Ke hadapan Uhud yang aku rindu 💓
Uhud, dalam bas.
2020,
Sebelum Corona,
Aku yang rapuh saat mencari bahagia yang hilang,
Kini sedang melihat kau Uhud yang wujud
Kagum.
Penat aku dan letih aku,
Sedih aku dan pilu aku,
Bahkan sakit aku,
Tetap tidak setabah kau Uhud,
Yang menanggung rindu akan kekasihNya
Sungguh,
Uhud itu kuat,
Malu aku.
Hingga saat akhir nanti,
Uhud itu tetap kekal indah di mata dan hati ku,
Kerana aku sayang Uhud,
Seluruhnya.
Wahai Uhud yang berperasaan,
Semoga kelak kau menjadi saksi kedatangan ku ini
Adalah kerana mengikut sunnah Nabi
Dan moga kita berjumpa lagi (Syurga).
--Now listening Mazhab Cinta, TS.
Aku menangis dengar lagu Mazhab Cinta tu wei ðŸ˜