Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Monday, March 5

Psikologi Sosial.

Assalamualaikum and Good Day,

Don’t confuse my personality with my attitude. My personality is who I am. My attitude depends on who you are. 

Memandangkan aku ada masa yang free sekarang ni so aku decide nak start menulis balik especially pasal psikologi and kaitannya dalam hidup kita. Maybe sehari satu topik. Itu pun kalau aku ada idea la. Selalu takde idea aku banyak merepek kat twitter lol sekarang ni interest aku dengar music so aku takut pulak lama lama nanti knowledge aku tak berkembang so kena jugak amik masa untuk read a book and share ilmu through this blog. Aku menulis ni aku imagine tengah cakap dengan kekawan je so takde la kau rasa macam baca nota kuliah walaupun tajuk ilmiah sangat hehehe buat bacaan santai je boleh laa

First thing first, dalam bidang psikologi ni ada banyakkkkk cabang tau tapi aku nak fokus kat Psikologi Sosial. Sebab? dalam banyak banyak buku psikologi yang aku beli, buku Psikologi Sosial Dr. Rozmi Ismail (my lecturer) ade kenangan yang tak boleh lupa. Two years back, aku ingat lagi time exam week aku demam weh. Dah la banyak tajuk aku tak sempat cover lagi tapi nasib la aku tak pernah miss kuliah Dr walaupun most of the time aku jadi botol kicap dalam tu (tak faham tapi tak tanya sebab tak tahu apa yang tak paham camtu la perangai pang kang). Hari nak dekat exam paper Dr memang siang malam pagi petang aku tidur dengan buku PS. Setiap tajuk yang aku dah baca aku lipat. Sampai sekarang kesan lipatan tu ada lagi and warna warni buku tu kesan highlight. Tiap kali nengok even until now pun aku mesti rasa tu lah kau kenapa tak study awal awal semester ni dah nak exam baru nak baca padan muka haha Dalam banyak banyak kuliah Dr Rozmi aku paling suka kuliah Psikologi Sosial ni sebab one of the group asgmnt  kena berlakon. Best gilaaa group aku sangat supportive and fun! Aku semangat jadi script writer buat dialog walaupun first time tapi sayang benda tu semua burn dalam laptop aku wuwu nampak tak kenapa aku frust bila laptop aku rosak. But through all that process (study at university) aku perasan la diri aku ni jenis suka bab bab hiburan/seni. Dulu kat UPSI ada asgmnt tubuhkan band menyanyi pun aku yang paling excited walaupun aku cuma main castanets je lol but still music instrument okay haha and the most interesting part, we get to know ourself better bila kita belajar and exposed dengan benda benda baru. So don't be afraid to challenge yourself in new things okay. Enjoy and cherish jee the moment. Rasa takut takut tu simpan dalam gobok kekeke

Awal awal ni aku nak orang faham dulu apa tu Psikologi Sosial. Senang cerita, PS ni cabang ilmu psikologi yang fokuskan kepada pemahaman terhadap behaviour manusia dalam konteks sosial.  Contohnya dalam program viral (taknak sebut), dulu aku pelik gila cemana individu2 yang upload video kat social media boleh famous dapat ratings view tinggi gila sebab netizen support, share, like, komen padahal takde content dalam video, tunjuk perangai tah pape and tak datangkan manfaat pun (sorry ni aku jujur cakap untuk sesetengah guest dalam program tu). Part yang aku tak setuju tu bila dorang dah berjaya tanamkan mindset kat golongan remaja sekarang, its okay to be silly/rude/tak sopan as long as I get paid for it, like seriously? Dengan Psikologi Sosial ni la kita nak memahami kenapa individu tu berkelakuan macam tu adakah disebabkan faktor persekitaran, budaya atau pengaruh biologi etc Kita nak faham tingkah laku bukan nak sokong pulak tingkah laku tu ye. Kita pun taknak lah judgemental. Kecam sana sini tapi takde isi tak membantu langsung okay. Paling penting kita nak memahami fenomena dan situasi supaya kita dapat lahirkan masyarakat melalui pembentukan sikap yang lebih baik/positif. 

Dalam findings kajian  yang lepas lepas memang dah terbukti penampilan yang menarik, gaya hidup, social status akan mempengaruhi persepsi dan penilaian orang lain terhadap diri kita. Pernah fikir tak kenapa orang cantik gilaaa mesti akan dapat layanan lebih baik? kenapa orang kaya dan berpangkat mesti ramai orang nak dekat? kenapa orang berperangai tahpape boleh famous and semua orang nak jadi macam tu? Kat sini la proses kognitif berlaku sebab kau mula berfikir hahaha bagus sebab memang dalam Psikologi Sosial akan lihat fenomena ni dalam konteks kognitif. Maksudnya kita buat penilaian dan tafsiran terhadap tingkah laku orang lain sehingga mempengaruhi bentuk tingkah laku yang kita akan pamerkan. Cakap kasar sebab tak puas hati, dengki sebab rasa orang lain lebih berjaya etc So boleh imagine tak, kalau banyak sangat unsur negative dalam masyarakat sekarang, agak agak akhlak generasi akan datang macam mana? Sad enough kan ;(

Samaada sedar atau tak, kehidupan manusia ni memang dipengaruhi oleh orang lain. Dipengaruhi oleh jaringan manusia samaada ibu bapa, kawan sekolah, kawan universiti, kawan sekerja, teman hidup, artis/idola atau sesiapa je. Aku perasan la character aku akan berubah rubah ikut dengan siapa aku berinteraksi. Aku boleh jadi macam bebudak bila cakap pasal EXO members lol (fangirling is tough job hahaha) boleh jadi matang gila macam mak orang bila jumpa parents anak murid aku time report card day, boleh jadi serious time presentation/meeting  dengan bos/sv, boleh jadi joker bila hang out dengan my beloved best friends, boleh jadi perempuan melayu terakhir bila jumpa strangers, boleh jadi monster bila bergaduh dengan Erah sebab pinjam barang aku tak bagitau etc. And kita semua macam tu. Kita jalani hidup ni dengan apa yang kita fikir, apa kita rasa dan bertingkah laku kesan daripada kehadiran orang lain. Tiga elemen ni penting. That is Social Psychology. 

Well, best la studies pasal mental process and human behaviour ni. Time exam je tak best haha sampai sekarang aku tak boleh relate apa kaitan soalan duit syiling (one of the question time final exam) dengan psikologi. Ni pengenalan je dulu kang aku masuk sub topik kang muntah hijau pulak kekeke

Rujukan : Psikologi Sosial, Rozmi Ismail (UKM)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih