Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Wednesday, February 28

IV Pengurus Kes

Hi and Good Day,

Rancanglah segala tindakan kita agar tidak kelam-kabut. Pastikan diri sentiasa tenang dan fokus. Kawal emosi dengan zikrullah- JAKIM

Balik je dari interview kat MQA , malam tu aku check emel. Aku paling anxious gila kalau dapat notification and tengok ade emel belum baca. Haha tetibe dapat invitation dari PERKESO untuk interview for Case Manager position. Alhamdulillah syukur walaupun baru panggilan temuduga je. Sebenarnya aku pun dah lupa aku ada apply last year. Itu pun SV time aku praktikal kat JPA yang galakkan aku apply. Ramai jugak classmate UKM and batch dari program yang lain dapat tawaran jawatan yang sama. Its really good to see familiar faces. Yang apply memang beribu, dapat panggilan iv after saringan pun dah kira beruntung. Alhamdulillah.

Mujur la skim bawah Perkeso tak rumit sangat and aku boleh hadam. Aku puji la usaha Perkeso ni buat rancangan Inspirasi Harapan tu sebab secara tak langsung orang pun dapat maklumat hak mereka sebagai pekerja. Best jugak baca pasal prinsip Perkeso (Solidatary Fun, Replacement into Income, kesaksamaan), Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Skim Bencana Pekerjaan (faedah perubatan, faedah Hilang Upaya Sementara, faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, faedah Anak Tanggungan, faedah Pengurusan Mayat, faedah Pendidikan, kemudahan pemulihan Jasmani/Vokasional), Skim Keilatan (Pencen Ilat, Bantuan Ilat, Pencen Penakat, Elaun Layanan Sentiasa, faedah Pengurusan Mayat, faedah Pendidikan, Kemudahan Pemulihan Jasmani,/Vokasional/Dialisis), Skim Bantuan Bekerja Sendiri (Teksi), Sistem Insurans Pekerjaan (caruman pekerja and majikan 0.2%), Return to Work (program pemulihan fizikal, 6 hierarki bekerja) , Websys (flow kerja case manager) etc Aku taip yang ingat je la eh

Aku enjoyed je belajar benda baru sebab kalau nak tunggu sesaja buka website Perkeso nak baca memang tak la. Typical Nurain lol Yang paling best tu malam sebelum iv, aku excited and tak sabar nak tengok closing ceremony Winter Olympic sebab ada performance EXO. So aku tak la fikir sangat pasal iv ni. Rilek rilek je nengok live streaming. By the time nak tunggu EXO perform pukul 9.00 malam aku dah sesiap baca nota. Sumber motivasi seorang Nurain untuk do well time iv esok hari hahaha kemain. Dah tu aku revise la sikit pasal Psikologi Industri Organisasi and Ergonomik time kuliah dulu. Yang penting usaha kena ade ye. Dah janji kat diri sendiri nak buat the best. Takde usaha yang sia sia tau dalam hidup ni

Esoknya, pukul 6.30 pagi aku dah singgah 7E beli gegula. I need my sugar. keke Sampai je kat Perkeso Ampang memang candidate dah ramai. Ikut jumlah dalam emel aku ade 147 orang semua. Dapat jumpa classmate rasa macam reunion je kat situ. Bestnyaaaa! walaupun time kat uni dulu tak la rapat mana pun. Sebabkan iv sehari suntuk kat Perkeso sempat laa nak kenal borak panjang pasal diri memasing. Alhamdulillah im truly happy! Proses pendaftaran start dari pagi sampai ke petang around 7 pm. Bayangkan la lemau ke tak badan bila menunggu tu.  Tapi aku okay je mungkin sebab da lama sangat cuti and aku tak sabar nak rasa aktif busy balik macam dedulu. Lepas dah submit borang and aku dapat no giliran 61. First stage kena jawab essay in English (BM pun boleh) time tu baru pukul 11 pagi. Soalan aku dapat what's resorces to obtain job. Frust jugak la sebab aku ingatkan soalan essay dia akan tanya pasal skim tak pun apa apa pasal Perkeso. Ada yang dapat soalan pasal pegawai perkhidmatan, pasal security etc. So aku jawab je lah essay tu satu muka surat penuh dalam masa 10 minit. Nampak soalan macam senang je kan tapi bila kau ade banyak sangat idea, takut idea asal tu tak sampai. Habis je jawab aku pergi cafe sesorang tenang kan diri. Kalau sebelum ni aku paling tak suka makan sorang sorang kat public area, aku lebih rela bungkus tapi memandangkan aku rasa tak confident apa aku jawab time exam tadi so aku pegi makan sorang. Layan perasaan nak amik semangat balik. Iye, sorang sorang merenung tingkap. Haha Bila aku dah bertenang sikit baru aku masuk bilik iv semula. 

Memandangkan aku group ke 3 yang dipanggil iv dengan panel, so kitaorang start lambat dalam pukul 3 petang. Satu group ada 20 orang. Boleh imagine tak cemana persaingan tu. Tapi aku awal awal dah set dalam otak, kalau ade rezeki aku, mesti dapat punya. And aku tak perlu risau dengan candidate yang lain. Baik aku risau pasal performance aku depan panel nanti. Tak payah kusut pasal orang sebelah aku staff Perkeso ke, orang belakang aku siap attach surat sokongan dari pegawai Kementerian, orang depan aku style macam Pengarah etc. Just fokus kat diri sendiri. Senyum and yakin dengan usaha kita. This is our own battle. Kita berlawan dengan kekuatan perasaan sendiri bukan dengan orang lain. Dalam bilik iv ade 3 orang panel. Pegawai Perkeso memang ramah tamah even urusetia sampailah security guard (thanks Acik sebab baik sangat, terharu). Rasa selesa sangat dilayan dengan lemah lembut and sopan. Takat ni pengalaman aku bekerja/berurusan kat ministry/agency, alhamdulillah dorang semua memang penjawat awam yang bagus bagus. Semoga Allah bagi ganjaran pada mereka yang mudahkan urusan orang lain and sentiasa amanah dalam bekerja.

Masuk dalam bilik iv aku dapat duduk hujung sekali barisan pertama. Time ni aku fikir cemana la nak bagi panel sedar kewujudan aku haha. Well instict kau nak survive dalam keadaan macam tu sangat tinggi okay. So aku memang buat eye contact dengan panel dari aku masuk bagi fail sampai la  aku duduk. First task kena buat introduction pasal diri sendiri and wow factor in English dalam masa seminit sahaja. Aku orang ke 10. Sementera nak tunggu sorang sorang habis tu ya Allah rasa lamaaaaaaaa sangat. Time ni la jantung aku macam nak meletop. Debor kemain sampai aku boleh rasa nadi aku begetar tak terkawal. Serious. Dah lama tak rasa thrill macam tu. I'm enjoyed it walaupun time tu rase nak termuntah semua ada. Sebabnya aku tengok ada yang sedikit struggle nak berbahasa Inggeris mungkin sebab tak expect tetibe iv in english atau terlalu nervous and dorang cakap dua tiga ayat je. Thanks to my friends yang share tips iv so aku memang dah prepare awal takde la blank. Tiba je giliran aku, terus bangun and senyum kat panel. Memang aku tatap mata sorang sorang macam ibu peri haha dalam hati aku cakap tolong la dalam ramai ramai ni Tuan/Puan ingat kat saya ni. nampak tak  aku desperate lol Aku kenalkan diri, pengalaman LI kat JPA where I get involve in Exit Policy and IIAP programme, pasal personaliy trait aku and kenapa aku nak keje dengan Perkeso. Agak panjang sikit dari candidate yang lain. Alhamdulillah tak gagap and dapat momentum. Macam aku cakap sebelum ni kadang kadang kita kena pura pura jadi berani/confident bila kau tengah mengelabah nak pengsan. Takde orang tau pun kau struggle cemana so its okay to pretend everything is under your control. Bravery tu  practice, dia tak datang dari langit ye. Practice. 

Barisan pertama dapat soalan berkaitan faedah dalam Return to Work and macam mana you as a case manager yakinkan hujah kat panel. Barisan kedua dapat soalan cadangan baru yang dorang boleh beri untuk mantapkan lagi program RTW ni. Semua orang diberi masa 2 minit untuk prepare and jawab sekali je dalam masa 2 min. Aku tulis point macam mind map. Ade point yang aku tak faham sebab tulisan sendiri takleh baca lol Aku orang kedua yang present the idea walaupun sebenarnya tak ready tapi aku tak sanggup nak tunggu lama lama nanti lagi aku nervous. Untuk berdepan sesuatu saat yang genting adalah dengan hadapi je. So aku terus bangun and present. Aku fokuskan bimbingan kaunseling and psikologi dalam RTW. Nampak la macam student psikologi kan hehehe lagipun SV aku pun bagi tips yang sama. OB atau klien yang kita berurusan itu adalah invidu yang ada emosi and perasaan and macam mana kita nak bantu dia atasi masalah ketidak seimbangan fisiologi and psikologikal supaya dia berfungsi sebagai seorang manusia demi mencapai kesejahteraan hidup. Alhamdulillah aku tak terlebih masa. Sebab panel dah warning candidate pertama amik masa yang panjang untuk present. Time ni aku dah belajar dari kesilapan time jawab essay tu. Ada banyak idea sekali pun kalau makna tak sampai memang ke laut la perginya. So dalam masa 2 min tu fokus pada satu point yang kau boleh hurai and beri justifikasi. Terangkan terperinci and bagi contoh. Aku taktau le aku jawab tu betul betul tepat ke tak tapi kalau tengok reaksi panel macam okay. Dorang bagi perhatian and dengar apa yang aku bentang. Dorang pun takde persoalkan balik hujah aku macam setengah candidate yang kena. Group iv kitaorang paling lama almost dua jam baru selesai semua. Personally, ada beberapa orang candidate yang aku kagum cara dorang bagi opinion, cara interaksi and confident level. Candidate ni mungkin ada peluang yang cerah kot sebab tiap kali dorang bercakap aku akan tengok reaksi panel macam mana. Aku percaya dengan judgement dorang mencari the best person to fit this job. Semua orang pun dah buat habis baik and kita semua ada peluang yang sama rata sebab panel akan ambil kira semua markah dari ujian personaliti, essay, and iv. 

Aku tak pernah cerita se-detail ni tapi disebabkan sebelum ni aku  susah nak cari sumber pasal pengalaman iv Perkeso untuk jawatan2 tertentu so aku share le. Boleh manfaatkan sesiapa and kenangan untuk diri sendiri. Tujuan aku cuma satu je, aku nak bagi semangat and beramal dengan ilmu yang sedikit ni.

Semoga ada rezeki berpihak kat aku kali ni. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih