Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Sunday, June 27

Love Letter

 Assalamualaikum!

Actually aku banyak nota handwritting lepas tu malas nak tulis balik dalam note book so aku share kat blog je la ye senang je taip. Semua ni dapatan dari kelas/kuliah/daurah yang aku join sepanjang PKP last year. InshaAllah sumber yang sahih cuma silap aku tak tulis dari siapa tahun bila rujukan mana. Ada jugak tulisan aku bersambung sambung aku pun tak ingat tulis apa lol and lagi satu aku ni pun orang awam je tak faham certain word in arabic bukan sekolah tinggi agama jadinya bahasa aku guna pun bahasa layman je untuk mudah faham. Sorry okay

Kalau dulu aim nak mempelajari  Al Quran tapi sekarang aim adalah nak beramal dengan Al Quran. Al Quran ni ibarat love letters dari Allah untuk semua hambaNya tapi kenapa aku rasa special sangat seolah khas untuk diri aku sorang je. Hebatkan Allah? *crying mode*

1. Ada 43 Al Amtal dalam Al Quran iaitu perumpamaan/kiasan daipada Allah swt contohnya dalam surah Yassin tentang tulang belulang (supaya manusia jangan jadi Takabur). Selain itu, Al Basar iaitu pandangan melalui mata hati dalam sesuatu perkara. Jadi, jika kita nak menjadi ahlul Quran maka jadilah Al Basar. 

2. Surah Al Fatihah diturunkan di Mekah dan mempunyai 7 ayat. Surah pertama berdasarkan tertib dalam susunan Touqowfi. Did you know? Al Fatihah diletakkan di awal musyaf atas perintah Nabi Muhammad saw (yang dinamakan tauqowfi- termasuk azan iaitu daripada Nabi Muhammad saw) Asbabnya ditukarkan kerana diberitahu 'Jangan kau lari jika Jibrail datang kepadamu'. Malaikat Jibrail  menunjukkan rupa asalnya di hadapan Nabi Muhammad dalam dua keadaan iaitu semasa wahyu pertama dan peristiwa Israk Mikraj, selainya Jibrail akan menyerupai manusia. 

Semua maklum bahawa ibadah SOLAT akan diambilkira sebelum amalan amalan lain. Bacaan Al Fatihah perlu dibaca jelas/berbisik semasa solat kerana merupakan salah satu daripada rukun Qauli. Terdapat lebih daripada 20 nama lain bagi surah Al Fatihah  salahsatunya adalah Syifa (penawar), Ummul Quran, Ummul Kitab (3 kitab -Taurat, Injil, Zabur). 

Diriwayatkan sewaktu para sahabat bermusafir, mereka berada dalam keadaan haus dan lapar. Sebaik sahaja tiba di sebuah kampung untuk berehat tetapi mereka tidak dilayan dengan baik. Di kampung tersebut, ada seorang ketua kampung yang sakit kerana disengat binatang berbisa sehingga hampir mati. Pelbagai usaha berubat tetapi masih juga tidak sembuh dan tetap sakit. Seorang sahabat iaitu Abal Syed something something (aku tak leh baca tulisan sendiri lol) cuba membantu ketua kampung tersebut dengan syarat rombangan mereka perlu dilayan sebagai tetatmu. Ketua kampung pun bersetuju. Para sahabat lainnya berasa sangat yakin bahawa Allah swt pasti akan menyembuhkan sakit itu dengan bacaan Al Fatihah Abal Syed something something. Akhirnya, dengan bacaan Al Fatihah dengan izin Allah swt, ketua kampung pulih dan kembali sihat sedia kala. Nampak tak keyakinan kepada Allah dan beramal dengan Al Quran serta hidup sebagai orang Mukmin sangattttt la amazing. 

3. Nak beramal dengan Al Quran kita boleh start dengan apply doa doa yang diajarkan dalam Al Quran sebagai contoh surah Al Ahqaf ayat 21 hingga 28 (doa istiqamah dan keluarga). Nak sihat? banyak makan buah yang disebut dalam Al Quran (berkhasiat) seperti buah tin, minyak zaitun, madu. Ringankan azab dalam kubur? amalkan bacaan surah Hud, Al Waqiah dan surah Naba' (hadih sahih). 

Before this aku macam tak faham kenapa orang berniaga beramal dengan ayat 1000 dinar untuk dapatkan keuntungan/lariskan jualan sedangkan kalau kita baca terjemahan Surah Al Falaq yang mengandungi ayat 1000 dinar  ni pasal kawin kawin. Bila Ust Hanif explain baru tahu rupanya surah Al Falaq ni dikaitkan dengan rezeki dalam perkahwinan. Jika susah (dari segi ekonomi) untuk mendirikan masjid, yakin dan pasti Allah akan beri rezeki yang tak dijangka kerana perkahwinan adalah sesuatu yang baik dan sifat bertawakal seorang hamba kepada Tuhannya. Jadi, mungkin orang berniaga amalkan 1000 dinar tu untuk dapatkan manfaat rezeki yang tak disangka sangka tu. Antara pengajaran dalam surah Al Falaq ni hukumnya adalah haram bila isteri menceritakan keburukan pasanganya (tentang sikap etc).

Dalam surah Ar Rahman banyak mengingatkan kita tentang kasih sayang dan rezeki (Rahman- general, Rahim- khusus untuk Muslim). Al Quran merupakan sebaik baik motivasi dan nasihat, bacaan Al Quran juga mampu melembutkan hati dan dengan hati yang baik itu akan membawa keharmonian kepada semua orang. Jauhilah hati daripada sifat Mazmumah. 

Dalam surah Al Taghabun (Juzuk 28, surah ke 64) berkaitan hari Kiamat, ayat dimulakan dengan Segala Puji bagi Allah yang berada di langit dan di bumi menyeru kepada kita untuk taatlah kepada Allah swt dan RasulNya dengan cara apa yang mampu dilakukan. Jika penat, kita buat apa yang mampu selagimana menjaga hak Allah swt.

Dalam surah Al Munafiqun (surah ke 63), hanya Nabi Muhammad saw sahaja yang mengetahui siapa orang munafik. Allah tidak akan memberikan hidayahNya kepada orang fasik. Dan kisah yang paling sedih apabila isteri Baginda, Aisyah ra dituduh berzina akibat daripada kerja orang munafik. Akibat fitnah tersebut, Baginda tidak menerima wahyu dalam tempoh yang sangat lama hinggakan Baginda berasa sedih. 

Dalam surah Jumuah (surah ke 62), menyeru kepada solat pada hari Jumaat. Setiap orang perlu ada mindset untuk dipanjangkan umur melakukan kebaikkan melainkan dalam keadaan nazak. Bukan rasa give up dengan dunia and doakan umur pendek tetapi Nabi Muhammad saw telah ajarkan doa iaitu 'Jika hidupku dapat memberikan manfaat maka panjangkanlah umur ku, jika hidup ku bawa kemudharatan maka segerakanlah kematianku' (dalam keadaan nazak). Sebab bila kita mati nanti, orang yang telah mati mohon kepada Allah untu hidup semula melakukan kebaikkan (bersedekah dan menjadi orang soleh ayat 10;63)  walaupun sebesar zarah. Jadi, kita kena bersyukur okay. Kuatkan semangat jadi orang baik walaupun rasa lelah dengan dunia. Nothing last forever atas dunia ni, bertahanlah!

Robbubiyyah (kata nama Rob), adalah sifat beragama ada dalam setiap orang tetapi tidak Uluhiyyah (sifat ketuhanan). Ust Hanif suggest cari bacaan buku daripada Ust Muhammad Nor (USM) dan Ust Kamilin (USIM). Oleh kerana aku nak formal class berkaitan hadith, aku pun join Pengajian Hadith 40 Imam Nawawi 7 minggu berturut anjuran Al Hikmah Centre. Mostly speaker dari Pensyarah Kanan IIUM Kulliyyah Islamic Revealed something something (aku tak ingat lagi sekali lol) Tak dapat belajar kat IIUM pun dapat tempias pun jadi hehehe kelas pun baru dua hari dan sampai hadith ke 8. Panjang lagi perjalanan aku ni, semoga diberikan kefahaman dalam agama

'Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu'

 -- aaminn (Ya Allah mustajabkan doa kami)

Friday, June 4

#ShareShortStory

 Assalamualaikum!

Alhamdulillah aku dah berjaya hafaz surah baru dalam juzuk 30. Salah satu surah dalam Juz Amna. Sebenarnya ada kisah and kenangan disebalik surah ni dengan hidup aku. Masa tu aku downnnnnnn gila and nak hiburkan hati tengok youtube ada seorang budak kecik ni berjaya hafaz surah sambil dia rilek jee main anak patung. Taktau la kenapa aku cemburu tahap gaban. Tapi takde inisiatif sendiri pun nak menghafal. Lepastu, tiap kali bulan Ramadhan time solat teraweh mesti imam akan baca surah yang sama. Aku sukaaaaa sangat walaupun masa tu tak hafal pun cuma rasa seronok sebab surah tu familiar dengan  halwa telinga (selalu dengar). Tahun berganti tahun, baru berpeluang join kelas talaqi/hafazan. Surah special tu surah Al Ala :)

Sejak masuk kelas mengaji ni memang membuak buak rasa nak tahu pasal agama sendiri. Mungkin selama ni kita (aku la tu) cuma buat ibadah ibadah basic yang kita belajar masa kat sekolah je. Dari tadika sampai sekolah menengah lebih kurang 12 tahun jee. Masuk universiti pun kalau tak join usrah dengan rela hati, kita takkan dapat pendedahan apa apa sebab life kat uni lagi la kan bebas buat pilihan.  Masuk zaman bekerja, kalau circle yang mengajak kepada Tuhan maka beruntunglah tapi kalau circle banyak toxic? Hmmm rasa ralat sebab tak bermula dari awal. Tapi Allah Maha Baik, banyak kali Dia jentikkan dalam hati aku keinginan untuk dekat kepada perkara kebaikkan. Masa kat uni kena daftar subjek, aku tak fikir subjek apa nak amik tapi aku make sure ada subjek kat Fakulti Islam tak kisah la subjek apa apa. Berkawan dengan sahabat solehah (berpurdah) dan menjaga agama is truly a blessing. Masa bekerja pun Allah bagi tempat kerja yang islamik walaupun aku bukannya fully practice (tudung labuh/berstocking/handsock etc). Semuanya sebab aku nak merasa enviroment Islam dalam hidup aku. Bahagia weh

Aku mula berminat nak tahu pasal sirah sirah Nabi. Sirah Nabi ni kan boleh jadi satu motivasi besar dalam hidup kita tau selain daripada menambahkan keimanan dan keperibadian Nabi yang boleh diteladani. Bagaimana kita bertingkahlaku bila berdepan dengan musibah (disebabkan diri sendiri) ataupun ujian (kesenangan pun ujian). Rasa takut kepada Allah swt juga salah satu tanda keimanan dan semoga Allah swt mengampunkan dosa dosa lampau. First kelas mengaji dulu Ustaz Amin pernah tanya apa itu taqwa? Antara ciri orang yang bertaqwa adalah bangun malam/qiam. Actually, qiam ni tidak khusus kepada ibadah tertentu kalau kita terbangun tengah malam dan bertasbih, bertakbir, beristighfar pun dikira sebagai bangun qiamulail. Baik kan Allah. Banyak cara yang kita boleh buat mengikut kemampuan untuk raih cinta Dia. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Aku sendiri pun dalam fasa sedang didik hati/diri aku ni buat amal amal soleh yang kecil kecil tapi istiqamah. So i know the struggle :(

Dah lama tak ber-blogging. Sementara aku tengah kuarantin ni boleh le share short story untuk diri sendiri. Bila bila aku rasa futur/lemah, semoga Allah swt masih sudi berkehendakkan yang baik untuk aku dengan jalan sabar dan solat. 

Sebab aku nak sangat masuk Syurga Allah :'(