Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Tuesday, September 30

B A N G I L A G I

Assalamualaikum 

Okay sebenaqnya dah janji kat diri sendiri nak keep on writing in this blog. So nanti bila aku baca balik 10 tahun akan datang, i was like wow!  i come this far. Bukannya eww awat hang gediks semacam. Hopefully laa kan. Hewhew

Basiclly, sekarang aku dah jadi student balik. Ya, mahasiswi di UKM. Ya Allah sape sangka kan?  Time aku mula rase give up dan tak mengharap apa apa,  tiba tiba je Allah makbulkan doa aku depan Hijir Ismail awal tahun ni. Nanti aku story lebih sikit sebab aku rase benda ni boleh jadi satu semangat buat orang yang dah pun lemah semangat macam aku a few month ago. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thank you Ya Rahman Ya Rahim. I'm happy! Loooonggg way to go. Rabbi Yassir Walaatuasir.

Alkisahnya, aku pun tak terkira dah berapa puluh kali apply Universiti since habis SPM. Rayuan jangan cakap lah. Berapa kali fotostat IC, segala sijil etc. Usaha tu sentiasa je even lepas habis STPM.  Sampai laa dapat tawaran buat Diploma kat UPSI. Alhamdulillah. Dah pun grad dengan jayanya. Dengan result CGPA yang aku-sendiri-tak-percaya. Then bekerja selama beberapa bulan ni. Dengan gaji yang tak seberapa boleh menabung mengunjungi rumah Allah. Tu dah capai tahap gembira tak terkata dah. I'm happy enough. Alhamdulillah.

And now almost 9 hari menetap kat Kolej Keris Mas di UKM. Hmm cemana eh nak describe feeling nih. Sebenaqnya tak sangka pon aku akan kembali ke Bangi ni. Since 2009, aku umur 20 tahun. Banyak jugak laa kenangan kat sini. Kuat betul jodoh dengan Bangi ni. Erkk

Sepanjang aku attend kuliah beberapa hari ni serious aku rase macam lost. Adoi. Task jangan cakap laa memang belambak lambak. Macam beranak pinak pon ade. Amboi kemain. Takpa takpa. Hadap je. Manis tu nanti InshaAllah, Allah akan ganti 3 tahun lagi masa aku konvo. Target nak dean list, dapat student terbaik pon okay jugak. Pehh masin laa mulut aku. Kehkehkeh But once again  please set your goal high.Confident tu penting. lol

Lagi satu, rindu ahli syurga ni lain maciam sikit tau. Hehe my precious students. Selalu pagi pagi nie mesti buat bacaan sama sama. Kerenah dorang memang pengubat sakit. Rinduu bau budak budak tu. Mesti dorang pon rindu aku agaknya kalau tak takkan aku sampai mimpi dorang ;((

Okay, ada masa pulak kan aku nak update bagai. Tak sedaq diri ke ape task dah tersusun nak submit.

Bai.