Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Sunday, July 11

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

This entry before aku dapat tahu aku positive covid ;)

Assalamualaikum! 

Tak tau nak react cemana and rasa apa bila kes covid-19 semalam 7/7/2021 tinggi nauu tujuh ribu lebih, harini pun sama tujuh ribu plus plus. Cemana eh kes tinggi dalam keadaan semua negeri tengah PKP, PKPD, Lockdown. aku macam tak boleh brain apa significant-nya Pelan Pemulihan Negara tu dengan keadaan sekarang. Kesian weh rakyat. Emosi aku down teruk bila baca news merata rata orang susah sana sini. Aku tulis blog last year on the first day ke second day pandemic, sekarang pun masih lagi dalam keadaan yang sama. Punya la lama weh. Jadi boleh imagine tak betapa sedihnya hidup aku bila my workplace termasuk staffs, students, parents positive covid. Kena kuarantin kat MAEPS. Hati aku pecah berderai sebab yang kena tu budak budak and ibu mengandung. Berapa ramai orang aku kena explain dan minta maaf walaupun apa yang jadi tu di luar kawalan aku. Yang paling tak boleh terima bila orang start salah menyalahkan. Last month adalah mimpi ngeri dalam hidup seorang Nurain. Hari hari menangis, solat pun menangis, Al Quran aku basah dengan air mata sampai tinggalkan kesan kekedut tu, dengan tak boleh tidurnya, kekadang lupa dah makan ke belum tapi tak kuruih pun lol Covid really hit me very hard. So hard.

Habis je kuarantin esoknya hari ahad on weekend aku terus masuk office sebab nak catch up banyak benda. So double stress la kan haha But to be honest, dalam keadaan pandemic setahun lebih ni ada moment yang aku bersyukur dan hargai sangat. Kalau pandemic ni tak berlaku mungkin aku pun takda peluang nak buat sesuatu yang luar dari kebiasaan rutin hidup. Masa masa aku terisi. Aku makin konsisten dengan bacaan, talaqi dengan mak check bacaan masing masing, belajar formal ilmu hadith walaupun aku bukan aliran agama so its lottttttt tougher but its okay, tukar circle kawan kawan kenal thru support group, dapat usrahmate baru, banyak kongsi rezeki dengan niat nak bantu ekonomi negara dengan berbelanja (ayat penyedap hati jee hehe), cuba berniaga dengan jual dimsum and suprisingly lakuuu keras sampai aku tak restock dah penat cod lol alhamdulillah duit untung siap boleh infaq lagi atas nama buyers. Alhamdulillah alhamdullilah alhamdulillah 

At this moment yang paling memberi kesan sekali dan naikkan semula semangat aku selepas episode sedih last month adalah bila aku belajar Bahasa Isyarat. Okay last week aku attend formal class Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) under company. Walaupun pada mulanya disebabkan patuh dengan arahan bekerja jee but who knows aku jatuh cinta at the first sight okayyy hahaha sebabnya aku macam tak percaya on my first attempt tried to comunicate dengan Tutor BIM (seorang Pekak) and he understand my basic sign language very well. Woaaa bangga tau! Rsa macam diriku difahami lol

Ye lah kan sebelum ni bila aku jumpa orang bisu ke pekak aku akan rasa frustration sebab tak faham dorang but they still nak berinteraksi dengan aku. End up aku hanya geleng kepala jee takpun sengih memanjang (sebab nak jaga hati at least maniskan je la muka). Dan sebenarnya komuniti pekak/bisu ni dorang sangat laaa talkative weh and very funny too! kenapa baru sekarang aku sedar tapi tak da geng dah nak 'borak' guna sign language *sad*

Sepanjang class tu aku asyik ketawa je because im truly happy. Kami ada homework kena buat video perkenalkan diri, family, pekerjaan, asal usul guna bahasa isyarat. Masuk hari ke tiga aku jemm haha sebab penat tau guna tangan jee. Cikgu aku, Cikgu Farkruazzi sangat la supportive dan sangat penyabar. Cuba ajar satu satu sampai kami faham. Line internet kat office pulak macam siput asyik lost connection jee. Dia akan tanya aku macam macam soalan dan me being me la kan. Nervous wei.

First class paling tak boleh lupa bila memasing dah ready nak start kelas. Aku beria la pakai earphone and pelik kenapa aku tak dengar apa apa. Aku pun tanya la dalam chat box tu, Cikgu reply tiada sound, saya pekak. Allahu akbar aku rasa macam nak flying kick diri sendiri. Dah tentu tentu kau masuk Kursus Bahasa Isyarat Nurain adoi cecepat minta maaf and Cikgu aku senyum. Ada satu session tu belajar pasal diri sendiri, Cikgu tanya ada kekasih tak? guna sign language aku blur tak paham. Cikgu terpaksa guna whiteboard tulis satu satu perkataan. Terdiam jugak la aku bukan sebab malu ke apa tapi sebab macam pelik orang guna word KEKASIH tu punya la lama kau membujang Nurain sampai awkward lol

Kejadian yang tak boleh lupa jugak belajar nombor, Cikgu tanya birthday Mak Abah, no telefon and plate kereta. Simple je kan soalan tu. Tapi sebagai seorang yang takut dengan nombor aku lupaaaa. Lupaaa teruih hahaha last last tah nombor  telefon plate kereta sesapa aku bagi, birthday mak abah pun taram je lah. Bukan Cikgu tahu pun kan. Kenapa jadi macam tu? again sebab nervous guna sign apa semua tak ingat

Habis kursus ni seminggu memang aku berazam la nak join lagi next kursus BIM. Nak bebetul kuasai sign language sampai aku mampu berinteraksi dengan komuniti pekak dan bisu. Bila lagi nak ambil peluang ni untuk dekati, selami dan berkongsi dengan mereka kan. Sedangkan dengan manusia normal pun ku tak bersosial sangat. Penat mungkin. This is my first video belajar abjad duluu. Nanti kalau aku tak segan sangat aku share video aku borak dalam sign language okayy. Boleh la buat kenangan diri sendiri 10 tahun akan datang.


Semoga seorang Nurain mendapat ilmu bermanfaat dan beramal dengannya, InshaAllah <3

No comments:

Post a Comment

Terima kasih