Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Thursday, April 16

Syurga

Perkongsian daripada kuliah yang lepas (yang sempat dicatit).

Dalam syurga ada bantal bantal kecil yang tersusun dan permaidani (Furush) yang diperbuat daripada sutera tebal terbentang. Nabi Muhammad saw nyatakan ada empat (4) perkara yang dapat di dunia akan rasa gembira atau bahagia iaitu :
  1. Pasangan wanita atau lelaki soleh yang apabila melihatnya akan rasa gembira, apabila disuruh akan dibuat (taat), tidak membentak, harta tidak akan dibelanjakan dengan perkara sia-sia
  2. Kediaman yang luas
  3. Jiran yang soleh
  4. Kenderaan yang menenangkan jiwa (tiada kerosakan)
Elakkan kahwini wanita yang  :
  1. Banyak complain
  2. Menafikan kebaikan pasangan
  3. Wanita yang pernah berkahwin dan ungkit atau bezakan suami dulu/sekarang
  4. Mempunyai banyak keinginan
  5. Wanita yang banyak mulut/bertekak di meja makan
  6. wanita yang suka bersolek untuk tatapan orang lain 
Wanita ahli syurga adalah bidadari dan wanita yang masuk syurga. Hurain adalah simbol kepada bidadari. Hur bermaksud pemilik mata yang putihnya sangat putih dan mata hitamnya sangat hitam manakala In bermaksud pemilik mata yang sangat jernih. Fizikal wanita ahli syurga adalah berusia muda (sebaya) dan mempunyai Khaib (akan sempurna sebagai seorang wanita). Jika bidadari turun ke bumi maka seluruh bumi dan seisina akan berbau harum.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih