Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Sunday, January 29

IV SPP

 Assalamualaikum!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Terima kasih wahai Allah kerana mentakdirkan aku menjadi seorang guru sekali lagi. Alhamdulillah IV SPP pertama kali dalam hidup telah diluluskan. Macam mimpi rasanya. At the age of 34 y/o this year aku masih berpeluang berkhidmat sebagai penjawat awam. 

Panggilan iv spp pada 12 Oktober 2022 dan dapat result 27 Jan 2023. Itu pun tengah malam! Balik kerja hari Jumaat tu aku penat gilaaaa sampai tertidur. Dapat whtsp dari Nurul suruh check result iv pukul 11.30 malam. Belum habis aku baca, nampak jee perkataan Tahniah tuu terus aku cari Mak, baca sama sama. Aku record video reaction Mak. Abah yang dah tertidur pun bangun lepas dengar kita orang kecoh kecoh kat dapur hehehe bahagianya rasa bila tengok Mak Abah happy. Terima kasih Allah! 

Banyak perkara baik yang berlaku dalam hidup seiring dengan ujian yang diberi. Nikmat pun ujian juga kan? Aku harap aku dapat lalui dengan tenang dan sabar. Dah lama aku impikan semua ni kan? Diri sendiri je tahuu. Sekarang dah dapat kena pikul dan laksanakan tanggungjawab yang ada sebaiknya. Sehabis baik! 

Masa yang masih berbaki ni aku kena selesaikan kerja yag ada. Proses DKM kena siapkan dalam tempoh masa dua minggu ni dan kerja hakiki perlu buat serahan tugas. Taktahu la reaksi majikan aku macam mana sebab sekarang ni memasing tengah sibuk dan fokus dengan program. Tipu lah kalau aku tak susah hati. Hanya aku dan team je tahu berapa banyak effort, masa dan duit kami usahakan untuk pastikan operasi berjalan lancar.

Penempatan dan tarikh lapor diri belum tahu lagi. Walau kat mana pun aku direzekikan ke sekolah mana mana, semoga itu adalah sebaik baik tempat untuk aku berkhidmat. Rindu nak dengar student panggil aku dengan panggilan Cikgu. Tahniah jugaa untuk semua calon yang berjaya IV SPP. Korang layakkk. Dan jangan pernah rasa rendah diri okayy. Mungkin ada yang ambil masa bertahun tahun untuk sampai tahap ni tapi percayalah kita ada sedikit kelebihan dari orang lain iaitu kebolehan mengawal emosi dan kematangan hehe Kalau bertahun tahun kita boleh sabar menunggu, takkan la kita tak boleh bersabar lagi untuk menghadapi cabaran berkhidmat untuk anak bangsa kan? nasihat untuk diri sendiri kee tu Nurain lol 

Ya Allah terima kasih untuk peluang ini. Terima kasih Allah. Aku percaya ini juga berkat doa dari orang sekeliling yang mendoakan kebaikan untuk diri aku. Nikmat dan rezeki yang aku dapat harini semuanya atas kasih sayang Allah. Semuanya milik Dia. Aku hanya dapat berkongsi dengan orang orang terdekat aku. InshaAllah niat nak tunaikan Haji, buat ibadah korban, support keluarga dari segi kewangan, selesaikan hutang rumah dan hutang belajar akan cuba aku tunaikan. 

Terima kasih Allah, aku bersyukur kepadaMu. Semoga kebahagiaan dan nikmat ini menjadikan diriku Muslim yang lebih baik. Mudahkan jalan untuk aku menuntut ilmu dan cinta untuk melakukan kebaikan.




Sunday, January 1

2023

 Assalamualaikum!

Masa aku intern kat JPA, aku terlibat dengan kemas kini/edit buku Exit Policy for goverment workers and bina Module Coaching untuk Penyelia. Habis grad aku kerja as Penyelia and sekarang kerja aku terlibat pulak dengan Akta Kerja 1955. Bila aku fikir fikir balik kan, apa yang aku buat sekarang sebenarnya Allah memang siap sediakan aku dari dulu lagi. Semuanya saling berkait. Aku je yang selalu doubt dengan diri sendiri. Cantiknya susunan Dia. 

Jujurnya, majikan aku sekarang ni banyakkkkkk sangat peluang bagi kat aku untuk grow. Terlalu banyak. Aku belajar independent, buat keputusan, manage krisis, handle staff, bina networking dengan agensi and banyakkk lagi. Walaupun aku akui aku sangat penat emosi dan fizikal sampai kekadang stress out. Kepercayaan majikan tu yang paling aku hargai. 

Jadi bila majikan tawarkan aku pergi kursus tentang Akta yang bayaran RM2000+/per person termasuk kursus KAP yang on going dengan harga RM900/per person secara percuma............ aku rasa wajar untuk diri aku berkhidmat dengan cemerlang. Bukan baik dah. Cemerlang. Amboi

Bila trainer En Fauzi tanya apa objektif aku join kursus Akta ni? aku cakap aku datang supaya aku tidak menzalimi orang lain atau diri aku dizalimi. Itu je. 

-- After a months, lama betul post ni dalam draf. Baru sekarang rasa nak publish tapi perasaan tu dah lain. Tak sama. Masa tu masih lagi rasa motivated, sekarang entah. I'm lost, again. Something bothering me and i hate it so much. 

Allah, hanya padaMu aku serahkan semuanya.