Formal
Aku menilai sesuatu perkara mengikut pemerhatian,pemikiran logik dan situasi.Dan ya,aku sentiasa berfikiran positif.Pada aku,kita masih perlu berpegang dengan nilai moral dan berbudi bahasa dalam setiap percakapan mahupun perbuatan.
Ya,aku berpegang dengan prinsip Rukun Negara
- Kepercayaan Kepada TUHAN
- Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembangaan
- Kedaulatan Undang-Undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
Tidakkah kau fikir dahulu sebelum membuat sesuatu?
Tidak malukah kau melakukan sesuatu yang keterlaluan kerana mengikut emosi?
Tidakkah kau ingat pada siapa kau terhutang budi?
Ya ! mungkin pilihan kita tidak sama
Kau dengan itu,Aku dengan ini
tapi kita dibawah satu agama
Agama kita mengajar sesuatu yang baik bukan?
Ya ! kau bole kata aku pun terlalu emosinal
tapi cara kita mengendalikan emosi itu bagai langit dengan bumi
tidak percaya?
Aku masih mampu berfikir dengan waras
dan mendoakan yang terbaik untuk kita
Ya ! untuk KITA
sebab aku terlalu sayang akan bangsaku
kerana Tumpahnya Darahku di sini
MALAYSIA
'Ya Allah,aku mohon Kau jauhkanlah kami dari perasaan benci antara satu sama lain,aku mohon Kau jernihkanlah persengketaan di antara kami,Wahai yang Maha Berkuasa,Kau padamkanlah fitnah-fitnah yang makin berleluasa ini,satukan hati kami,Amin Ya Rabbal Alamin'
Tak Formal
pehh ! macam buat karangan sastera la plak kan,haha!
tapi aku siyes
sume yg aku cakap tu sume dr lubok hati plg dalam oke
terime atau x
setuju atau x
suka atau x
TERPULANG
HEBAT BERBICARA TAPI KURANG BERTATASUSILA bukan cara aku
Jangan buat macam nie boleh?
hai cikgu ain..cikgu stacy here. :) follow u dear xo
ReplyDeleteBakal cikgu rupanya, selamat ya.
ReplyDeleteSalam kenal.. :)