Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Thursday, October 26

POWER ke?

Hi Good day! #nowlistening Power by EXO 😍😍😍😍 (Now I'm officially EXO-L weehoo!)

Bila ingat balik sepanjang tahun 2017 yang berbaki lagi dua bulan lebih ni, macam macam benda yang jadi. Final year hits me very hard! Tak lah frust lagi pun sekarang ni. Dah okay dah pun. nak konvo by next week yahoo! Just nak share there's a few things happen to me before this which I cant believe I'm strong enough untuk hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi, hadapi dengan tenang jiwa, semuanyaaa kan baik baik sajaa~~~  Kuat jugak seorang Nurain rupenye walaupun takut cicak eh ade kaitan ke eh sukahati aku lah eh eh eh 


1. TESIS

Preparation for tesis start awal jugak dari bulan Ogos, 2016. Bila call/send email/buat surat banyak kali kat beberapa agensi untuk apply tempat for my research tapi tak dapat kerjasama/feedback. Masa aku buat keputusan nak buat research for student/child, aku dah semangat gila and i dont mind to buat-kerja-lebih-sikit isi borang buat surat bagai. Kiranya macam bersedia lah untuk go thru all the procedure even i know akan makan masa sangaaaaaat lama sedangkan my classmate dah start data collection time tu. Gila nervous weh. Tak tidur malam aku. Tak kisah pun bila kena reject atas sebab tertentu but at least boleh kot bagitau. GIVE FEEDBACK. Ada yang dah deal tapi bila tarikh nak datang tetiba cancel last minute without inform me pun. Macam gantung tak bertali pun ade. Sebabkan hal macam ni la aku rasa student universiti takde 'hati' nak turun padang and buat research bebetul. Sebab tak dilayan. For them its just another research je. Tapi macam mana pulak dengan orang macam aku? yang jenis ikut peraturan tapi tak dilayan. Just because I'm student. Dah la masa tu nak pergi umrah kena setelkan tempat sebab balik je nanti by hook or by crook kena start data collection. At least sebelum pergi, aku kena make sure akan dapat confirmation tempat. But the end of the day, berjaya jugak dapat tiga tempat yang sangat supportive! Which I'm very glad dalam masa tujuh hari selesai data collection and im on track. For me, buat research time degree ni proses mematangkan diri aku walaupun ikutkan tak lah sesempurna mana pun kajian ilmiah tu. Tapi rasa lega sebab aku tahu aku dah buat sehabis baik untuk siapkan mengikut procedure and beretika. The process itself lagi berharga kalau nak dibandingkan dengan perasaan frustated tu. So, aku harap hikmah kesabaran melalui kesukaran sepanjang buat kajian ilmiah tu dapat aku apply sekarang-- seeking for a job 😎

2. LAPTOP TOSHIBA

Benda ni paling susah aku nak percaya jadi kat aku. Laptop rosak jahanam time aku tengah final year. Tinggal tiga minggu je lagi before habis last semester. Can you imagine? Time aku tengah banyak kerja nak selesaikan, nak final exam segala data, report, assignment you name it hilang jadi debu sebab laptop rosak. Tujuh tahun kot guna laptop yang sama. Siapa kata barang Toshiba untuk mesin basuh je. Hahaha Banyak kenangan laptop ni buat segala jenis surat menyurat, report literature review, proposal, gambar since diploma-bekerja-degree. Susah hati tu Tuhan je tau. Aku still berharap laptop aku cuma rosak sebab overused je. Mana taknya on dari pagi sampai ke pagi besok. Rupanya rosak hard disk. Aku pernah ternages dalam kelas sampai menyorok bawah meja sebab stress. Kemuncak bila aku buat appointment jumpa kaunselor sebab ade sorang manusia ni cakap 'amik cangkul, gali dan tanam laptop tu'. Aku elok elok tanya macam mana nak betulkan laptop yang rosak bukan nak dengar cadangan sampah macam tu. Ibarat macam orang depression ade suicidal thoughts and kau dengan bangganya suruh dia terjun bangunan. Such an ignorant people. To cut it short, Kak Nor and Mak belikan aku laptop baru. Laptop yang aku guna sekarang ni ACER. Harap dia akan bertahan untuk 10 tahun lagi Hehehe Tu la aku ni kalau dah sayang barang tu akan sayang jee taknak guna barang lain. Dari handphone sampai ke laptop pun macam tu jugak. Selagi boleh guna, kita guna sampai bila bila. Takde istilah nak berganti baru sebab jenama ke apa. Sebab tu aku rasa kan generasi sekarang ni kerap curang dengan pasangan masing masing. Kalau yang dah berkahwin tu mungkin membawa sampai ke penceraian. Sebab apa? sebab pantang rosak/tak sempurna je rasa nak tukar lain. Eh apa kaitan cerita laptop aku dengan relationship ni. Kau emo ke apa Nurain lol hahaha

3. KAKI

Tahun ni je dah banyak kali kaki aku terseliuh. Sakit gilaaa aku rasa macam nak meraung je tapi malu lagi banyak sebenarnya hahaha Aku tengah tunggu bus pun boleh tetibe tegolek sebab tanah tak rata. Ya Allah sakit tuu rasa macam kudung sebelah kaki nak bangun tak boleh. Bengkak jangan cakap la memang besor penumbuk. Lagi satu teseliuh time tengah turun bukit. Habis tecampak nugget aku. Jatuh sebab tersandung batu. Dah la time tu aku lapar gila satu hari tak jamah nasi kelas habis lambat. Sampai je bilik aku balut kaki aku dengan stocking sebab takde first aid. Nak beli ais kat cafe malas pulak nak menapak. Dah la kaki tengah sakit ya ampun. lepas tu Aku ikut photoshoot kawen Zila kat Titiwangsa. Tah macam mana aku tepeleot padahal pakai kasut flat je pun. Nasib aku tak tarik veil dia lol time ni paling malu sebab suami Zila and photographer pun ade siap cakap awak ni excited sangat ni hahaha aku rasa macam nak berenang dalam tasik je. Malu woi. Hat ni baru je jadi semalam, lepas bangun tidur macam biasa la kan kemas katil tapi cemana tah mata aku juling air ke apa aku tesepak bucu katil. pehhh perit dia menitik ayaq mata. Sebijik macam ni


Whatever la seorang Nurain kalau tak buat benda memalukan macam tak lengkap je dalam hidup dia lalala

Sebenarnya ade je lagi nak story tapi aku dah mengantuk. I'm growing up and my body feels heavy lol cakap  je la aku malas nak menaip lagi. Kbai