Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Tuesday, December 23

Teori Psikoanalisis DREAM by Sigmund Freud kah ini?

Assalamualaikum :)

Amboi kemain tajuk. Student psikologi katanya. Hewhew Okay sekarang minggu study week tapi aku still lagi busy nak siapkan asgmnt. Dah kenapa lec baru nak bagi akhir akhir sem ni. Duhhh Dah laa aku macam lost je. Imagine baru masuk kuliah 3 bulan dah nak kena hadam all those things and segala term yang aku tak pernah dengar pon. Bahasa asing jangan cakap laa kan. memang blur manjang.


Masa minggu last kuliah, I do not know why sejak aku jumpa sorang lec ni, boleh pulak dia muncul dalam mimpi aku. Aku mimpi buat sesi psikoterapi dengan dia. Banyak kali pulak tu. Aku da submit kot asgmnt dia. Dah kenape. Padahal dulu mase aku nak set appointment dengan dia bukan main susah lagi. Asgmnt dia jugak laa paling mencabar. Tahap aku nak nages kot sebab kena buat benda yang aku tak pernah buat. Asgmnt dia laa buat aku belajar banyak benda sampai aku tak segan segan nak mintak tolong kawan aku. And asgmnt dia aku rasa paling touching pernah aku buat. Kire mencabar jugak la nak siapkan. Nie da siap hantar tapi awat muncul dalam mimpi pulak. Ke semua tu bawah pemikiran tak sedar aku? Hahaha 

Tapi aku suka laa sebab lec ni sempoi habis. Aku rasa nanti masa nak buat tesis aku nak dia jadi supervisor aku. Tapi macam takde kaitan laa pulak dengan bidang aku. Macam macam laa ilmu baru dia share mase meeting haritu. Serious bestttt. Sebab nak attend kelas dia laa aku terpaksa curi curi keluar kuliah wajib fakulti. And aku tak menyesal pun. Haha Dia pon banyak je share story pasal background academic dia. Ke sebab dia kauselor so dia macam pandai attract orang termasuk aku. Dalam masa tiga tahun ni aku bersyukur jugak laa sebab dapat jumpa lec yang bole guide and bagi pandangan tentang academic progress aku. 

And banyak banyak benda dia share, satu je menarik perhatian aku. Bila dia cakap "Eh tak boleh, saya duduk jauh, anak saya macam mana". Serious aku ingatkan dia tak kawin lagi sebab dia nampak muda kot. Gila gila pulak tu. Terus aku rasa makin respect kat dia sebab utamakan family dia especially pasal anak. Ke sebab aku cikgu yang dah lima tahun dalam dunia kanak-kanak so aku cepat sensitif bila dengar benda benda macam ni. Atau aku cepat impress lelaki yang pentingkan keluarga. Amboi. Haha

Seriously aku takut sebenarnya. Boleh ke aku terima bidang yang lain dari aku belajar selama ni. Final just around the corner. Aku nak buat the best. Macam lec aku pesan. Buat apa pun mesti kena ada minat. Ada minat carry on je. Toksah pikir hal lain. 

Belajar psikologi ni satu je, jangan kau yang psiko sudah. 










Tuesday, September 30

B A N G I L A G I

Assalamualaikum 

Okay sebenaqnya dah janji kat diri sendiri nak keep on writing in this blog. So nanti bila aku baca balik 10 tahun akan datang, i was like wow!  i come this far. Bukannya eww awat hang gediks semacam. Hopefully laa kan. Hewhew

Basiclly, sekarang aku dah jadi student balik. Ya, mahasiswi di UKM. Ya Allah sape sangka kan?  Time aku mula rase give up dan tak mengharap apa apa,  tiba tiba je Allah makbulkan doa aku depan Hijir Ismail awal tahun ni. Nanti aku story lebih sikit sebab aku rase benda ni boleh jadi satu semangat buat orang yang dah pun lemah semangat macam aku a few month ago. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Thank you Ya Rahman Ya Rahim. I'm happy! Loooonggg way to go. Rabbi Yassir Walaatuasir.

Alkisahnya, aku pun tak terkira dah berapa puluh kali apply Universiti since habis SPM. Rayuan jangan cakap lah. Berapa kali fotostat IC, segala sijil etc. Usaha tu sentiasa je even lepas habis STPM.  Sampai laa dapat tawaran buat Diploma kat UPSI. Alhamdulillah. Dah pun grad dengan jayanya. Dengan result CGPA yang aku-sendiri-tak-percaya. Then bekerja selama beberapa bulan ni. Dengan gaji yang tak seberapa boleh menabung mengunjungi rumah Allah. Tu dah capai tahap gembira tak terkata dah. I'm happy enough. Alhamdulillah.

And now almost 9 hari menetap kat Kolej Keris Mas di UKM. Hmm cemana eh nak describe feeling nih. Sebenaqnya tak sangka pon aku akan kembali ke Bangi ni. Since 2009, aku umur 20 tahun. Banyak jugak laa kenangan kat sini. Kuat betul jodoh dengan Bangi ni. Erkk

Sepanjang aku attend kuliah beberapa hari ni serious aku rase macam lost. Adoi. Task jangan cakap laa memang belambak lambak. Macam beranak pinak pon ade. Amboi kemain. Takpa takpa. Hadap je. Manis tu nanti InshaAllah, Allah akan ganti 3 tahun lagi masa aku konvo. Target nak dean list, dapat student terbaik pon okay jugak. Pehh masin laa mulut aku. Kehkehkeh But once again  please set your goal high.Confident tu penting. lol

Lagi satu, rindu ahli syurga ni lain maciam sikit tau. Hehe my precious students. Selalu pagi pagi nie mesti buat bacaan sama sama. Kerenah dorang memang pengubat sakit. Rinduu bau budak budak tu. Mesti dorang pon rindu aku agaknya kalau tak takkan aku sampai mimpi dorang ;((

Okay, ada masa pulak kan aku nak update bagai. Tak sedaq diri ke ape task dah tersusun nak submit.

Bai.