Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Wednesday, February 28

IV Pengurus Kes

Hi and Good Day,

Rancanglah segala tindakan kita agar tidak kelam-kabut. Pastikan diri sentiasa tenang dan fokus. Kawal emosi dengan zikrullah- JAKIM

Balik je dari interview kat MQA , malam tu aku check emel. Aku paling anxious gila kalau dapat notification and tengok ade emel belum baca. Haha tetibe dapat invitation dari PERKESO untuk interview for Case Manager position. Alhamdulillah syukur walaupun baru panggilan temuduga je. Sebenarnya aku pun dah lupa aku ada apply last year. Itu pun SV time aku praktikal kat JPA yang galakkan aku apply. Ramai jugak classmate UKM and batch dari program yang lain dapat tawaran jawatan yang sama. Its really good to see familiar faces. Yang apply memang beribu, dapat panggilan iv after saringan pun dah kira beruntung. Alhamdulillah.

Mujur la skim bawah Perkeso tak rumit sangat and aku boleh hadam. Aku puji la usaha Perkeso ni buat rancangan Inspirasi Harapan tu sebab secara tak langsung orang pun dapat maklumat hak mereka sebagai pekerja. Best jugak baca pasal prinsip Perkeso (Solidatary Fun, Replacement into Income, kesaksamaan), Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Skim Bencana Pekerjaan (faedah perubatan, faedah Hilang Upaya Sementara, faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, faedah Anak Tanggungan, faedah Pengurusan Mayat, faedah Pendidikan, kemudahan pemulihan Jasmani/Vokasional), Skim Keilatan (Pencen Ilat, Bantuan Ilat, Pencen Penakat, Elaun Layanan Sentiasa, faedah Pengurusan Mayat, faedah Pendidikan, Kemudahan Pemulihan Jasmani,/Vokasional/Dialisis), Skim Bantuan Bekerja Sendiri (Teksi), Sistem Insurans Pekerjaan (caruman pekerja and majikan 0.2%), Return to Work (program pemulihan fizikal, 6 hierarki bekerja) , Websys (flow kerja case manager) etc Aku taip yang ingat je la eh

Aku enjoyed je belajar benda baru sebab kalau nak tunggu sesaja buka website Perkeso nak baca memang tak la. Typical Nurain lol Yang paling best tu malam sebelum iv, aku excited and tak sabar nak tengok closing ceremony Winter Olympic sebab ada performance EXO. So aku tak la fikir sangat pasal iv ni. Rilek rilek je nengok live streaming. By the time nak tunggu EXO perform pukul 9.00 malam aku dah sesiap baca nota. Sumber motivasi seorang Nurain untuk do well time iv esok hari hahaha kemain. Dah tu aku revise la sikit pasal Psikologi Industri Organisasi and Ergonomik time kuliah dulu. Yang penting usaha kena ade ye. Dah janji kat diri sendiri nak buat the best. Takde usaha yang sia sia tau dalam hidup ni

Esoknya, pukul 6.30 pagi aku dah singgah 7E beli gegula. I need my sugar. keke Sampai je kat Perkeso Ampang memang candidate dah ramai. Ikut jumlah dalam emel aku ade 147 orang semua. Dapat jumpa classmate rasa macam reunion je kat situ. Bestnyaaaa! walaupun time kat uni dulu tak la rapat mana pun. Sebabkan iv sehari suntuk kat Perkeso sempat laa nak kenal borak panjang pasal diri memasing. Alhamdulillah im truly happy! Proses pendaftaran start dari pagi sampai ke petang around 7 pm. Bayangkan la lemau ke tak badan bila menunggu tu.  Tapi aku okay je mungkin sebab da lama sangat cuti and aku tak sabar nak rasa aktif busy balik macam dedulu. Lepas dah submit borang and aku dapat no giliran 61. First stage kena jawab essay in English (BM pun boleh) time tu baru pukul 11 pagi. Soalan aku dapat what's resorces to obtain job. Frust jugak la sebab aku ingatkan soalan essay dia akan tanya pasal skim tak pun apa apa pasal Perkeso. Ada yang dapat soalan pasal pegawai perkhidmatan, pasal security etc. So aku jawab je lah essay tu satu muka surat penuh dalam masa 10 minit. Nampak soalan macam senang je kan tapi bila kau ade banyak sangat idea, takut idea asal tu tak sampai. Habis je jawab aku pergi cafe sesorang tenang kan diri. Kalau sebelum ni aku paling tak suka makan sorang sorang kat public area, aku lebih rela bungkus tapi memandangkan aku rasa tak confident apa aku jawab time exam tadi so aku pegi makan sorang. Layan perasaan nak amik semangat balik. Iye, sorang sorang merenung tingkap. Haha Bila aku dah bertenang sikit baru aku masuk bilik iv semula. 

Memandangkan aku group ke 3 yang dipanggil iv dengan panel, so kitaorang start lambat dalam pukul 3 petang. Satu group ada 20 orang. Boleh imagine tak cemana persaingan tu. Tapi aku awal awal dah set dalam otak, kalau ade rezeki aku, mesti dapat punya. And aku tak perlu risau dengan candidate yang lain. Baik aku risau pasal performance aku depan panel nanti. Tak payah kusut pasal orang sebelah aku staff Perkeso ke, orang belakang aku siap attach surat sokongan dari pegawai Kementerian, orang depan aku style macam Pengarah etc. Just fokus kat diri sendiri. Senyum and yakin dengan usaha kita. This is our own battle. Kita berlawan dengan kekuatan perasaan sendiri bukan dengan orang lain. Dalam bilik iv ade 3 orang panel. Pegawai Perkeso memang ramah tamah even urusetia sampailah security guard (thanks Acik sebab baik sangat, terharu). Rasa selesa sangat dilayan dengan lemah lembut and sopan. Takat ni pengalaman aku bekerja/berurusan kat ministry/agency, alhamdulillah dorang semua memang penjawat awam yang bagus bagus. Semoga Allah bagi ganjaran pada mereka yang mudahkan urusan orang lain and sentiasa amanah dalam bekerja.

Masuk dalam bilik iv aku dapat duduk hujung sekali barisan pertama. Time ni aku fikir cemana la nak bagi panel sedar kewujudan aku haha. Well instict kau nak survive dalam keadaan macam tu sangat tinggi okay. So aku memang buat eye contact dengan panel dari aku masuk bagi fail sampai la  aku duduk. First task kena buat introduction pasal diri sendiri and wow factor in English dalam masa seminit sahaja. Aku orang ke 10. Sementera nak tunggu sorang sorang habis tu ya Allah rasa lamaaaaaaaa sangat. Time ni la jantung aku macam nak meletop. Debor kemain sampai aku boleh rasa nadi aku begetar tak terkawal. Serious. Dah lama tak rasa thrill macam tu. I'm enjoyed it walaupun time tu rase nak termuntah semua ada. Sebabnya aku tengok ada yang sedikit struggle nak berbahasa Inggeris mungkin sebab tak expect tetibe iv in english atau terlalu nervous and dorang cakap dua tiga ayat je. Thanks to my friends yang share tips iv so aku memang dah prepare awal takde la blank. Tiba je giliran aku, terus bangun and senyum kat panel. Memang aku tatap mata sorang sorang macam ibu peri haha dalam hati aku cakap tolong la dalam ramai ramai ni Tuan/Puan ingat kat saya ni. nampak tak  aku desperate lol Aku kenalkan diri, pengalaman LI kat JPA where I get involve in Exit Policy and IIAP programme, pasal personaliy trait aku and kenapa aku nak keje dengan Perkeso. Agak panjang sikit dari candidate yang lain. Alhamdulillah tak gagap and dapat momentum. Macam aku cakap sebelum ni kadang kadang kita kena pura pura jadi berani/confident bila kau tengah mengelabah nak pengsan. Takde orang tau pun kau struggle cemana so its okay to pretend everything is under your control. Bravery tu  practice, dia tak datang dari langit ye. Practice. 

Barisan pertama dapat soalan berkaitan faedah dalam Return to Work and macam mana you as a case manager yakinkan hujah kat panel. Barisan kedua dapat soalan cadangan baru yang dorang boleh beri untuk mantapkan lagi program RTW ni. Semua orang diberi masa 2 minit untuk prepare and jawab sekali je dalam masa 2 min. Aku tulis point macam mind map. Ade point yang aku tak faham sebab tulisan sendiri takleh baca lol Aku orang kedua yang present the idea walaupun sebenarnya tak ready tapi aku tak sanggup nak tunggu lama lama nanti lagi aku nervous. Untuk berdepan sesuatu saat yang genting adalah dengan hadapi je. So aku terus bangun and present. Aku fokuskan bimbingan kaunseling and psikologi dalam RTW. Nampak la macam student psikologi kan hehehe lagipun SV aku pun bagi tips yang sama. OB atau klien yang kita berurusan itu adalah invidu yang ada emosi and perasaan and macam mana kita nak bantu dia atasi masalah ketidak seimbangan fisiologi and psikologikal supaya dia berfungsi sebagai seorang manusia demi mencapai kesejahteraan hidup. Alhamdulillah aku tak terlebih masa. Sebab panel dah warning candidate pertama amik masa yang panjang untuk present. Time ni aku dah belajar dari kesilapan time jawab essay tu. Ada banyak idea sekali pun kalau makna tak sampai memang ke laut la perginya. So dalam masa 2 min tu fokus pada satu point yang kau boleh hurai and beri justifikasi. Terangkan terperinci and bagi contoh. Aku taktau le aku jawab tu betul betul tepat ke tak tapi kalau tengok reaksi panel macam okay. Dorang bagi perhatian and dengar apa yang aku bentang. Dorang pun takde persoalkan balik hujah aku macam setengah candidate yang kena. Group iv kitaorang paling lama almost dua jam baru selesai semua. Personally, ada beberapa orang candidate yang aku kagum cara dorang bagi opinion, cara interaksi and confident level. Candidate ni mungkin ada peluang yang cerah kot sebab tiap kali dorang bercakap aku akan tengok reaksi panel macam mana. Aku percaya dengan judgement dorang mencari the best person to fit this job. Semua orang pun dah buat habis baik and kita semua ada peluang yang sama rata sebab panel akan ambil kira semua markah dari ujian personaliti, essay, and iv. 

Aku tak pernah cerita se-detail ni tapi disebabkan sebelum ni aku  susah nak cari sumber pasal pengalaman iv Perkeso untuk jawatan2 tertentu so aku share le. Boleh manfaatkan sesiapa and kenangan untuk diri sendiri. Tujuan aku cuma satu je, aku nak bagi semangat and beramal dengan ilmu yang sedikit ni.

Semoga ada rezeki berpihak kat aku kali ni. 

Tuesday, February 20

#CuriousCat

Hi and Good Day,

When I get home, I always.
Turn on wifi or pergi toilet. Aku kalau keluar bejalan mana mana memang elakkan pergi toilet. Dah sampai rumah baru terasa ada lol Maybe sebab aku selalu fikir ada camera dalam public toilet. Well, perempuan memang kena extra careful. Nowdays, there's sooo many sick people. 

On my bedside table, there's always.
Laptop and tons of file. Biasa la sekarang aku kan pencari kerja tegar. Hari hari apply kerja, edit resume, buat cover letter etc. Lepas tu kalau dah boring, kekadang aku baca balik reports yang aku pernah buat. Macam tak percaya aku boleh siapkan semua reports tu. Setiap satu task atau asigmnt tu ada significant and bermakna. Somehow its kind of proving my hardwork and effort kot. Sebab tu aku frust gila laptop toshiba aku jahanam sebab banyak gila kot report dalam tu burn macam tu je and the saddest part aku langsung takde copy. 

The first car I ever drove was.
Kancil and its manual. wow. First day belajar bawak kereta i just cnt believe kereta tu bergerak sebab kaki aku yang tekan minyak. Can you imagine? KAKI AKU SENDIRI. Im in awe. Lepas tu boleh pulak aku pandang tunduk bawah nengok kaki aku. Bukan nengok depan, terus kena sound dengan Pakcik Marmin. 

Did you ever believe in love at the first sight?
No. There's no such things sebab feeling kene develop. Its took me almost 6 years to get into EXO. Yes, trust me. Since 2013 pernah dengar Growl tapi aku tak pernah dulik pasal dorang pun. Aku memang amik masa yang sangattttttttt lama untuk suka sesuatu benda/orang. At that time i think they're just like any typical kpop boyband yang pakai makeup, lagu rancak rancak, menari bagai dah tu pulak kenapa group member ramai gila muka sama pulak tu. I cannot brain. Cukup la Rabbani je ade ahli group ramai okay lol But you know what? Im totally wrong! They're beyond than that. Their voices like seriously superbbb, very calming and soothing ever. Baekhyun's, Chen's & DO's voice is my favorite sound in this universe. Suho one of the best student and family educated background. Of course la sebab bapak dia professor kat one of the top university kat Korea. Xiumin proves himself to be intelligent man that values education by finish his PhD soon! Aku habiskan Degree pun macam nak merangkak. He's totally inspired me. Chanyeol and Lay very talented musician. He even do not know how to read sheet music/note but still manage to play any kind of music instrument. How cool is that kan . Sehun & Kai personality awesome gilaaa. Kalau nengok cara dorang jawab interview media ke apa mesti aku kagum. Sebab thought dorang deep and macam tak percaya umur baru 23 tahun tapi matured. Aku tengok semua movie,webdaram dorang berlakon mostly ending mesti sedih tak pun watak dorang mati lol terer gilaa berlakon weh. nak cerita kang panjang pulak so to make it short, EXO feel like a home to me. Ibarat macam kau pergi la ceruk dunia mana sekalipun, by the end of the day kau mesti akan balik rumah jugak. Tak suka cemana pun nanti lama lama akan ade benda yang buat kau suka walaupun benda kecik. padan muke aku hahaha

What kind of music you listen to?
Personally, i do loveeeee ballad song so much! tak kisah la any language pun i do enjoyed listening ballad song. Lagu yang layan perasaan memang best weh. Lagu dari thailand, vietnam, korea, china, japan, sepanyol, filipina semua aku dengar. Lirik lagu dorang power boleh nages dengar. memang tikam sampai ke hati dia punya touching tu. Lately aku suka lagu Luluh, Sabor Ami, Nguroi Ay, Cosmic Railway, Your Love Dolce Amore, Turning The Pages of Memories etc. Dalam playlist aku ada 159 lagu yang hari hari aku dengar and mostly ballad song. One of the reason kenapa aku suka gila EXO sebab lagu ballad dorang mak aihhhhh. Jatuh cinta yang ke limapuluhjutakali lagi lagi Winter Album, like seriously you guys should listen too and thank me later.

My hidden talent is.
Sing. Even though im not a good singer but i love to sing very much. Dari tengok wayang ke main bowling ke, aku lagi suka pergi karaoke. Superstar paling mahal aku pergi bilik VIP, paling murah karaoke jamban kat Maju Junction satu lagu seringgit. Memang sempit macam jamban tapi sound system peh boleh bikin concert hahaha Aku tak pernah nyanyi depan crowd kecuali my best friends (Tiha, Syiqin, Anis,As,), my family (mak, Erah, Ateen), colleague (a few) and Cik Min. Boleh kira dengan jari. So kalau aku pernah nyanyi depan orang tu maksudnya orang tu kira rapat la dengan aku. My low note its not that good and my high note veryyy bad. First time pergi karaoke kat Brem Mall time umur aku 18 tahun. Time tu rasa macam buat dosa besar sangat pergi karaoke sebab still pakai baju sekolah and enviroment macam dalam club weh dengan gelap macam masuk rumah hantu lepas tu ada disco ball tu lol 

Thats all my answers for #CuriousCat question on facebook. I just get a chance to know about myself better. Suprisingly, huh?

Sunday, February 18

PSH

Alhamdulillah. Baru dapat panggilan temuduga untuk jawatan kontrak tiga bulan. Ya Allah happynyaaa. Belum dapat offer kerja tetap lagi. Mau lompat bintang aku hehe lemau jugak jadi penganggur ni sebab skills tak boleh develop. Everyone has something to offer. Tak kisah la kau kat posisi paling bawah sekali pun atau fresh graduate macam aku. Your idea, kemahiran in any field, talent, opinion etc semua tu berharga kalau disalurkan ke tempat yang sepatutnya. 

Impian aku tak besar mana pun. Just nak dapatkan decent job, mampu bayar pinjaman balik so that aku tak kena blacklist dapat fly (nak pergi ziarah Umrah lagi), dapat bagi keluarga aku merasa sorang sikit, dapat survive dalam hidup ni, dapat bayar zakat sendiri, dapat buat ibadah korban, penuhkan tabung Haji... As a Muslim mesti kita ada cita cita macam tu kan and the list go on and on. Allah dah tetapkan dan aturkan hidup aku. Aku cuma perlu yakin dan usaha sehabissssss baik. Tahun 2017 paling banyak pengajaran Allah bagi kat aku, sebanyak jugak pertolongan yang Dia bagi. Memang dalam setiap kesusahan ada kesenangan. Itu janji Dia. Ayat macam klise kan, mungkin dah beratus kali aku baca atau dengar benda yang sama. Tapi serious aku cakap setiap kali aku down ke ape memang ni je yang mampu pujuk hati aku balik. Ayat ayat Allah kan memang manis macam gula :)

Sebelum umur aku 30 tahun dalam masa dua tahun ni, aku nak bagi peluang kat diri aku untuk explore macam macam benda berkaitan dengan pengembangan kerjaya aku. Dari kerja full time as a teacher at private preschools sampai lah kerja part time semuaaaaa aku suka. Variety gila kalau nengok pengalaman kerja aku dalam CV hahaha dari jaga exam IIUM, s/u pilihanraya, freelance asgmnt report/literature review, enumurator, RA  blabla since habis sekolah sampai cuti semester aku kerja je. Aku tak mencari tapi ade je peluang tu sebab kawan ajak la, tolong abah aku time mesyuarat la, kakak aku offer la. Tu la yang dinamakan ade rezeki tak kemana. Have faith! bila dah dapat mesti buat sehabis baik. Be responsible dengan kerja lepas tu confirm akan rasa senang je selesaikan kerja kerja tu. Keberkatan ni takleh nak describe cemana tapi diri sendiri boleh rasa. And aku nak rasa berkat dalam bekerja tu lagi. Harap harap ade rezeki jadi seorang pekerja tahun ni. Heheh

Boleh kata pengalaman IV kat MQA last monday was my very first IV. Like seriously before this ex bos aku offer kerja terus lepas aku habis LI kat tempat dorang. Tak pun panggil iv tapi sebenarnya terus isi form and sign diterima kerja. So kali ni pergi IV tak tau nak expect apa. Aku just nak amik pengalaman IV jee and warm up before IV PERKESO next two week. Malam sebelum nak IV kat MQA aku siap study weh dah macam final exam. And macam biase aku kalau time exam mesti rasa nak demam. hahaha Cara aku nak relax is buat mental tranining. Imagine je benda benda baik akan berlaku dalam bilik temuduga tu. Serious benda ni sangat berkesan kat aku weh terus aku mengantuk tahap gaban and terus tidur tanpa tahu pasal beza MQA dengan MQF and MQR lol padahal aku dah prepare note awal awal. Put an effort sangat penting walaupun lepas tu kau ke laut dalam haha

Disebabkan iv aku pukul 2 petang lambat lagi so pagi tu sempat laa revise sikit sikit. Aku just bukak web portal MQA and baca bahagian FAQs. Ibarat macam kau just baca abstrak tesis jee untuk tahu keseluruhan research tu pasal apa. Tak perlu baca beratus ratus muka surat kekeke #tipsstudylastminute. Memang lawaaaaa nau bangunan baru MQA kat Cyberjaya. Last LI kat JPA Putrajaya. Memang dua dua ni tempat impian aku nak bekerja dari kecik. Maybe Mak Abah aku kerja kerajaan jugak kot. In psychology study, to be specific in Anne Roe's theory, career  choice seseorang memang boleh dipengaruhi sejak zaman kanak kanak kita oleh parent. Dalam pukul 3.30 petang baru la giliran aku kena interview. Satu group empat orang candidate. Staff/pegawai MQA sangat laaa friendly. dari mula mula register nama sampai laa sediakan air, sediakan kerusi (sebab candidate ramai) sampailah ke depan pintu bilik interview memang baikkk senyummmm manjang. Tak rasa awkward ke apa. Which i do really appreciate cara dorang. Sekarang ni kalau orang buat jahat tak pelik dah tapi kalau jumpa orang baik baik memang pelik. Betul laa Naqibah aku cakap, akhir zaman ni benda baik akan jadi bendasing ;(

Panel iv aku tiga orang, sempat jugak la aku tanya staff sebelum masuk bilik. Panel ni dari ketua jabatan sub bahagian tertentu. Aku rasa muka macam familiar. Kesan dari tengok carta organisasi lah kot. haha Seingat aku cuma dua soalan je yang ditanya which is introduce yourself and what's your strength kat semua candidate. Soalan ni semua orang boleh jawab tapi jangan take for granted. Cuma soalan untuk individual berbeza dari candidate dengan candidate yang lain contoh ada business online ke tak, apply SPA ke tak, kenapa kerja part time etc. Takde okay soalan apa maksud MQA apa PSH dalam Pekeliling Perkhidmatan, siapa pengerusi and board of director. Rasa macam borak borak between lecturer and student masa kat uni jee. Maybe dorang just nak nilai personaliti and sikap terhadap kerja je kot. Pegawai MQA sangat humble and benda tu memang buat aku rasa selesa and tak nervous. Aku lagi nervous salah order menu kat kedai lol

Pendek kata, siapa yang ada interview keja mana mana, just do your very best okay! Maksudnya kalau kau ada masa sejam dua kena jugak study and membaca. Baca ni benda paling malas sekali nak buat kan tapi kena jugak. Kalau baju raya kau paling cantik and boleh buat kau confident, go ahead sila pakai time iv yang penting kena selesa and of course jangan lebih dari 3 warna. Kalau kau rasa negative confrim tak dapat sebab candidate yang mohon ramai gila, so kau kena ingat satu benda. ADE REZEKI TAK KEMANA, ALLAH DAH TETAPKAN. So takkan nak give up lagi kan? kalau dapat Alhamdulillah sila kerja dengan amanah, kalau tak dapat alhamduliilah jugak maybe rezeki kat tempat lain. You have no idea. So be the best you can be. Rasa takut, nervous nak tekencing sakit perut kaki tangan sejuk tu semua tu normal. Youre only human being bukan alien. itu pun kalau alien wujud. kekeke Rasa ketakutan akan bagi peluang untuk kita jadi lebih berani. Berani sahut cabaran dan keberaniaan tu perlu dilatih dalam diri bukan simply datang macam kuasa superhero. So if you need to pretend acah acah confident time iv supaya kau tak gagap, aku sarankan sila buat. Sebab takde sape yang tahu struggle kita, usaha kita, niat kita.

Aku cakap kat diri sendiri ni sebanarnya sebab aku ada lagi dua interview next week.

kbai

*Update : Alhamdulillah dapat makluman aku jadi calon simpanan dalam tempoh setahun ni. By next week ada iv kat MAKPEM. Result  iv PERKESO dalam bulan march ni. Tengok la rezeki mana sampai dulu. Alhamdulillah.