Assalamualaikum!
Alhamdulillah aku dah berjaya hafaz surah baru dalam juzuk 30. Salah satu surah dalam Juz Amna. Sebenarnya ada kisah and kenangan disebalik surah ni dengan hidup aku. Masa tu aku downnnnnnn gila and nak hiburkan hati tengok youtube ada seorang budak kecik ni berjaya hafaz surah sambil dia rilek jee main anak patung. Taktau la kenapa aku cemburu tahap gaban. Tapi takde inisiatif sendiri pun nak menghafal. Lepastu, tiap kali bulan Ramadhan time solat teraweh mesti imam akan baca surah yang sama. Aku sukaaaaa sangat walaupun masa tu tak hafal pun cuma rasa seronok sebab surah tu familiar dengan halwa telinga (selalu dengar). Tahun berganti tahun, baru berpeluang join kelas talaqi/hafazan. Surah special tu surah Al Ala :)
Sejak masuk kelas mengaji ni memang membuak buak rasa nak tahu pasal agama sendiri. Mungkin selama ni kita (aku la tu) cuma buat ibadah ibadah basic yang kita belajar masa kat sekolah je. Dari tadika sampai sekolah menengah lebih kurang 12 tahun jee. Masuk universiti pun kalau tak join usrah dengan rela hati, kita takkan dapat pendedahan apa apa sebab life kat uni lagi la kan bebas buat pilihan. Masuk zaman bekerja, kalau circle yang mengajak kepada Tuhan maka beruntunglah tapi kalau circle banyak toxic? Hmmm rasa ralat sebab tak bermula dari awal. Tapi Allah Maha Baik, banyak kali Dia jentikkan dalam hati aku keinginan untuk dekat kepada perkara kebaikkan. Masa kat uni kena daftar subjek, aku tak fikir subjek apa nak amik tapi aku make sure ada subjek kat Fakulti Islam tak kisah la subjek apa apa. Berkawan dengan sahabat solehah (berpurdah) dan menjaga agama is truly a blessing. Masa bekerja pun Allah bagi tempat kerja yang islamik walaupun aku bukannya fully practice (tudung labuh/berstocking/handsock etc). Semuanya sebab aku nak merasa enviroment Islam dalam hidup aku. Bahagia weh
Aku mula berminat nak tahu pasal sirah sirah Nabi. Sirah Nabi ni kan boleh jadi satu motivasi besar dalam hidup kita tau selain daripada menambahkan keimanan dan keperibadian Nabi yang boleh diteladani. Bagaimana kita bertingkahlaku bila berdepan dengan musibah (disebabkan diri sendiri) ataupun ujian (kesenangan pun ujian). Rasa takut kepada Allah swt juga salah satu tanda keimanan dan semoga Allah swt mengampunkan dosa dosa lampau. First kelas mengaji dulu Ustaz Amin pernah tanya apa itu taqwa? Antara ciri orang yang bertaqwa adalah bangun malam/qiam. Actually, qiam ni tidak khusus kepada ibadah tertentu kalau kita terbangun tengah malam dan bertasbih, bertakbir, beristighfar pun dikira sebagai bangun qiamulail. Baik kan Allah. Banyak cara yang kita boleh buat mengikut kemampuan untuk raih cinta Dia. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua. Aku sendiri pun dalam fasa sedang didik hati/diri aku ni buat amal amal soleh yang kecil kecil tapi istiqamah. So i know the struggle :(
Dah lama tak ber-blogging. Sementara aku tengah kuarantin ni boleh le share short story untuk diri sendiri. Bila bila aku rasa futur/lemah, semoga Allah swt masih sudi berkehendakkan yang baik untuk aku dengan jalan sabar dan solat.
Sebab aku nak sangat masuk Syurga Allah :'(
No comments:
Post a Comment
Terima kasih