Assalamualaikum and Good Day,
Sorry la aku takde idea nak letak apa tajuk entry ni. Memandangkan ada satu lagu yang aku asyik humming dari pagi tadi ada kaitan dengan putus cinta/putus tunang so kita bedal je lah. Melody and lyric lagu Di Matamu by Sufian Suhaimi ni macam melekat dalam kepala aku. Lagu ni viral and trending kat youtube since dua tiga minggu lepas but again, me being me. Baru sekarang nak amik tahu lol itu pun sebab aku dengar Naem Daniel yang cover. Best gilakkkk. Aku memang prefer suara R&B ni soul dia lain maciam okay. Entry ni bukan nak cerita gossip pasal artis sebab aku dah lama berhenti amik tahu hal hal macam tu tapi aku nak sambung entry Persepsi Sosial, dua teknik dalam Pengurusan Impresi. Macam yang aku cakap sebelum ni, sesiapa yang menguasai dua teknik ni adalah individu bijak and hidup dia akan jadi lebih mudah (depends on macam mana kau menilai makna dalam hidup) sebab dia berjaya potray-kan diri sendiri dalam perspektif baik so akan dapat faedah dalam pelbagai situasi.
Aku pernah baca kat Facebook, antara salah faham orang awam dengan bidang psychology adalah mereka fikir ahli psikologi ni boleh tafsir fikiran manusia macam ahli nujum. Betul, ahli psikologi memang tak tahu apa yang ada bulat bulat dalam fikiran manusia. TAPI pada pendapat aku, ahli psikologi ada sedikit kebolehan dan kemahiran untuk 'baca', memahami dan mentafsir fikiran manusia berdasarkan tingkah laku yang dipamerkan. And tak semestinya hanya ahli psikologi atau student psikologi yang boleh kuasai kemahiran tu tapi orang biasa pun boleh. Contoh ada seorang lelaki bernama S (bukan Sufian) berpenampilan rendah, berspek mata, berjambang kusut dan berkerja sebagai operator kilang tetapi mempunyai kelebihan berbanding lelaki lain iaitu beliau mempunyai tiga orang isteri. Apa takde lelaki yang lebih kaya lebih hensem and bujang ke dalam dunia ni? Tips and rahsia dia simple je which is dia akan mendekati wanita yang minat kat dia and jauhkan diri daripada wanita yang tak suka dia. Ini menunjukan bahawa S seorang individu yang bijak mentafsir fikiran orang lain and dia terlibat dalam proses Persepsi Sosial (Persepsi Sosial ni berkaitan dengan cara kita berusaha mengetahui dan memahami orang lain/ sesuatu peristiwa yang berlaku) ini contoh aku amik dalam buku.
Tiga ke empat tahun lepas, aku ada nengok Kdrama Bel Ami/Pretty Man. Aku sukaaaaaa gila cerita ni selain sebab kelaka nak mampus watak Kim Bo Tong and Dokgo Ma Te and macam mana Dokgo Ma Te ni mengorat 10 wanita (kalau tak silap) untuk pastikan matlamat dia tercapai (nak kaya jutawan and dapatkan maklumat pasal ayah kandung dia) dengan memahami dan mentafsir fikiran perempuan perempuan tu semua. Dorang ada terapkan teknik pengurusan impresi dalam cerita tu. Even time tu aku takde knowledge langsung pasal psychology, aku macam kagum gila and try to apply cemana nak baca fikiran manusia dengan hanya perhatikan behaviour dorang (bukan teknik mengorat ye lol pang kang) And I found it's reallyyyyyy interesting! Ada setengah yang berjaya ada setengah yang tak berjaya macam aku cakap dalam Persepsi Sosial akan wujud ramalan tak tepat disebabkan maklumat deria terhad, bias dan lain lain.
Straight to the point, dua teknik dalam pengurusan impresi adalah :
1. Meningkatkan Imej Diri (Self Enhancement)
Merujuk kepada penampilan diri untuk tingkatkan keyakinan diri. Teknik ni adalah teknik penampilan diri dengan cara yang positif and cara atasi sesuatu masalah dalam aspek yang positif. Individu gunakan teknik ni untuk membentuk imej positif atau perasaan positif orang lain terhadap dirinya. Fokus kepada penampilan/fizikal sahaja.
Kalau dulu tahun 1998, aku darjah 2 malu gila kena pakai spek sebab rabun (sebab spek aku beso gedabak macam spek Betty la Fea) tapi sekarang aku tak malu dah sebab zaman sekarang spek tu dah macam satu aksesori and fesyen. Lagi kau pakai spek lagi kau nampak macam budak bijak level Oxford lol ni pun salah satu contoh macam mana kita bertingkahlaku kesan daripada kehadiran orang lain. Tapi individu yang gunakan teknik ni perlu hati hati sebab ada kesannya. Pakai spek sebab nak nampak bijak pandai tapi sebenarnya tin kosong tak pun botol kicap. Kantoi bila lecturer tanya soalan apa peranan teori and hipotesis dalam penyelidikan Psikologi Sosial yang simple pun tak boleh jawab. Rupanya pakai spek sebab rabun asyik layan drama manjang bukan baca buku pun. Gulp. Asal aku terasa wkwkwk
Contoh dalam buku, model mat saleh ni pakai seksi seksi sebab pada dia kecantikan perlu dibanggakan dan dipertontonkan. Itu adalah persepsi dia untuk tingkatkan imej diri tapi orang Asia yang penuh adat and sopan santun akan mempersepsikan model tersebut sebagai negatif iaitu wanita yang tidak bermoral kerana berpakaian seksi.
2. Membina Imej Positif pada Mata Orang Lain (Other Enhancement)
Merujuk kepada sebarang usaha (selain daripada penampilan diri) supaya individu lain sentiasa positif terhadap dirinya. Contohnya selalu memuji-muji, menunjukkan minat melalui cara bukan lisan (eye contact, senyuman etc), setuju dengan pendapat, selalu minta pendapat and nasihat daripada individu yang sentiasa buat persepsi terhadap dirinya. Teknik ni memang paling berkesan untuk membentuk perasaan dan reaksi positif orang lain terhadap diri kita.
Mak aku selalu pesan kalau aku pergi mana mana kat tempat orang mesti kena senyum jangan nak tunjuk muka macam orang takde perasaan. Sebab kelemahan aku is muka nampak garang bila aku senyap so kekadang orang salah faham ingat aku tengah bad mood padahal aku normal je dok fikir lunch nanti nak makan apa. Dah la aku memang introvert. Dulu time sekolah rendah cikgu mengadu kat Abah aku misbehave at class because I'm always bitting my lips while she talked to me. But actually tu habit aku je sebab bepeluh kat dagu wkwkwk Since that aku membesar dalam keadaan tend to pleased everyone just to make sure that dorang comfortable being around me and tak kan ada salah faham macam tu lagi. Its quite tiring tapi berbaloi.
Tapi teknik membina imej positif pada mata orang lain ni lagi besar kesan dia sebab orang lain akan anggap teknik ni macam mengampu, kaki bodek so tak pepasal je kau akan dibenci dan dapat impresi negatif dari orang sekeliling. Macam yang selalu berlaku dalam organisasi la, pegawai amik hati majikan /orang atasan dengan amalkan budaya 'menjilat' and jatuhkan orang bawahan demi kepentingan diri sendiri naik pangkat, dapat jawatan, kenaikkan gaji etc. Fenomena ni dipanggil sebagai Slime Effect (Vonk, 1998).
Pembentukan Impresi
Persepsi Sosial ni jugak boleh berlaku dan terbentuk dalam keadaan melihat gambar atau jumpa 4/5 minit. Sebab manusia akan selalu kaitkan rupa paras seseorang dengan sifat/personaliti. That is why kalau buat resume ke CV ke kena letak gambar yang bersesuaian (nampak profesionalisme) sebab persepsi macam ni (melalui gambar) membentuk satu kesan penyempurnaan kendiri (Self-Fullfilling) which is set kepercayaan awal bahawa individu itu adalah begitu atau begini.
Kesimpulannya, kita ni (selagi namanya manusia bukan alien) ada kecenderungan untuk buat dua benda iaitu persepsi (memahami orang lain melalui eye contact, body language, ekpresi muka and penampilan) dan impresi (kelihatan tampil menarik untuk pembentukan impresi awal yang berpanjangan). And kita jugak sedar orang lain pun buat impresi kat diri kita. Jadi, gunakan la dua benda ni ke arah yang positif and benda yang baik baik je dalam hidup okay. Do a good deed and be nice with each other.
Habis dah satu sub topic Persepsi Sosial dalam bidang Psikologi Sosial ni. Aku harap jelas lah kot penulisan, penerangan and contoh yang aku bagi. Ni semua opinion peribadi je atas rujukan bahan ilmiah yang aku baca and aku try intrepretkan dalam bahasa yang lebih santai. Rindu sebenarnya nak masuk kuliah wuwu macam tak percaya seorang Nurain cakap gini kekeke
kbai.
Ain.. Doakan wrdh dpt jd penulis one day.. Wrdh bkl bkrja nt. Doakan wrdh dpt buat terbaik.. ��������������tq advise n info ni.. Muah
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat kejee dah! selamat beramal dengan ilmu. Tulis blog ni santai santai je takde stress hehe melainkan wardah mmg nak tulis buku ade dateline bagai. wish you all the best wardah ;)) imissyouuuu
Deletecanlı sex hattı
ReplyDeletehttps://girisadresi.info/
heets
salt likit
salt likit
44R0J