Since 2010, people change tho :)

Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Saturday, March 30

Sisters

Assalamualaikum !

Hai, nama saya ain. Saya berumur 23 tahun 3 bulan. Usia yang agak matang kan? Tapi saya selalu rasa macam terperangkap dalam dunia remaja. Ehhh kemain aku kan. Haha. 


Okay ini kakak aku. 
 Hobby baru kiteorang adik beradik skang nie suka pergi booth buku. Sebab tu kakak aku orang yang paling excited sekali nak beli buku padahal aku yang dapat BR1M. Nampak tak permainan dia kat situ?  
Pengaruh okay pengaruh.


Lepas cabaran menghabiskan baucar buku haruslah reward pada diri sendiri. Kauu ingat senang nak habiskan helaian helaian muka surat bepuluh puluh tu? Ohh you kidding me. Cukup laa kan bergelumang dengan buku since tadika sampai masuk U. Cuti rehat harus laa dimanfaatkan sebaik mungkin ye kawan kawan. 

















Okay, cukup cukup. Yang lain untuk simpanan peribadi. Ecehhh. Haha. Jalan jalan satu hari, eh tak sampai pon setengah hari jeww. But soo much fun. Lepas da verangan kat overseas kita jejalan outdoor pulak. 










One word. Scaryyyyyy! Boleh imagine tak tempat da laa kecik. Kau kene duduk berempat pulak tu. 
 lepas tu kauu terapung apung kat awan boleh nampak manusia lain kat bawah macam semut. Lepas tu perut kau rase macam ade orang geletek. Tak tau nak ketawa ke nak marah. langsung tak boleh nak sandar sebab teringat babak babak dalam movie final destination. So aku nie gayat ke hape?









At last, berjaya jugak misi hiburkan diri sendiri. Seronok tahu ade adik beradik perempuan nie. Okay cerita gaduh gaduh macam bawang merah bawang putih sila tolak tepi. Ape yang seronok? walaupun saiz badan tak sama so tak boleh nak tukar tukar baju macam sisters yang lain but yet still boleh have fun same same. Eh?

Hahaha. 













Wednesday, March 13

Take 5

Assalamualaikum
*wink wink*
.........................................................................................................................................................
Current time
Since practical,hidup teros jadi hectic life dengan my daily routine. Kekadang macam nak take a break sebulan. haha Tapi for sure aku rindu gila moment2 dengan anak anak murid aku. Dorang gilaaa comel kot! sometimes de jugak yang buat aku jadi monster. haha
.........................................................................................................................................................

Okay tu draft yang lame aku perap. Gila malas aku kan. malas nak cerita benda yang buat pale aku sakit. Sakit kena hadap tesis. Lima bulan okay, lima bulan aku harung hidup dengan carry tesis tu ke hulu ke hilir.  Syukur semua da setel dengan jayanya! Fuuhhh

Now aku dalam mood holiday! Jyahhh. At last.


i will update soon
;)



Saturday, January 26

Dang!

Hei dude
you know what?
you look-a-like someone that i used to know
FOR REAL !

Kenapa? kenapa? kenapa?

aaaa tak sukenya perasaan ni. Sigh

*Lukisan di bawah tiada kaitan dengan tajuk di atas. Do I care? conteng2 some of picture really can make me calm. Jyeahhh !


Nadya : Orang lidi


Zila : Theme wedding 


Me : Food



Wednesday, October 31

MERAH

Assalamualaikum

Aku suka warna merah sejak dari sekolah rendah. Maybe rumah sukan aku warna merah la kot. Tapi dalam banyak banyak barang aku, tak de pulak yang kale merah. Waima gincu merah pon tak de. So i decide to baked a cake. Yeahh ! RED VELVET .

cake aku gongak sebab manis sangat kot, hehe

frosting perlu lebih banyak di tengah tengah baru beshh


okayy la


tapi kan kan kan

I CANT BAKEd A CAKE ! for the first time :(

rasa tak sedap
something goes wrong
tak tau ape yang kurang
apa yang lebih

tekstur cake bole tahan okay
tak bederai
mampat
sejuk
lembut
gebu

tapi kenapaaa?!

Ouh ! maybe
aku derhaka dengan resepi
suke suki add/less bahan bahan
sebab tak de penimbang
so ikot tekak maen agak je
aku kurang bergumbira semasa mengayak tepong
akibat kipas kat dapor rosak.
SIGH

Or maybe sebab aku penah makan red velvet cake yang super duper sedap
murah 1 kg for rm35
so bile nak compare dengan cake air tangan sendiri
rase LOSER.

Terus rase heart broken macam orang putus cintakk okay bile cake kau tak sedap. So I learnt from my lesson. Kalau nak baked any type of cake make sure bahan bahan tepat and ikot sukatan. Sangat penting !
Unless kalau kau da memang bapak terer buat cake , pejam mate pon bole bakar dua tiga ketol cake teros.
hahaha
__________________________________________________________________________

okayy resepi aku ikot Aunty Nani Rostam, resepi dia lain sikit dari yang lain, tapi aku nasihatkan korang yang first time baru nak belajar  baked Red Velvet macam aku rajin rajin tengok resepi orang lain jugak. So that nanti korang lagi kreatif nak menambahkan ke-sedapan, ke-empukan dan ke-lazatan your cake.

 Topping
250 cream cheese + 250 mascarpone dipukul kembang. mascarpone nie bapak mahal !
Masukan 1 cawan gula aising (brand King make sure diayak dulu) + 1 sudu teh esen vanilla dipukul sebati.
Masukan 300 ml non dairy whipping cream (sedikit demi sikit). Pukul sebati and simpan dlm peti sejuk.

Cake

A)  
240ml Buttermilk + 2 sudu the pewarna merah tuang dlm mangkuk.Rendam selama 10 minit. Ketepikan.
Kalau takde buttermilk, amik 240 ml susu cair tambah 2 sudu teh cuka.Perap for 10 minute.

B) 
250 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
secubit garam
2 sudu makan cocoa powder  (bahan bahan ini diayak dahulu dan disatukan)

C) Bancuh 2 sudu teh cuka dengan 1 sudu soda bikarbonat. Ketepikan.

Cara-cara :

Pukul kembang 150 butter lurpak dan 100 gula castor dan 200 gula perang dan 1 sudu teh esen vanilla. Masukan 2 biji telur (satu demi satu). Pukul kembang. Masukan sikit bahan B dan diselang selikan dengan bahan A. Lastly masukan bahan C.

Bakar cake dalam oven (panaskan oven 10 min dulu)  pada suhu 160c selama  20 minit.

Cake da masak tunggu sejam dulu sebelum letak topping. Then bole simpan dlm peti sejuk. Durasi membuat cake selama 2 jam dan membasuh peralatan masak jugak 2 jam. Part tu paling malasss sekaliii.

Selamat mencuba ! 
aku? dua tahun lagikk kot, hehe

Disebabkan terlalu keciwa dengan diri sendiri akibat kek yang tak menjadi maka projek penyelidikan tertangguh buat sementara waktu. Harap maklong. Okay bai.