Assalamualaikum,
Tahun 2021 antara tahun yang mencabar untuk aku. Serious. Tahun yang berat ujian berserta nikmat yang datang berganti ganti. Paling banyak air mata jatuh sampai demam demam dibuatnya. But alhamdulillah masih waras, gembira dan lalui je. Gelabah biawak tetap ade laa tapi lol
Bermula April, time bulan Ramadhan aku memang terganggu dengan news berkaitan Masjid Al Aqsa. Hari hari menangis tengok video rakyat Palestine sampai sakit kepala aku. First time in my life aku jadi Bawang Rangers join komuniti pergi hentam Israel thru media sosial sampai trending #koyak masa tu. Tak pernah pernah aku tweet sampai dapat beribu impression/rt bagai. Siap bergaduh dengan Yahudi. Aku ikuti news sampai tak tidur malam, lepas sahur sambung lagi. Hari hari tunggu JatIkhwan, Fakhri and beberapa orang yang aktif kat twitter translate news dari Arab to bahasa. Rasa berkobar kobar nak bantu walau hanya melalui medsos jee.
Seminggu after Raya, aku happy gilaa nak celebrate dengan anak anak TKPM. Tapi benda yang paling aku risau berlaku. Boleh bayang tak, ada kes Covid melibatkan students aku, cikgu aku, parents and ibu mengandung? Terduduk aku tapi masa tu tak larat nak menangis lama lama. Aku fikir nak cecepat setel urusan report bagai semua tu. Procedure panjang dan memenatkan sebab melibatkan kelulusan agensi JKM, PKD, MITI, MKN, KKM. Nak explain kat parents lain dah satu hal, kena kecam lagi hal kedua, co-workers yang tak membantu malah menyalahkan pun ada and macam macam lagi terjadi dalam satu masa. Berbulan TKPM tutup operasi kau rasa parent marah tak? Aku ni macam punching bag dah. Tempat orang melepaskan amarah masing masing macam aku takda hati. Perasaan masa tu memang sedih yang teramat sedih. Aku rasa aku dah kecewakan ramai orang and im decided to resign after selesaikan semua urusan. Dengan emosi aku sendiri yang sangat rapuh masa tu juga aku kena bagi semangat kat orang lain. Sedih aku, pilu aku, sakit aku tak boleh tunjuk kat orang nanti orang cakap aku ketua yang lemah. Depan anak buah, depan orang kena tunjuk profesional. There is no shoulder for you because youre leader. Kalau laa orang boleh tengok keadaan hati aku masa tu....
Tup tup aku pulak positive Covid. Can you imagine? For second time kena hadap dengan Covid thingy ni. Rasa bersalah paling aku tak suka. Its killing me inside. But dalam masa yang sama aku bersyukur sebab aku dapat rehat yang sepatutnya. Tempoh kuarantin tu time to heal myself tanpa orang lain atau kerja. Sepanjang tempoh tu juga aku nekad nak cecepat sembuh dan selesaikan semua urusan operasi sebelum resign. At least aku pergi dan tinggalkan TKPM dalam keadaan yang baik. Rancangan takwim untuk tahun 2022 semua setel. Walaupun masa tu i had no idea aku nak kerja kat mana. Dah la ada komitmen nak bayar hutang belajar, hutang rumah bagai. Tawakal jee buat keputusan sendiri.
Sampai laa satu hari, aku di-offer satu jawatan oleh majikan dalam tempoh 2/3 tahun akan datang. Rupanya aku di-trained tanpa sedar selama ni. Aku ingatkan selama aku bantu buat urusan itu ini, siapkan itu ini, belajar itu ini just menolong memudahkan urusan majikan je. I really thought itu semua job scope and kerja atas arahan majikan. Tak terfikir pun majikan nak offer jawatan baru. Aku? terima pun tak, menolak pun tak. Tak teruja langsung. Sebab dalam rancangan aku dah nekad last kerja sampai tahun ni je. Cukup la benda benda yang tak best jadi. Im not happy anymore. Enough is enough.
Tapi perancangan Allah lain, something happen sampai aku speechless. The rest is history. Tiga bulan sebelum tahun baru 2022, aku perlu 100 percent ready and mentally prepared. Semuaaaaa benda baru aku kena belajar dalam masa yang sama masih teruskan operasi TKPM and attend kursus. Macam nak pecah kepala aku buat semua benda dalam satu masa.
Setiap hari hari aku dipenuhi dengan workload. Hari hari balik lambat. Berapa banyak kesalahan aku dah buat and i learned every single day. Expectation orang ni pun salah satu benda yang buat aku takut because im not perfect. Akan ada hari aku tak perform, im lack of experiences, doubt dengan kebolehan sendiri and banyakkkkkkkk lagi flaws.
Dalam masa yang sama, Allah beri macam macam rezeki kat aku pada tahun 2021. Bukan sahaja kebendaan tapi sudut lain pun. Aku buat benda benda baru. Aku explore macam macam. Aku jumpa and kenal ramai orang. Peluang datang bersama tanggungajawab.
Harapan aku semoga diri aku kuat semangat belajar benda baru setiap hari. Ain 10 tahun dulu berbeza sangat dah dengan Ain sekarang. Yang tak kan berubah adalah proses belajar tu kau tetap kena lalui. Belajar dari pengalaman dan kesilapan. Tapi kalau kesilapan tu berulang ulang, ia dah jadi kesalahan. Betul cakap Puan Mahani SV JPA aku dulu, aku beruntung selagi mana bergelar student sebab kalau buat salah pun takpa sebab masih belajar tapi kalau dah bekerja dan masih buat salah itu dah jadi lain.
Okay aku dah penat, kalini posting takda masa nak baca balik and edited. Aku menaip apa yang aku nak cakap jee terus. Takda draft darft bagai lol nanti aku rajin aku nak share benda benda yang best jadi disebalik kelam kelibut hidup aku dua tiga menjak ni hahaha
Setiap kesulitan pasti ada kemudahan, janjiNya always true.