Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Sunday, July 18

Positive COVID19

 Assalamualaikum!

First of all im sorry, aku adalah salah seorang rakyat Malaysia yang 'menyumbang' peningkatan angka pesakit covid 19. Paling tinggi Covid cases negara telah mencecah 13K sehari ;(

Habis jee kuarantin awal bulan Jun (sebelum ni aku just close contact), aku teruskan bekerja macam biasa masuk office and join kursus online.  Dalam tempoh tiga minggu tu hari hari aku ke office, pakai mask all the time without failed. Solat pun sorang sorang je. Jujurnya lagi prefer and suka sorang sorang settle kerja kat rumah,boleh work from home dengan productive and minimal supervision tapi cannot. Bos perlukan khidmat aku di office.

Sampailah MKN umumkan taman perumahan aku salah satu kawasan lokaliti PKPD bersasar on 03 Julai 2021 (Sabtu). Berbeza PKPD KL dengan Selangor. Tempat aku strict gilaaa. Tinggal Gombak tapi alamat KL. Surat MITI surat majikan semua tak laku. Memang penduduk tak dibenarkan keluar dari taman perumahan langsung. Beli barang keperluan kat dalam area perumahan sahaja dengan menggunakan pass police bergilir gilir dan tempoh masa sejam je. Yang dibenarkan keluar dari perumahan adalah orang yang ada appointment vaksin. Sebab dapat detect kes covid varian Delta dalam komuniti dan sah kawasan perumahan aku kluster baru yang dikeluarkan oleh KKM.

Persatuan penduduk maklumkan semua penduduk kena swab test on 05 Julai (Isnin) and 09 Julai (Jumaat) kecuali mereka yang telah divaksin tak perlu hadir. Masa ni, Ateen (sepupu) ajak pergi swab test on 09 Julai sebab dia and Daus bekerja keluar masuk rumah. Just nak confirmation mereka bebas covid. Aku pun okay jee, wakil rumah sebab Mak Abah and Amal dah vaksin. Dua tiga hari sebelum swab test tu jujur la hati aku dupdap semacam. Ada jugak la terdetik cemana kalau result aku positive tapi aku okay jee takda demam ke gejala apa apa. Cuma penat je laa and selalu rasa nak muntah sebab kursus back to back on weekdays, weekend pulak kuliah, malam talaqi/usrah. Busy dalam tempoh 3 minggu tu.

Hari Jumaat, kitaorang pergi dewan komuniti pukul 10.00 am rupanya ada orang lagi awal sampai. Aku dengan Ateen and Daus tak da la pulak nak amik gambar sesama ke, borak sakan ke memasing behave jee sebab tahu sekarang bukan masa nak beramah mesra walaupun sumpah aku cakap rindu gila kat sepupu aku sorang tu. Dah setahun lebih kitaorang tak jumpa tak rapat macam dulu since covid thingy ni. Padahal rumah lorong sebelah sebelah je. Sepanjang tunggu giliran nak swab tu aku tengok memang ramai la orang. Ada yang emosi berebut tempat duduk. Dalam keadaan macam tu pun masih nak pentingkan diri sendiri nak bertelagah. Nampak orang tua, budak kecik bagi je la depa buat swab test dulu. Bukan lama pun kita kena tunggu. Sampai turn aku, lepas amik details semua terus pergi swab test. Disebabkan ni kali kedua aku buat swab test so aku macam chill je la kan. Confident tau. Sekali bila kena jolok hidung tu, makkkk aihhh sakit! Aku punya tak tahan sampai pegang pinggang dia hahaha lepas tu aku balik sendiri tak tunggu Ateen and Daus sebab nak elakkan lama lama ada kat luar. 

Sampai rumah, aku tak sabar nak bercerita dengan Mak tapi Amal bising suruh tukar baju mandi dulu sebab aku pergi tempat orang ramai. Okay la foinee. Siap semua aku turun bawah borak jap dengan Mak lepas tu terus nak masak. Plan nak buat Macaroni Cheese bakar and Ayam masak Mushroom. Aku sempat laa potong bebahan, defrost-kan ayam. Baru jee start menumis tetiba dapat call. Nombor tak kenal pulak tu. Aku pulak jenis malas nak layan kalau nombor tak kenal ni tapi taktau la kenapa haritu terdetik hati angkat jugak

019 : Hello, ini Cik Nurain ke? Saya dari KKM. Tadi ada pergi buat swab test kan. 

Aku : Ya saya. 

019 : Okay, result Cik positive. 

Aku : ...........

019 : Cik, Cik Nurain, Cik? 

Aku : Betul ke nama Saya? 

019 : Takpa Cik datang semula dewan sekarang, nanti ada staff tunggu kita pakaikan gelang. Bla bla bla (aku dah tak dengar sangat sebab terkejut)

Weh cepatnya result keluar kurang dari sejam. Mak aku tengah ada kelas mengaji terus stop. Mak diam je terkejut jugak kan. Aku lari naik atas terus tukar baju dalam masa yang sama whtsap dalam group family. Aku call Ateen tanya result dia and Daus. Dorang tak dapat call dari KKM pun. Ateen pun terkejut dapat tau result aku. Kak nor pulak call aku, baru terasa nak menangis tapi tahan je la taknak orang risau sebab aku sendiri in denial.

Sepanjang otw pergi dewan, lama tau aku diam je. In second memacam persoalan timbul dalam kepala aku. Bila kena? tapi aku okay sihat je? Dapat dari mana? aku takda close contact? Aku dah seminggu tak keluar rumah. But how? Sampai je dewan, orang masih lagi ramai beratur nak masuk tapi gate dah tutup. Aku sorang je boleh masuk. Jumpa staff terus dia amik details and pakaikan aku gelang. Tak sampai 10 minit urusan settle and boleh balik start kuarantin kat rumah. Nanti KKM call lagi. The moment aku pakai gelang pink tu, aku blur. Macam kena pukau lol otw nak balik rumah aku rasa malu and guilty. Aku sorok tangan taknak orang nampak. Bila ada orang lalu sebelah, aku cecepat ikut laluan lain kalau boleh taknak dekat dengan sesiapa sebab takut dorang berjangkit. Sporandic we never know kan ;(

Start la kuarantin dalam bilik. Sepatutnya harini 18 Julai aku dah boleh potong gelang, tapi sejak hari ke 3 positive baru la aku bergejala. So next appointment 22 Julai di CAC Sri Delima. Harini dah hari ke 10 aku kuarantin, alhamdulillah im okay. Cuma ada masa aku memang tak larat. Mengantuk sangat sangat. Ada masa aku rasa nak tidur jee. Sakit kepala, selesama batuk, badan dedar nak demam and lenguh lenguh. So far, badan masih boleh tahan lagi, alhamdulillah. Mak Abah and Amal dah buat swab test, alhamdullilah negative nanti 24 Julai buat second swab to make sure mereka semua bebas covid. Sepanjang aku kuarantin ni memang family jaga makan minum. Makan sedap sedap pulak tu. Alhamdulillah deria rasa masih ada. Cuma dalam banyak banyak tips orang share, kunyah cengkih jee aku tak gemar. Pedas tauu haha JKM and NGO ada hantar bantuan makanan kering/basah sebab kami semua kena kuarantin di rumah. 

Aku bersyukur sebab dalam tempoh aku diuji sakit ni, aku dalam keadaan tenang, boleh terima dan ramai sangat doakan aku. Terharu sangat. Aku masih boleh attend kelas talaqi walaupun masa mengaji tu aku macam tak cukup nafassss hehe Ustaz Hanif perasan la kot sebab dia tanya okay ke tak lol Aku rasa yang paling bermakna tahun ni, aku sakit di bulan Zulhijjah, inshaAllah esok nak puasa sunat Arafah tapi tu la Mak tak galakkan sebab aku kena makan ubat and minum air banyak. Kita puasa senyap senyap je laa kan hehehe

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu”

-- Surah Asy-Syura ayat 30.

Sunday, July 11

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

This entry before aku dapat tahu aku positive covid ;)

Assalamualaikum! 

Tak tau nak react cemana and rasa apa bila kes covid-19 semalam 7/7/2021 tinggi nauu tujuh ribu lebih, harini pun sama tujuh ribu plus plus. Cemana eh kes tinggi dalam keadaan semua negeri tengah PKP, PKPD, Lockdown. aku macam tak boleh brain apa significant-nya Pelan Pemulihan Negara tu dengan keadaan sekarang. Kesian weh rakyat. Emosi aku down teruk bila baca news merata rata orang susah sana sini. Aku tulis blog last year on the first day ke second day pandemic, sekarang pun masih lagi dalam keadaan yang sama. Punya la lama weh. Jadi boleh imagine tak betapa sedihnya hidup aku bila my workplace termasuk staffs, students, parents positive covid. Kena kuarantin kat MAEPS. Hati aku pecah berderai sebab yang kena tu budak budak and ibu mengandung. Berapa ramai orang aku kena explain dan minta maaf walaupun apa yang jadi tu di luar kawalan aku. Yang paling tak boleh terima bila orang start salah menyalahkan. Last month adalah mimpi ngeri dalam hidup seorang Nurain. Hari hari menangis, solat pun menangis, Al Quran aku basah dengan air mata sampai tinggalkan kesan kekedut tu, dengan tak boleh tidurnya, kekadang lupa dah makan ke belum tapi tak kuruih pun lol Covid really hit me very hard. So hard.

Habis je kuarantin esoknya hari ahad on weekend aku terus masuk office sebab nak catch up banyak benda. So double stress la kan haha But to be honest, dalam keadaan pandemic setahun lebih ni ada moment yang aku bersyukur dan hargai sangat. Kalau pandemic ni tak berlaku mungkin aku pun takda peluang nak buat sesuatu yang luar dari kebiasaan rutin hidup. Masa masa aku terisi. Aku makin konsisten dengan bacaan, talaqi dengan mak check bacaan masing masing, belajar formal ilmu hadith walaupun aku bukan aliran agama so its lottttttt tougher but its okay, tukar circle kawan kawan kenal thru support group, dapat usrahmate baru, banyak kongsi rezeki dengan niat nak bantu ekonomi negara dengan berbelanja (ayat penyedap hati jee hehe), cuba berniaga dengan jual dimsum and suprisingly lakuuu keras sampai aku tak restock dah penat cod lol alhamdulillah duit untung siap boleh infaq lagi atas nama buyers. Alhamdulillah alhamdullilah alhamdulillah 

At this moment yang paling memberi kesan sekali dan naikkan semula semangat aku selepas episode sedih last month adalah bila aku belajar Bahasa Isyarat. Okay last week aku attend formal class Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) under company. Walaupun pada mulanya disebabkan patuh dengan arahan bekerja jee but who knows aku jatuh cinta at the first sight okayyy hahaha sebabnya aku macam tak percaya on my first attempt tried to comunicate dengan Tutor BIM (seorang Pekak) and he understand my basic sign language very well. Woaaa bangga tau! Rsa macam diriku difahami lol

Ye lah kan sebelum ni bila aku jumpa orang bisu ke pekak aku akan rasa frustration sebab tak faham dorang but they still nak berinteraksi dengan aku. End up aku hanya geleng kepala jee takpun sengih memanjang (sebab nak jaga hati at least maniskan je la muka). Dan sebenarnya komuniti pekak/bisu ni dorang sangat laaa talkative weh and very funny too! kenapa baru sekarang aku sedar tapi tak da geng dah nak 'borak' guna sign language *sad*

Sepanjang class tu aku asyik ketawa je because im truly happy. Kami ada homework kena buat video perkenalkan diri, family, pekerjaan, asal usul guna bahasa isyarat. Masuk hari ke tiga aku jemm haha sebab penat tau guna tangan jee. Cikgu aku, Cikgu Farkruazzi sangat la supportive dan sangat penyabar. Cuba ajar satu satu sampai kami faham. Line internet kat office pulak macam siput asyik lost connection jee. Dia akan tanya aku macam macam soalan dan me being me la kan. Nervous wei.

First class paling tak boleh lupa bila memasing dah ready nak start kelas. Aku beria la pakai earphone and pelik kenapa aku tak dengar apa apa. Aku pun tanya la dalam chat box tu, Cikgu reply tiada sound, saya pekak. Allahu akbar aku rasa macam nak flying kick diri sendiri. Dah tentu tentu kau masuk Kursus Bahasa Isyarat Nurain adoi cecepat minta maaf and Cikgu aku senyum. Ada satu session tu belajar pasal diri sendiri, Cikgu tanya ada kekasih tak? guna sign language aku blur tak paham. Cikgu terpaksa guna whiteboard tulis satu satu perkataan. Terdiam jugak la aku bukan sebab malu ke apa tapi sebab macam pelik orang guna word KEKASIH tu punya la lama kau membujang Nurain sampai awkward lol

Kejadian yang tak boleh lupa jugak belajar nombor, Cikgu tanya birthday Mak Abah, no telefon and plate kereta. Simple je kan soalan tu. Tapi sebagai seorang yang takut dengan nombor aku lupaaaa. Lupaaa teruih hahaha last last tah nombor  telefon plate kereta sesapa aku bagi, birthday mak abah pun taram je lah. Bukan Cikgu tahu pun kan. Kenapa jadi macam tu? again sebab nervous guna sign apa semua tak ingat

Habis kursus ni seminggu memang aku berazam la nak join lagi next kursus BIM. Nak bebetul kuasai sign language sampai aku mampu berinteraksi dengan komuniti pekak dan bisu. Bila lagi nak ambil peluang ni untuk dekati, selami dan berkongsi dengan mereka kan. Sedangkan dengan manusia normal pun ku tak bersosial sangat. Penat mungkin. This is my first video belajar abjad duluu. Nanti kalau aku tak segan sangat aku share video aku borak dalam sign language okayy. Boleh la buat kenangan diri sendiri 10 tahun akan datang.


Semoga seorang Nurain mendapat ilmu bermanfaat dan beramal dengannya, InshaAllah <3