia confess kat aku yang dia teringin nak pakai tudung tapi dia takde duit nak beli and baju dia pakai semua tu turun temurun dari zaman kakak dia. Sebab tu la saiz baju tak sama bila dia pakai macam fit sikit. And dia sedar sebab tu orang taknak dekat berkawan dengan dia.

Nampak tak kesan daripada persepsi yang kita buat tersasar? Kita dah jatuhkan hukuman/judgemental kat individu tanpa memahami keadaan dia sebenarnya macam mana. Maklumat deria yang kita dapat  sebenarnya terhad and bersifat ekspelisit (luaran) je. Perbuatan yang salah tetap salah, macam aku cakap before this kita bukan nak galakkan tingkah laku yang tak sepatutnya tapi kita nak memahami manusia dengan lebih baik melalui pembentukan sikap yang lebih positif. So bila berhadapan individu yang bertingkah laku tertentu sebaiknya kita fokus pada perubahan sikap dia daripada membuat penilaian negatif okay. Ada dua konsep manusia yang suka tonjolkan diri supaya nampak sempurna dimata orang lain dalam proses Persepsi Sosial . Pertama individu yang berusaha secara sedar membentuk persepsi orang lain (positif) terhadap dirinya dan kedua, individu yang memerhati dan berusaha untuk memahami punca sesuatu tingkah laku. Aku sarankan baiklah kita jadi individu kedua tu. Dunia ni sementara je tau kalau nak cari silap orang manjang huhu 

Kan best kalau semua orang ada kebolehan untuk kuasai teknik pengurusan impresi dengan lebih baik. Sebab kita as a manusia adalah makhluk tuhan yang paling seksi eh tak bukan. Maksud aku, kita as a manusia sebagai makhluk yang adaptif sentiasa buat persembahan diri yang startegik. Kita sentiasa put an effort and keep on trying untuk nampak baik, bijak, berkebolehan depan orang dalam pelbagai situasi. Pakai baju raya time interview kerja sebab baju raya kau paling meriah tahun lepas, pakai minyak wangi and bermekap bila pergi jumpa dengan boyfriend (sekarang dah ex, kbai), berhias mengalahkan pengantin bila kau jadi pengapit je pun atas pelamin lol. Semuanya bertujuan untuk mencapai matlamat tertentu seperti keyakinan dan kepercayaan orang lain (dapat kerja, dapat pasangan hidup, dapat perhatian etc). Ada dua teknik dalam pengurusan impresi ni. Part ni paling best. Macam aku cakap awal awal orang yang kuasai teknik ni memang bijak sebab dia percaya pembentukan impresi awal (first impresion) akan beri kesan yang berpanjangan. 

Okay lah, aku rasa post ni dah macam karangan dalam buku teks. Wording je semua dah la tak kelakar, topic ilmiah la pulak. Aku stop sampai sini je dulu. Memang part yang paling best kena sambung bahagian lain. Sama macam makan ayam goreng lah, part kulit yang sedap kena makan paling laaassssttttttt sekali. 

kbai.

Monday, March 5

Psikologi Sosial.

Assalamualaikum and Good Day,

Don’t confuse my personality with my attitude. My personality is who I am. My attitude depends on who you are. 

Memandangkan aku ada masa yang free sekarang ni so aku decide nak start menulis balik especially pasal psikologi and kaitannya dalam hidup kita. Maybe sehari satu topik. Itu pun kalau aku ada idea la. Selalu takde idea aku banyak merepek kat twitter lol sekarang ni interest aku dengar music so aku takut pulak lama lama nanti knowledge aku tak berkembang so kena jugak amik masa untuk read a book and share ilmu through this blog. Aku menulis ni aku imagine tengah cakap dengan kekawan je so takde la kau rasa macam baca nota kuliah walaupun tajuk ilmiah sangat hehehe buat bacaan santai je boleh laa

First thing first, dalam bidang psikologi ni ada banyakkkkk cabang tau tapi aku nak fokus kat Psikologi Sosial. Sebab? dalam banyak banyak buku psikologi yang aku beli, buku Psikologi Sosial Dr. Rozmi Ismail (my lecturer) ade kenangan yang tak boleh lupa. Two years back, aku ingat lagi time exam week aku demam weh. Dah la banyak tajuk aku tak sempat cover lagi tapi nasib la aku tak pernah miss kuliah Dr walaupun most of the time aku jadi botol kicap dalam tu (tak faham tapi tak tanya sebab tak tahu apa yang tak paham camtu la perangai pang kang). Hari nak dekat exam paper Dr memang siang malam pagi petang aku tidur dengan buku PS. Setiap tajuk yang aku dah baca aku lipat. Sampai sekarang kesan lipatan tu ada lagi and warna warni buku tu kesan highlight. Tiap kali nengok even until now pun aku mesti rasa tu lah kau kenapa tak study awal awal semester ni dah nak exam baru nak baca padan muka haha Dalam banyak banyak kuliah Dr Rozmi aku paling suka kuliah Psikologi Sosial ni sebab one of the group asgmnt  kena berlakon. Best gilaaa group aku sangat supportive and fun! Aku semangat jadi script writer buat dialog walaupun first time tapi sayang benda tu semua burn dalam laptop aku wuwu nampak tak kenapa aku frust bila laptop aku rosak. But through all that process (study at university) aku perasan la diri aku ni jenis suka bab bab hiburan/seni. Dulu kat UPSI ada asgmnt tubuhkan band menyanyi pun aku yang paling excited walaupun aku cuma main castanets je lol but still music instrument okay haha and the most interesting part, we get to know ourself better bila kita belajar and exposed dengan benda benda baru. So don't be afraid to challenge yourself in new things okay. Enjoy and cherish jee the moment. Rasa takut takut tu simpan dalam gobok kekeke

Awal awal ni aku nak orang faham dulu apa tu Psikologi Sosial. Senang cerita, PS ni cabang ilmu psikologi yang fokuskan kepada pemahaman terhadap behaviour manusia dalam konteks sosial.  Contohnya dalam program viral (taknak sebut), dulu aku pelik gila cemana individu2 yang upload video kat social media boleh famous dapat ratings view tinggi gila sebab netizen support, share, like, komen padahal takde content dalam video, tunjuk perangai tah pape and tak datangkan manfaat pun (sorry ni aku jujur cakap untuk sesetengah guest dalam program tu). Part yang aku tak setuju tu bila dorang dah berjaya tanamkan mindset kat golongan remaja sekarang, its okay to be silly/rude/tak sopan as long as I get paid for it, like seriously? Dengan Psikologi Sosial ni la kita nak memahami kenapa individu tu berkelakuan macam tu adakah disebabkan faktor persekitaran, budaya atau pengaruh biologi etc Kita nak faham tingkah laku bukan nak sokong pulak tingkah laku tu ye. Kita pun taknak lah judgemental. Kecam sana sini tapi takde isi tak membantu langsung okay. Paling penting kita nak memahami fenomena dan situasi supaya kita dapat lahirkan masyarakat melalui pembentukan sikap yang lebih baik/positif. 

Dalam findings kajian  yang lepas lepas memang dah terbukti penampilan yang menarik, gaya hidup, social status akan mempengaruhi persepsi dan penilaian orang lain terhadap diri kita. Pernah fikir tak kenapa orang cantik gilaaa mesti akan dapat layanan lebih baik? kenapa orang kaya dan berpangkat mesti ramai orang nak dekat? kenapa orang berperangai tahpape boleh famous and semua orang nak jadi macam tu? Kat sini la proses kognitif berlaku sebab kau mula berfikir hahaha bagus sebab memang dalam Psikologi Sosial akan lihat fenomena ni dalam konteks kognitif. Maksudnya kita buat penilaian dan tafsiran terhadap tingkah laku orang lain sehingga mempengaruhi bentuk tingkah laku yang kita akan pamerkan. Cakap kasar sebab tak puas hati, dengki sebab rasa orang lain lebih berjaya etc So boleh imagine tak, kalau banyak sangat unsur negative dalam masyarakat sekarang, agak agak akhlak generasi akan datang macam mana? Sad enough kan ;(

Samaada sedar atau tak, kehidupan manusia ni memang dipengaruhi oleh orang lain. Dipengaruhi oleh jaringan manusia samaada ibu bapa, kawan sekolah, kawan universiti, kawan sekerja, teman hidup, artis/idola atau sesiapa je. Aku perasan la character aku akan berubah rubah ikut dengan siapa aku berinteraksi. Aku boleh jadi macam bebudak bila cakap pasal EXO members lol (fangirling is tough job hahaha) boleh jadi matang gila macam mak orang bila jumpa parents anak murid aku time report card day, boleh jadi serious time presentation/meeting  dengan bos/sv, boleh jadi joker bila hang out dengan my beloved best friends, boleh jadi perempuan melayu terakhir bila jumpa strangers, boleh jadi monster bila bergaduh dengan Erah sebab pinjam barang aku tak bagitau etc. And kita semua macam tu. Kita jalani hidup ni dengan apa yang kita fikir, apa kita rasa dan bertingkah laku kesan daripada kehadiran orang lain. Tiga elemen ni penting. That is Social Psychology. 

Well, best la studies pasal mental process and human behaviour ni. Time exam je tak best haha sampai sekarang aku tak boleh relate apa kaitan soalan duit syiling (one of the question time final exam) dengan psikologi. Ni pengenalan je dulu kang aku masuk sub topik kang muntah hijau pulak kekeke

Rujukan : Psikologi Sosial, Rozmi Ismail (UKM)