Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Thursday, March 19

Covid-19

Assalamualaikum!

Hari ke dua dan aku masih mematuhi saranan Kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Wabak Covid 19 ni merebak satu dunia. Dan ini baru je bulan Mac tahun 2020. Dunia makin tenat, aku selalu fikir mungkin aku cuma ada 30 tahun je (atau kurang lagi dari itu) untuk hidup (?). By the time umur aku dah 60 tahun, apa je lagi yang tinggal untuk aku melainkan aku rasa tak sabar nak balik kampung. Ya, kampung kita semua sebenarnya di Syurga :(

Jadi moh le kita buat sesuatu yang bermanfaat. Sempena birthday aku yang ke 30 tahun last year, aku hadiahkan diri sendiri Buku 99 Hadis Pedoman Hidup Muslim by Syaikh Abdurrahman Bin Nashir As-Sa'di selepas aku dengar isi ceramah ustazah Asma' Harun iaitu sesiapa yang menghafal 40 hadis Nabi Muhammad saw maka Baginda akan menjadi saksi di akhirat dan memberikan syafaatnya. Teruja okayyy! 

Selain daripada baca buku, aku juga sukaaaaaaaa follow youtube Promedia Tajdid. Banyak tajuk best! Nak tunggu aku habis baca kitab tebal tebal tu memang tak lah kan. Dalam banyak banyak tajuk, tajuk yang paling aku suka pasal hadis Syurga & Neraka oleh Ustaz Yasir Ramlee. Ya Allah first time dengar memang in loveeee sangat. Apa yang penghuni syurga buat, apa yang mereka pakai, apa yang mereka makan, bentuk perhiasan dalam syurga, istana dalam syurga yang bertingkat tingkat, pasal bidadari yang cantikkkkkkkk, amalan ahli syurga yang suka berziarah dari satu tingkat syurga ke satu tingkat syurga yang lain, makanan pertama yang dijamu oleh Allah kepada penguhuni Syurga adalah hati ikan, lembu dan roti etc Dan bila Ustaz cerita pasal neraka, hmm pandangan kau berubah seratus peratus. Tau tak manusia sendiri yang akan menjadi bahan bakar dalam neraka jahanam tu. Manusia terakhir yang akan masuk dalam syurga salah satu cerita yang aku tak boleh lupa dalam ceramah Ustaz Yasir. 

Okay, sementara aku masih ada mood nak menaip ni, aku share dulu satu satu.

#Hadis 1 Niat Sebelum Berbuat Sesuatu- Nak buat apa apa mesti kena berniat. Aku pun dalam usaha buat benda ni sebab selalu lupa. Ada satu doa yang aku ikut Ustaz Ebit Lew and aku sukaaaa sangat is 'Jika ada pahala dalam apa  apa yang saya buat hari ini maka saya hadiahkan buat kedua orang tua saya'. Bila aku dah niat macam tu automatik laa kan aku nak buat benda yang baikkkkkk je sebab nak pahala tu sampai kepada mak abah. Kalau ada buat benda lagha pun akan cepat sedaq diri hehehe dan aku berniat jika ada kebaikkan dalam penulisan blog ni walaupun satu ayat semoga ia menjadi saksi bahawa aku juga berusaha untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Salah satu daripada tiga amalan yang tidak putus setelah roh aku terpisah dari jasad.

Selamat beramal!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih