Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Wednesday, April 15

#10

Assalamualaikum and Good Day,

Ini antara nasihat daripada Ustaz/Ustazah masa kelas agama/mengaji. Dari sumber hadith yang sahih. Aku suka quote kata kata yang boleh bagi aku semangat/motivasi. Sebab dulu aku jenis hati kecik (sekarang okay kot). Orang cakap sikit dah pengsan lol Even dalam kuliah dulu pun aku suka tulis kata kata dari lecturer aku sebab dorang pakar in Psychology field jadi setiap kali kuliah rasa macam masuk sesi kaunseling tak pun terapi. Ahhh rindu!

Okay, jom kita start satu satu. 

1. Antara amalan yang tidak diterima oleh Allah swt adalah Syirik, Riya' dan menyakiti orang lain dengan cara memalukan, makian dan cercaan.
Aku kan memang dari dulu tak suka orang yang mencarut ni. Rasa nak pukul jee. Masa kekecik dulu bergaduh adik beradik cakap bodoh pun Abah dah panggil. Sebab tu aku tak boleh geng dengan manusia yang suka cakap kasar, mencarut bagai. Rimas.

2. Bersyukur setiap hari, kita ini dilahirkan dalam Islam.
Ada doa iman yang aku sukaaa sangat dengar and aku ajar anak anak murid aku hafal. Ya Allah hidupkan aku dengan iman, Ya Allah matikan aku dalam iman, Ya Allah bangkitkan aku dengan iman dan masukkan aku ke syurgaMu dalam iman. Boleh menangis tau kalau betul betul hayati. Alhamdulillah, terima kasih Allah!

3. Yakin dengan Allah swt dengan setiap permintaan dan kita juga perlu usaha. Pasti Allah akan beri. Jika kita bersangka baik dengan Allah ia adalah suatu ibadah. Jika masih belum dapat apa yang dihajati mungkin tidak sesuai atau belum masanya lagi. Jadi kita perlu hadapi dengan doa, sabar dan solat. 
Contoh Ust bagi yang buat aku sakit rahang tahan nak tegelak dalam kelas haritu kalau tak dapat bidadari dapat manusia pun boleh lol

4. Jika kita mengatakan kita beriman, maka tunggulah saat kita akan diuji. Setiap kesusahan akan digantikan dengan Syurga maka yakinilah Al Quran.
Tahu tak kita ini akan diuji di titik kelemahan kita. Sebab tu struggle kita lain lain. Ada orang tutup aurat tapi tak pandai mengaji, ada orang boleh mengaji tapi culas bab solat, ada orang suka sedekah tapi culas bab puasa dan banyakkkkk lagi. Kita jee yang tahu kesusahan kita nak lawan hawa nafsu tu macam mana. Sebab tu jangan putus asa berlawan, sebab nak dapat syurga kot. Lebih daripada berbaloi. So kuatkan semangat ya okay!

5. Sedekah adalah perniagaan kita dengan Allah swt seperti dalam kisah Umar, sedekah yang berganda ganda. 
Aku lupa kisah Umar ni macam mana nanti nak cari balik. Memandangkan aku sejenis manusia yang memang tak berkemahiran dalam melakukan apa apa jenis perniagaan (reasonnya sebab aku malas nak pening kepala), jadi aku rasa ini sahaja perniagaan yang boleh aku buat dan inshaAllah pasti untung hehe perniagaan dengan Allah, kaya dunia akhirat.

6. Amalkan solat sunat 2 rakaat terlebih dahulu jika ditimpa apa sahaja musibah
Abah memang amalkan perkara ni dari dulu lagi Ini yang paling aku kagum sekali. Ada masa kita satu keluarga pernah sesat jalan, mesti abah akan berhenti kat masjid solat sunat, pergi mana mana (perjalanan jauh) mesti cari masjid dulu sebelum waktu azan. Semoga Allah bagi balasan Syurga untuk abah.

7. Allah swt bercerita dengan malaikat untuk menjadikan khalifah itu dalam kalangan manusia. 
Kita kan kalau orang yang kita sayang, cakap pasal kita apa rasanya? kalau aku mungkin terbang melayang sampai langit ke tujuh perginya walaupun tak bersayap lol Inikan pulak Pencipta kita. Dia bangga tau cerita kat makhluk lain tentang kita ni manusia yang pandai, yang boleh diajar walaupun malaikat makhluknya yang taat dan kuat beribadah. Jadi kita kena rasa istimewa dan rasa diri berharga, jangan low self esteem sangat. Humble takpa.

8. Perasaan rasa gembira selepas buat kebaikan adalah ciri orang beriman dan ia tidak termasuk dalam riya'
Lain la kalau kita nak buat baik tetiba tak jadi buat sebab takut orang kata menunjuk nujuk, itu adalah riya' yang sebenar. Tengok orang buat kebaikan pun kita dah rasa bahagia tu melangit, tengok orang soleh beriman pun kita automatik senyum kalau terserempak dengan dia. Jadikan motivasi untuk terus lakukan kebaikan dalam dunia ni dengan akhlak atau pun kata kata.
9. Surah Hujurat atau dikenali sebagai suratul akhlak sesuai dibacakan dalam daurah ditempat kerja.
Belum tadabur lagi surah ni. Rasa macam nak jemput Ust Yasir jee datang MAKPEM ni buat satu sesi team building. Bestnya.

10.  Nabi Muhammad saw berdoa Berikan kami dan jiwa kami Taqwa dan kesucian jiwa, Kau adalah sebaik baik menyucikan jiwa. Jadi kita perlu amalkan Amar Makruf Nahi Mungkar (datang dari jiwa) dengan membaca Al Quran kerana ia dapat melembutkan jiwa/hati.
Salah satu doa yang aku selalu minta, aku minta supaya Al Quran ni sentiasa jadi sahabat dekat aku. Aku nak Al Quran teman aku dalam kubur nanti. Kat dunia pun aku dah takut tidur gelap kena bukak lampu toilet apatah lagi dalam kubur. Gulp

Allah baik sangat dah dengan aku. Apee je nikmat yang tak cukup lagi. Hidup aku tak melarat, sihat tubuh badan, akal sempurna, ada keluarga, ada sahabat, graduan uni, ada kerja tetap etc. Aku doakan setiap orang Muslim dikurniakan kefahaman dalam agama dan beramal dengannya. Jumpa ramai ramai kat syurga nanti okay. Sebab kat dunia tak sempat nak kenal lama hehehe

Cukup 10. Dah Nurain, pergi tidur. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih