Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Monday, November 27

UKM

Assalamualaikum & Good day, 

Kita mulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah, begitu lah sehari dalam hidup kita mudah mudahan dirahmati Allah~~~ (by Raihan) Eh


Tiga tahun di UKM. At the very last moment, aku sengih manjang start masuk DECTAR. First time masuk masa ikrar pelajar 2014. Memandangkan aku second intake so tak dapat le attend orientasi. Masa tu janji dengan diri sendiri bertahan untuk tga tahun je lagi. Alhamdulillah, janji ditepati hehehe Rasa bahagia sebab tak sangka dapat peluang merasa masuk dewan konvo dengan Mak Abah once again. Lagi lagi bila rasa give up banyak kali. Rasa puas bila dapat achieve something big. Ye lah benda susah nak dapat so bila dah dapat rasa macam tak percaya. Masa Diploma dulu rasa sebak nak menangis sebab kat UPSI enjoy sangat study. Alhamdulillah. Tah kenapa this time bila naik tangga pentas tetiba jantung degup laju woi. Bila dah bergerak ke check point memasing aku dah ready dalam kepala senyum-tunduk hormat-diri tegak-amik skrol-senyum lagi walaupun kau atas pentas takde buat eye contact dengan sesape lol Dalam kepala time tu fikir nak gamba konvo cantik so jadilah adengan sinetron time amik skrol. Aku jadi ibu peri ku tatappp matamuuu hahaha 😂

Perasaan paling best dalam dewan time tu bila tengah beratur tetiba aku dengar Abah panggil nama. Bayangkan dalam beratus orang kat tempat duduk tetamu tu aku boleh terus pandang muka Mak Abah. Aku boleh dengar Mak Abah ketawa suruh aku pandang kamera and senyum. Perasaan tu lagi power dari naik pentas amik skrol. Serious! Sebab tu adik adik/budak sekolah sekarang kena belajar rajin rajin sampai masuk Uni. Abah pernah cakap selagi aku jadi student aku cuma buat dua benda je dalam hidup ni, Solat and Study yang lain lain toksah fikir dulu. Walaupun takde rezeki nak dapat dean list every semester but its okay. Pengalaman belajar kat UKM jauh lebih bermakna dari apa yang sepatutnya aku dapat. GBL/GSS-UsrahHajar-Syiqin semuanya paling manis 💓

Konvo UPSI dulu lagi meriah kot aku rasa. Pertama kali semuanya indah kan macam first love jugak. huh or maybe dulu aku konvo sidang pertama (first class) so event ade persembahan special sikit, yang bagi skrol pulak Raja Permaisuri Perak. Cantik sangat! Ketaq pale lutot nak habiskan ayat 'Menjunjung kasih Tuanku'. Bila attend konvo UKM perasaan lebih cool. Takde over excited macam dulu. Baju kurung pun pakai yang dah ade. Tudung pun rembat Erah punye lol What do you expect from 28y/o graduate? Nak aku lompat bintang ke apa. Hahaha Habis je majlis terus salam-peluk-cium pipi Syira, Maziah and Afifah lepas tu call Mak, Abah Kak Nor suruh tunggu kat Pintu Utama. Kalau dulu parent/family yang tunggu kat luar kali ni aku yang tunggu dorang pulak. Lain wo perasaan dia. Rasa macam dorang yang patut diraikan bukan aku. Sebab dorang yang banyak jasa sepanjang aku struggle nak habiskan Ijazah ni. Tekejut jugak la aku tetiba Kak Nor siap bagi belon besau selalu orang konvo bagi bunga je. Mungkin sebab badan dia kecik so dia nak aku nampak dari jauh kot lol. Habis je amik gambar terus balik. 


My beloved GSS stand for Geng Sabar Sistur, Nama ni Syira yang bagi sebab Tahun 2 memasing diuji macam macam benda. Group citra yang sendu, kematian ahli keluarga/sanak saudara, stress life kat kolej, komitmen as MEP/KE/KP so semua orang keep on check each other bagi semangat. Time first year aku yang start buat whtsp group guna nama GBL (Geng Beg Laptop) sebab kiteorang almost everyday kendong laptop ke hulu hilir menapak pergi library. Dah macam kekura memasing hahaha how i miss you guys so much. Dari situ kita develop friendship, trust and baik sampai sekarang. Kawan yang support each other and tak amik kesempatan atas kebaikkan orang, jenis tak berkira and selalu dahulukan keperluan orang lain.

Well, life kat uni kalau silap pilih kawan memang merana la hidup haha Nasib aku baik sebab Allah temukan dengan dorang bertiga mungkin jugak sebab dorang dah berumur sikit dari classmate yang lelain kecuali Maziah. Kekadang aku confuse siapa yang kakak. Most of the time aku rasa aku paling childish and tak serious sebab aku tak suka tense situation. Maziah matang gila so kalau nak buat decision apa apa mesti pendapat dia paling bernas and logical. Semua persoalan kau yang rumit tahap dewa akan terjawab termasuklah soalan harini lepas kelas nak makan kat mana? masa Maziah pegang jawatan KE, aku bangga gila kot. Siap amik gamba dia kat banner Zaaba lol 

Karekter Syira paling senang aku nak match. Sebab otak dia pun boleh layan benda gila gila and lawak tahpape. So kalau aku nak merapik aku banyak share dengan syira hahaha and syira paling gagah aku rasa macam family dia panggil dia Kak Long. Tapi since kawen baru nampak girlish and manjewww ituhh. hahaha Fifah pulak special sebab dia bukan je bff aku tapi jugak merangkap usrahmate. First time dapat kawan berpurdah tertib bab aurat seronok le mak abah aku kan hehe Cara berfikir kiteorang lebih kurang sama so senang sangat serasi. Kekadang pandang muke je dia dah tau aku nak cakap ape. Walaupun nampak senyap tapi sebenarnya fifah kuat nyakat jugak woi 

Rindu korang semua. Semoga kita jumpa lagi, selamat membina kerjaya dan beramal dengan ilmu!

Wednesday, November 1

Yes or No

Hi Good Day! #nowlistening Yes or No by ZICO

Yes, sometimes aku rasa macam nak delete previous post. But No, sebab rasa macam sayang la pulak. Walaupun semua dah jadi history tapi semua tu memorable kot. Ada banyak beza seorang Nurain yang berumur 20 tahun dengan seorang Nurain yang bakal berumur 28 tahun dari segi penulisan blogpost-nya lol

Yes, aku malu baca balik post sebelum sebelum ni. Apatah lagi tengok tulisan kecik besor kecik besor macam budak wicet sekarang. Hahaha But No, time tu takde wicet. Tah sape la aku ikut buat tulisan kecik besor tu. I have no idea.

Yes, dari dulu aku banyak typo and misspell words. Malas nak double check and re-read posting. Apa kau ingat ni tesis ke nak ade pembaca kedua bagai. But No, aku tak pernah buat macam tu bila bekerja. Any reports/journal research aku make sure takde silap kecik macam tu. Big NO. 

Yes, i choose to be someone who looks cheerful on social media. But NOT all the time. Kalau dulu rasa tak puas hati ke apa aku share dengan best friends je. sekarang share jugak tapi banyak simpan sendiri. Faktor umur maybe?

Yes, aku baru je graduate from UKM kelmarin. But No, aku belum kerja lagi. Still menunggu better offer which i cant simply share anything yet.

Yes, aku plan nak share some lecture psychology dalam blog ni. Moment2 dalam kuliah yang aku ingat time lecturer mengajar, some notes yang aku tulis random time kuliah, everything about psychology. But NO, im not an expert in this field. My intention just nak keep on writting something that can benefit people who's reading this blog.

At least this is all i can do for now.


Thursday, October 26

POWER ke?

Hi Good day! #nowlistening Power by EXO 😍😍😍😍 (Now I'm officially EXO-L weehoo!)

Bila ingat balik sepanjang tahun 2017 yang berbaki lagi dua bulan lebih ni, macam macam benda yang jadi. Final year hits me very hard! Tak lah frust lagi pun sekarang ni. Dah okay dah pun. nak konvo by next week yahoo! Just nak share there's a few things happen to me before this which I cant believe I'm strong enough untuk hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi, hadapi dengan tenang jiwa, semuanyaaa kan baik baik sajaa~~~  Kuat jugak seorang Nurain rupenye walaupun takut cicak eh ade kaitan ke eh sukahati aku lah eh eh eh 


1. TESIS

Preparation for tesis start awal jugak dari bulan Ogos, 2016. Bila call/send email/buat surat banyak kali kat beberapa agensi untuk apply tempat for my research tapi tak dapat kerjasama/feedback. Masa aku buat keputusan nak buat research for student/child, aku dah semangat gila and i dont mind to buat-kerja-lebih-sikit isi borang buat surat bagai. Kiranya macam bersedia lah untuk go thru all the procedure even i know akan makan masa sangaaaaaat lama sedangkan my classmate dah start data collection time tu. Gila nervous weh. Tak tidur malam aku. Tak kisah pun bila kena reject atas sebab tertentu but at least boleh kot bagitau. GIVE FEEDBACK. Ada yang dah deal tapi bila tarikh nak datang tetiba cancel last minute without inform me pun. Macam gantung tak bertali pun ade. Sebabkan hal macam ni la aku rasa student universiti takde 'hati' nak turun padang and buat research bebetul. Sebab tak dilayan. For them its just another research je. Tapi macam mana pulak dengan orang macam aku? yang jenis ikut peraturan tapi tak dilayan. Just because I'm student. Dah la masa tu nak pergi umrah kena setelkan tempat sebab balik je nanti by hook or by crook kena start data collection. At least sebelum pergi, aku kena make sure akan dapat confirmation tempat. But the end of the day, berjaya jugak dapat tiga tempat yang sangat supportive! Which I'm very glad dalam masa tujuh hari selesai data collection and im on track. For me, buat research time degree ni proses mematangkan diri aku walaupun ikutkan tak lah sesempurna mana pun kajian ilmiah tu. Tapi rasa lega sebab aku tahu aku dah buat sehabis baik untuk siapkan mengikut procedure and beretika. The process itself lagi berharga kalau nak dibandingkan dengan perasaan frustated tu. So, aku harap hikmah kesabaran melalui kesukaran sepanjang buat kajian ilmiah tu dapat aku apply sekarang-- seeking for a job 😎

2. LAPTOP TOSHIBA

Benda ni paling susah aku nak percaya jadi kat aku. Laptop rosak jahanam time aku tengah final year. Tinggal tiga minggu je lagi before habis last semester. Can you imagine? Time aku tengah banyak kerja nak selesaikan, nak final exam segala data, report, assignment you name it hilang jadi debu sebab laptop rosak. Tujuh tahun kot guna laptop yang sama. Siapa kata barang Toshiba untuk mesin basuh je. Hahaha Banyak kenangan laptop ni buat segala jenis surat menyurat, report literature review, proposal, gambar since diploma-bekerja-degree. Susah hati tu Tuhan je tau. Aku still berharap laptop aku cuma rosak sebab overused je. Mana taknya on dari pagi sampai ke pagi besok. Rupanya rosak hard disk. Aku pernah ternages dalam kelas sampai menyorok bawah meja sebab stress. Kemuncak bila aku buat appointment jumpa kaunselor sebab ade sorang manusia ni cakap 'amik cangkul, gali dan tanam laptop tu'. Aku elok elok tanya macam mana nak betulkan laptop yang rosak bukan nak dengar cadangan sampah macam tu. Ibarat macam orang depression ade suicidal thoughts and kau dengan bangganya suruh dia terjun bangunan. Such an ignorant people. To cut it short, Kak Nor and Mak belikan aku laptop baru. Laptop yang aku guna sekarang ni ACER. Harap dia akan bertahan untuk 10 tahun lagi Hehehe Tu la aku ni kalau dah sayang barang tu akan sayang jee taknak guna barang lain. Dari handphone sampai ke laptop pun macam tu jugak. Selagi boleh guna, kita guna sampai bila bila. Takde istilah nak berganti baru sebab jenama ke apa. Sebab tu aku rasa kan generasi sekarang ni kerap curang dengan pasangan masing masing. Kalau yang dah berkahwin tu mungkin membawa sampai ke penceraian. Sebab apa? sebab pantang rosak/tak sempurna je rasa nak tukar lain. Eh apa kaitan cerita laptop aku dengan relationship ni. Kau emo ke apa Nurain lol hahaha

3. KAKI

Tahun ni je dah banyak kali kaki aku terseliuh. Sakit gilaaa aku rasa macam nak meraung je tapi malu lagi banyak sebenarnya hahaha Aku tengah tunggu bus pun boleh tetibe tegolek sebab tanah tak rata. Ya Allah sakit tuu rasa macam kudung sebelah kaki nak bangun tak boleh. Bengkak jangan cakap la memang besor penumbuk. Lagi satu teseliuh time tengah turun bukit. Habis tecampak nugget aku. Jatuh sebab tersandung batu. Dah la time tu aku lapar gila satu hari tak jamah nasi kelas habis lambat. Sampai je bilik aku balut kaki aku dengan stocking sebab takde first aid. Nak beli ais kat cafe malas pulak nak menapak. Dah la kaki tengah sakit ya ampun. lepas tu Aku ikut photoshoot kawen Zila kat Titiwangsa. Tah macam mana aku tepeleot padahal pakai kasut flat je pun. Nasib aku tak tarik veil dia lol time ni paling malu sebab suami Zila and photographer pun ade siap cakap awak ni excited sangat ni hahaha aku rasa macam nak berenang dalam tasik je. Malu woi. Hat ni baru je jadi semalam, lepas bangun tidur macam biasa la kan kemas katil tapi cemana tah mata aku juling air ke apa aku tesepak bucu katil. pehhh perit dia menitik ayaq mata. Sebijik macam ni


Whatever la seorang Nurain kalau tak buat benda memalukan macam tak lengkap je dalam hidup dia lalala

Sebenarnya ade je lagi nak story tapi aku dah mengantuk. I'm growing up and my body feels heavy lol cakap  je la aku malas nak menaip lagi. Kbai

Thursday, September 21

Takut

Just a few month left before LI and inshaAllah GOT end of this year. Tapi aku tak run analisis lagi, assignments still belum submit lagi, work progress ke dasar laut hindi. I'm lost. Entah berapa kali rasa macam ni since first day jadi student uni. Lost motivation or maybe studying its not my thing. Gulp. I know this feeling sementara je. Nanti nanti okay lah tu back on track. kot? Tak sukanya rasa macam ni. 


That feeling totally worst! Ke aku memang tak sesuai untuk memahami jiwa manusia selain daripada kids. 28 y/o and still struggling with career path. Yes, i want my own playroom/kindergarten one fine day. Dari dulu lagi tapi takkan nak give up sekarang? Im just being realistic.


Dah lama sangat dalam kotak draft. Berbulan bulan yang lepas. Maka aku publish today. Saje sementara mood masih ade. Just nak remind diri sendiri, aku pernah berada dalam keadaan my lowest point in life and now everything that im stressing about mean nothing. So sesiapa yang sedang alami keadaan paling teruk sekarang, don't worry better days are coming okay. Percaya tu.

Wednesday, March 22

#Hadith

JALAN KE SYURGA, MUDAH KE SUSAH?

Nabi muhammad sallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa yang membebaskan seorang mukmin dari kesempitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari kesempitan di hari kiamat. Barangsiapa yang memberi kemudahan kepada seseorang yang mengalami kesulitan, maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya, selama hamba-Nya tersebut menolong saudaranya. Barangsiapa yang meniti jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di rumah Allah (masjid), membaca Kitab Allah dan mempelajarinya, niscaya turun kepada mereka ketenteraman, rahmat meliputi mereka, para Malaikat berkerumun disekelilingnya dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan makhluk yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa amalnya selalu terlambat (kurang), maka nasab-nya tidak akan dapat menyempurnakannya”. (HR. Muslim)

Semoga kita menjadi orang yang bermanfa'at. 


KEHEBATAN SEDEKAH TAK PERLU TUNGGU KAYA!

"Tatkala Allah menciptakan bumi, bumi tersebut selalu bergerak sehingga diletakkan di atasnya gunung supaya tenang dan tidak bergerak lagi. Malaikat pun kagum dan berkata, "Ya Allah! Adakah dari makhlukMu yang lebih kuat dari gunung?" Allah menjawab, "Ya, besi lebih kuat." Mereka bertanya lagi, "Adakah yang lebih kuat daripada besi?" Allah menjawab, "Ya, api lebih kuat." Mereka bertanya lagi, "Adakah makhlukMu yang lebih kuat daripada api?" Allah menjawab, "Ya, air lebih kuat." Mereka lalu bertanya, "Ya Allah! Apa yang lebih kuat dan keras daripada air?" Allah menjawab, "Ya, ada. Angin lebih kuat." Mereka bertanya lagi, "Apakah ada yang lebih kuat daripada angin?" Allah menjawab, "Ya, ada. Anak Adam yang bersedekah dengan tangan kanannya secara tersembunyi yang lebih kuat daripadanya." - Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik. 


Thursday, February 23

Dear Ain,

Hi dearself! 

Sedar tak Allah sayangggggg kau sangat. Sayang sampai kau dapat rasakan ke tulang tengkuk. Sayang sampai kau dapat rasa setiap darah yang mengalir dalam badan sekarang ni ada rahmat kasih sayang Allah tu. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Kau Maha Baik. Kau mudahkan setiap urusan aku. Kau buka pintu pintu jalan untuk setiap kesulitan aku. Kau hadirkan aku orang-orang menyenangkan disekeliling aku. Semoga aku mendapat ilmu yang bermanfaat.

Terima kasih Allah.


By next week aku akan start data collection for my thesis. Sejak balik umrah ada je perkara yang kena settle kan asap. Start kuliah semester baru, urusan surat menyurat, proposal ke Kementerian, Jabatan Pendidikan, sekolah, JKM, asrama anak yatim etc. Cantik sangat Allah atur urusan aku. Im enjoyed myself. Proses ni semua memang memenatkan sebab ambil banyak masa, tenaga dan tiada jaminan. But now, everything dah lulus. Tinggal nak proceed je. For those yang sedang alami beban belajar ke kerja ke just ingat satu je. sabar dan solat. Hanya Allah tempat kita semua bergantung. Usaha sehabissssss baik sampai tonggang tebalik takpe. Hahaha! A year from now , everything you're worry about akan berlalu macam angin je. So now flip your hair and drink coffee. lol