Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Monday, November 27

UKM

Assalamualaikum & Good day, 

Kita mulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah, begitu lah sehari dalam hidup kita mudah mudahan dirahmati Allah~~~ (by Raihan) Eh


Tiga tahun di UKM. At the very last moment, aku sengih manjang start masuk DECTAR. First time masuk masa ikrar pelajar 2014. Memandangkan aku second intake so tak dapat le attend orientasi. Masa tu janji dengan diri sendiri bertahan untuk tga tahun je lagi. Alhamdulillah, janji ditepati hehehe Rasa bahagia sebab tak sangka dapat peluang merasa masuk dewan konvo dengan Mak Abah once again. Lagi lagi bila rasa give up banyak kali. Rasa puas bila dapat achieve something big. Ye lah benda susah nak dapat so bila dah dapat rasa macam tak percaya. Masa Diploma dulu rasa sebak nak menangis sebab kat UPSI enjoy sangat study. Alhamdulillah. Tah kenapa this time bila naik tangga pentas tetiba jantung degup laju woi. Bila dah bergerak ke check point memasing aku dah ready dalam kepala senyum-tunduk hormat-diri tegak-amik skrol-senyum lagi walaupun kau atas pentas takde buat eye contact dengan sesape lol Dalam kepala time tu fikir nak gamba konvo cantik so jadilah adengan sinetron time amik skrol. Aku jadi ibu peri ku tatappp matamuuu hahaha 😂

Perasaan paling best dalam dewan time tu bila tengah beratur tetiba aku dengar Abah panggil nama. Bayangkan dalam beratus orang kat tempat duduk tetamu tu aku boleh terus pandang muka Mak Abah. Aku boleh dengar Mak Abah ketawa suruh aku pandang kamera and senyum. Perasaan tu lagi power dari naik pentas amik skrol. Serious! Sebab tu adik adik/budak sekolah sekarang kena belajar rajin rajin sampai masuk Uni. Abah pernah cakap selagi aku jadi student aku cuma buat dua benda je dalam hidup ni, Solat and Study yang lain lain toksah fikir dulu. Walaupun takde rezeki nak dapat dean list every semester but its okay. Pengalaman belajar kat UKM jauh lebih bermakna dari apa yang sepatutnya aku dapat. GBL/GSS-UsrahHajar-Syiqin semuanya paling manis 💓

Konvo UPSI dulu lagi meriah kot aku rasa. Pertama kali semuanya indah kan macam first love jugak. huh or maybe dulu aku konvo sidang pertama (first class) so event ade persembahan special sikit, yang bagi skrol pulak Raja Permaisuri Perak. Cantik sangat! Ketaq pale lutot nak habiskan ayat 'Menjunjung kasih Tuanku'. Bila attend konvo UKM perasaan lebih cool. Takde over excited macam dulu. Baju kurung pun pakai yang dah ade. Tudung pun rembat Erah punye lol What do you expect from 28y/o graduate? Nak aku lompat bintang ke apa. Hahaha Habis je majlis terus salam-peluk-cium pipi Syira, Maziah and Afifah lepas tu call Mak, Abah Kak Nor suruh tunggu kat Pintu Utama. Kalau dulu parent/family yang tunggu kat luar kali ni aku yang tunggu dorang pulak. Lain wo perasaan dia. Rasa macam dorang yang patut diraikan bukan aku. Sebab dorang yang banyak jasa sepanjang aku struggle nak habiskan Ijazah ni. Tekejut jugak la aku tetiba Kak Nor siap bagi belon besau selalu orang konvo bagi bunga je. Mungkin sebab badan dia kecik so dia nak aku nampak dari jauh kot lol. Habis je amik gambar terus balik. 


My beloved GSS stand for Geng Sabar Sistur, Nama ni Syira yang bagi sebab Tahun 2 memasing diuji macam macam benda. Group citra yang sendu, kematian ahli keluarga/sanak saudara, stress life kat kolej, komitmen as MEP/KE/KP so semua orang keep on check each other bagi semangat. Time first year aku yang start buat whtsp group guna nama GBL (Geng Beg Laptop) sebab kiteorang almost everyday kendong laptop ke hulu hilir menapak pergi library. Dah macam kekura memasing hahaha how i miss you guys so much. Dari situ kita develop friendship, trust and baik sampai sekarang. Kawan yang support each other and tak amik kesempatan atas kebaikkan orang, jenis tak berkira and selalu dahulukan keperluan orang lain.

Well, life kat uni kalau silap pilih kawan memang merana la hidup haha Nasib aku baik sebab Allah temukan dengan dorang bertiga mungkin jugak sebab dorang dah berumur sikit dari classmate yang lelain kecuali Maziah. Kekadang aku confuse siapa yang kakak. Most of the time aku rasa aku paling childish and tak serious sebab aku tak suka tense situation. Maziah matang gila so kalau nak buat decision apa apa mesti pendapat dia paling bernas and logical. Semua persoalan kau yang rumit tahap dewa akan terjawab termasuklah soalan harini lepas kelas nak makan kat mana? masa Maziah pegang jawatan KE, aku bangga gila kot. Siap amik gamba dia kat banner Zaaba lol 

Karekter Syira paling senang aku nak match. Sebab otak dia pun boleh layan benda gila gila and lawak tahpape. So kalau aku nak merapik aku banyak share dengan syira hahaha and syira paling gagah aku rasa macam family dia panggil dia Kak Long. Tapi since kawen baru nampak girlish and manjewww ituhh. hahaha Fifah pulak special sebab dia bukan je bff aku tapi jugak merangkap usrahmate. First time dapat kawan berpurdah tertib bab aurat seronok le mak abah aku kan hehe Cara berfikir kiteorang lebih kurang sama so senang sangat serasi. Kekadang pandang muke je dia dah tau aku nak cakap ape. Walaupun nampak senyap tapi sebenarnya fifah kuat nyakat jugak woi 

Rindu korang semua. Semoga kita jumpa lagi, selamat membina kerjaya dan beramal dengan ilmu!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih