Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Wednesday, August 1

Tanya sama Pokok.


Bayangkan

Kita tengah jalan jalan
jalan dengan gembira
Tiba-tiba
ada pokok tumbang.

Macam mana nak jalan?
Patutkah kita pusing balik
dan ikut jalan lain yang mungkin lagi jauh jaraknya?

Pilihan aku
alihkan pokok tumbang itu.
Gunakan segala kudrat yang ada
Gunakan akal untuk cari jalan
Gunakan hati untuk selalu meminta pertolongan-Nya.

Kemudian
aku boleh jalan lagi
jalan dengan gembira
sangat gembira.
_________________________________________________________________________________

Ibaratkan

Pokok tumbang atas jalan itu
macam masalah kita.
Berat
sangat berat.
Kadang-kadang tak mampu nak selesaikan seorang.

Pilihan yang ada cuma dua.
Samaada selesaikan masalah itu atau biarkan ia terus bebankan diri.
Aku rasa pokok tu masalah besar.
Jadi pilihan yang ada hanya lenyapkan masalah tu. 
Caranya cuba alihkan pokok tu even aku tau aku tak mampu.
Sebab itu aku usaha, cuba, fikir dan doa. 

Jadi, aku tak perlu nak marah.
Tak perlu nak marah pada DBKL sebab tak bersihkan kawasan jalan tu.
Yang penting tindakan aku sendiri macam mana nak buat.
Kita tak boleh nak kawal orang.
Tapi kita boleh kawal tindakan kita.
_________________________________________________________________________________

Fikirkan

Mungkin sebab Dia turunkan hujan lebat, langit kat atas petir guruh kilat.
Sebab tu pokok tumbang.
Buat apa nak persoalkan kenapa bila kita mahu jalan ada pokok tumbang lagi.
Sebab ada perkara yang di luar kotak fikiran kita.
Tahukah  kita guruh di langit itu kerana ia sedang berzikir munajat kepadaNya?

Jadi, aku kira
Bukan pokok masalahnya.
Tapi antara aku dengan Pencipta.

Aku pilih untuk bahagia.
nanti aku balik kita main layang layang lagi ya?

*Janji Allah swt , Dia tak akan uji hambaNya di luar kemampuan - Nasihat dari kawan.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih