Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Saturday, March 28

Ini draft yang ada. Lama dah ni tak silap aku tahun 2012. Lama terperuk sebab aku tak pernah habiskan cerita pengalaman pergi Umrah. Entah kenapa. Simpan untuk diri sendiri mungkin? Jadi saja post sikit ni walaupun tak sempat habiskan penulisan. Buat kenangan :)




Assalamualaikum

Dapat khabar gembira dari one of my best friend
Her sister menang tilawah and dapat menunaikan Haji !


see see see
jemputan Dia tu datang dari macam macam cara
Alhamdulillah !
_________________________________________________________________________________

Next week Hari Raya Aidil Adha
RTM tiap tiap malam ada program Salam Baitullah
Lately memang asyik teringat
It's have been  2 years sejak aku and family jejakkan tanah ke Tanah Haram :')

  1. Pengalaman yang tak dapat dilupakan?
Hari pertama kami sekeluarga terus ke Jeddah untuk buat umrah yang pertama. Jadi dari rumah kami siap sedia pakai telekung dan ihram. 8 jam dalam kapal terbang memang rasa lama. Kalau balik kampung ke Batu pahat pon baru 3 jam.  Turun dari bas kami jejak kan kaki di Tanah Haram. Allah! macam tak percaya dah sampai sini. Kaabah cuma berapa meter je. Hati masa tu memang berdebar debar. Macam mimpi. Tak sanggup nak tengok mak, abah, kak nor, amal erah dan jemaah lain. Sebab aku da mula dengar dorang teresak esak. Jalan kaki menuju ke Masjidil Haram, makin berdebar. Mata melilau tengok sekeliling, nak tengok Kaabah. Makin lama makin dekat. Allah ! aku nampak. Kaabah yang selalu tengok kat tv, yang salu tengok kat sejadah sekarang ada depan mata! Besar. Aku lambai tangah, Allahuakhbar! Satu perasaan yang tak boleh diterjemah dengan kata kata.

 2.    Sepanjang di Madinah.

Ada satu hari tu, tah kenapa aku memang kecik hati dengan family aku. Aku kat sana memang terlebih happy. Nak bergurau je. Tapi dorang kata macam budak budak. Aku diam kan diri je hari tu. Tak nak lah marah marah kan. Masa nak pergi solat isyak, aku saja solat jauh sikit dengan jemaah lain. Nape tah aku touching sangat samapi solat pon boleh menangis. Aku doa tmintak Allah buang perasaan kecik hati tu. Habis je solat, ade sorang makcik nie, dari Indonesia. Dia duduk sebelah aku. Suara dia lembut. Dia tanya aku macam macam. Memandangkan aku macam tak de mood, so aku banyak diam je. Tah macam mana dia tetibe cakap sesuatu yang buat aku melelehair mata. Dia puji aku, dia cakap aku pandai aku baik. Kata kata semangat dia buat aku terpujuk.


I'm sad :(

Assalamualaikum,

Hari yang ke 11, kuarantin dirumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Terus terang aku rasa teruk sekarang ni. Somehow i feel useless right at this moment. Loneliness and empitiness during this crisis is real. Aku dengar bacaan surah Al Waqiah (Zain Abu Kauthar) ni meruntun bila baca terjemahan surah. Rasa berdosa sangat. Ya Allah, semoga kesedihan dan kegelisahan ini mendatangkan pahala :(

Dulu aku liat sangat nak bangun pukul 5 pagi bersiap pergi kerja sebab aku stress. Aku stress dengan keadaan dan situasi yang menekan sampai aku tak happy. Banyak reason yang aku tak boleh nak cerita kat sini. Tak macam hari hari awal aku mula kerja dulu. Bersemangat. Dulu aku selalu terdetik dalam hati, boleh tak masa sekarang ini diberhentikan sekejap. As long as aku dapat nikmati satu satu benda. Sebab sekarang ni semua benda nak cepat sampai aku terlepas moment yang jadi sekeliling aku. Aku rasa tak cukup masa nak selesaikan semua sekali dalam satu masa. Aku rasa aku takda masa untuk diri sendiri. Masa aku banyak dihabiskan untuk orang lain. Aku rasa tak fair :(

Tapi tengok sekarang ni, Allah makbulkan. Allah bagi aku masa. Aku banyakkkkkk sangat masa. Tapi betul ke cara aku spend time ni? Kalau betul kenapa aku still rasa tak puas lagi? Puas dalam erti kata, aku dapat buat benda yang aku nak sangat buat dulu. Bila dah dapat apa yang aku nak sangat dulu (which is kelapangan masa), sekarang taktau nak buat apa pulak. Aku ni orang yang tak bersyukur ke? :(

Betul la kan, Allah kata manusia ni memang berada dalam kerugian. Aku sendiri pun taktau apa yang aku nak sebenarnya. Apa yang kita nak tu tak semestinya baik untuk kita. Kalini aku betul betul faham makna tu. Aku bukan sedih sebab nanti takut tak dapat gaji ke, kena buang kerja ke, simpanan tak cukup ke, beli rumah cancel ke apa. Tak. Tapi tak bermakna aku tak risau. Cuma, entah la susah nak describe feeling ni macam mana. Sedih ni datang bukan diminta minta pun. Perasaan yang Allah hadirkan, sekarang terpulang macam mana aku nak deal with it. 

Nanti lepas semua ni berakhir, aku kena hargai masa dengan lebih baik. Sempit ke lapang ke yang penting ada pengisian. Aku rindu nak zikir dalam kereta bila pergi balik kerja, dulu aku merungut setiap kali nak pergi kerja jem sampai sejam padahal dekat je pun Sentul tu, aku tak sedar dalam waktu jem tu aku boleh isi dengan perkara yang baik, sekarang ada masa sempat berzikir tak? :(

Aku rindu nak beli makanan/barang bila dapat gaji, sekarang dah dapat gaji tapi tak boleh makan sedap sedap. Baru berangan nak belanja Erah makan kat Dakgalbi sebab dia dah balik Malaysia for good. Nak keluar macam sebelum ni tengok wayang, shopping kat bundle benda yang aku rindu nak buat almost a year ago bila dia takda. Sekarang bila ada depan mata pun still tak boleh buat semua tu :(

Aku rindu nak jalan jalan lari atas rumput dengan bebudak. Aku rindu nak peluk sayang dorang semua. Dorang comel sangat. Satu satunya perkara yang aku happy bila kerja sebab dapat jumpa dorang. Aku tak sangk, haritu was the last day aku spend masa gelak gelak dengan dorang. Aku dokong sorang sorang macam nak pitam dibuatnya tapi bahagia. Sekarang tengok video gambar dorang je :(

Aku rindu nak berpeluh sebab jalan kaki pergi pasar malam. Aku rasa aku healthy person jee bila balik kerja jalan kaki pergi pasar malam. Sebab kalau nak jogging memang benda yang paling last aku buat Sekarang ni tak productive langsung. Rasa luar dalam tak sihat :(

Aku rindu nak tengok matahari naik, disebabkan aku pergi kerja berpagian, langit pun gelap lagi. Sepanjang jalan jem tu aku dapat tengok transisi langin awan tu sendiri bertukar warna. Indah, sumpah indah. Sekarang nampak dari tingkap je tak sama  :(

Aku rindu nak pergi kelas mengaji. Paling rindu. Sangat. Aku selalu rasa hari Selasa malam adalah hari yang paling aku tunggu tunggu. Sebab aku boleh duduk dalam taman syurga. Aku boleh dengar alunan Al Quran, bait bait AL Quran... penat macam mana pun sakit macam mana pun aku still datang kelas. Sebab itu memang punca kebahagian aku :(

Rindu sangat.......... Seriously aku rindu nak dengar azan kat taman perumahan aku. Bilik aku ni dekat je, selalu kalau masuk waktu solat boleh dengar dua tiga masjid taman sebelah. Panggilan azan itu pun rupanya menjadi satu bentuk motivasi kita as a Muslim kan sebenarnya. Dan yang sedihnya aku baru sedar semua tu. Teruknya aku :(

Ya Allah, jauhkan aku dari rasa kesedihan yang berpanjangan :(






Thursday, March 19

Covid-19

Assalamualaikum!

Hari ke dua dan aku masih mematuhi saranan Kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Wabak Covid 19 ni merebak satu dunia. Dan ini baru je bulan Mac tahun 2020. Dunia makin tenat, aku selalu fikir mungkin aku cuma ada 30 tahun je (atau kurang lagi dari itu) untuk hidup (?). By the time umur aku dah 60 tahun, apa je lagi yang tinggal untuk aku melainkan aku rasa tak sabar nak balik kampung. Ya, kampung kita semua sebenarnya di Syurga :(

Jadi moh le kita buat sesuatu yang bermanfaat. Sempena birthday aku yang ke 30 tahun last year, aku hadiahkan diri sendiri Buku 99 Hadis Pedoman Hidup Muslim by Syaikh Abdurrahman Bin Nashir As-Sa'di selepas aku dengar isi ceramah ustazah Asma' Harun iaitu sesiapa yang menghafal 40 hadis Nabi Muhammad saw maka Baginda akan menjadi saksi di akhirat dan memberikan syafaatnya. Teruja okayyy! 

Selain daripada baca buku, aku juga sukaaaaaaaa follow youtube Promedia Tajdid. Banyak tajuk best! Nak tunggu aku habis baca kitab tebal tebal tu memang tak lah kan. Dalam banyak banyak tajuk, tajuk yang paling aku suka pasal hadis Syurga & Neraka oleh Ustaz Yasir Ramlee. Ya Allah first time dengar memang in loveeee sangat. Apa yang penghuni syurga buat, apa yang mereka pakai, apa yang mereka makan, bentuk perhiasan dalam syurga, istana dalam syurga yang bertingkat tingkat, pasal bidadari yang cantikkkkkkkk, amalan ahli syurga yang suka berziarah dari satu tingkat syurga ke satu tingkat syurga yang lain, makanan pertama yang dijamu oleh Allah kepada penguhuni Syurga adalah hati ikan, lembu dan roti etc Dan bila Ustaz cerita pasal neraka, hmm pandangan kau berubah seratus peratus. Tau tak manusia sendiri yang akan menjadi bahan bakar dalam neraka jahanam tu. Manusia terakhir yang akan masuk dalam syurga salah satu cerita yang aku tak boleh lupa dalam ceramah Ustaz Yasir. 

Okay, sementara aku masih ada mood nak menaip ni, aku share dulu satu satu.

#Hadis 1 Niat Sebelum Berbuat Sesuatu- Nak buat apa apa mesti kena berniat. Aku pun dalam usaha buat benda ni sebab selalu lupa. Ada satu doa yang aku ikut Ustaz Ebit Lew and aku sukaaaa sangat is 'Jika ada pahala dalam apa  apa yang saya buat hari ini maka saya hadiahkan buat kedua orang tua saya'. Bila aku dah niat macam tu automatik laa kan aku nak buat benda yang baikkkkkk je sebab nak pahala tu sampai kepada mak abah. Kalau ada buat benda lagha pun akan cepat sedaq diri hehehe dan aku berniat jika ada kebaikkan dalam penulisan blog ni walaupun satu ayat semoga ia menjadi saksi bahawa aku juga berusaha untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Salah satu daripada tiga amalan yang tidak putus setelah roh aku terpisah dari jasad.

Selamat beramal!

Sunday, March 15

Redang island

Hi!

Re-visited here after almost three years and its still make my heart flutter like crazehhh. Tak boleh lupa perasaan bila tengok air laut yang blueish sangat sangat sangat. The same feeling that i had before. So cantik! 

Ini pun sebab Erah beria ria nak ambil scuba diving license. And she did. Orang lain rilek rilek chill chill mandi laut dia dah macam buruh angkat berat haha siap kena study to seat examination okayy. Aku menjadi saksi dia sampai muntah and kebuluq lapaq sebab dok berendam dalam air pagi petang siang malam lol


And I always wanted to bring Mak Abah here. This time to celebrate Mak birthday yang ke 68 tahun. Alhamdulillah kejutan berjayaaa! 


Kalini lagi manis sebab semua staff Redang Pelangi Resort dari receptionist, boatman, cleaner, kitchen semua ramah tamah. Knowing Abah, memang orang yang sangat friendly and talkative tapi semua boleh mix around. Siap ajar mak abah aku berenang. They called my parent pun Mak Abah jugak. Always make sure that mak abah in good condition. That's soooo nice of them. 

It have been a week now, back to routine life rn. Sebanyak mana aku sangat mengagumi ciptaan Allah (lautan, hidupan laut etc)  buat aku juga makin sedar, bahawa segala isi dunia ni tak berbaloi nak dibandingkan dengan kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Semoga Allah balas kebaikan mereka semua yang berbudi dengan kami sekeluarga sepanjang perjalanan kami dari KL-Terengganu (so much thing happen in between).

Redang, thank you for being you. Till we meet again xoxo