Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Monday, March 19

Andante

Assalamualaikum and Good day,

You're stronger than you think. Every battle you’ve fought, every scar and wound, every stumble and fall - they’ve all made you into who you are today. So take on everything that comes your way calmly, with quiet confidence. The Almighty won’t give you more than you can bear.

Rasa nak throwback semula sebab terjumpa balik diari lama.  Andante, meaning in a moderately slow tempo. Macam yang aku rasa sekarang ni, perlahan lahan apa yang aku pernah hajatkan dulu, Allah makbulkan satu satu pada masa dan ketika yang paling tepat. Kita cuma perlu teruskan usaha dan doa je ;')

-- aku tak dapat sambung study lagi rasa macam loser je (23 April 2014)

2014 nak sangat masuk uni lagi. Berkobar kobar lepas habis diploma nak ada degree pulak. Target nak ada degree as a batu loncatan walaupun time tu hampir putus asa sebab terpaksa bersaing dengan ramai lagi students yang jauh lagi muda. Tapi aku main redah je amik balik exam MUET as private candidate. Time tu dalam kepala fikir, kalau tak dapat masuk uni pun at least aku dapat improve English. Disebabkan format exam dah lain, aku self study je. Habis kerja bukak internet belajar kat youtube. Time tu aku nengok Demi Lovato series (lupa tajuk apa) tanpa subtitle English untuk improve listening and tambah new vocabulary. And usaha tak sia sia bila dapat result better than my first MUET (2008) and dapat tawaran masuk UKM. Alhamdulillah

-- aku dah semester 4 ni nak dapat 4.00 flatttt! arghh (26 Januari 2012)

2012 walaupun every semester dapat dean list tapi aku tak pernah dapat 4 flat. Paling tinggi 3.93 je.  Of course kecewa. Lepas tu result maintain je tak naik tak turun dalam ranged 3.76 - 3.80. Time kat UPSI persaingan tu agak kuat jugak la sebab ramai akan tanya kau punya result berapa. So stress bila tak capai target walaupun aku rasa aku dah usaha. Malu kat diri sendiri sebab tak boleh score dalam exam walaupun time tu aku dah ade KAAK. Lastly, next semester 5 akhirnya dapat jugak 4 flat. Lucky me, all my best friends kat UPSI sangat supportive. Alhamdulillah

-- Ain jangan takut dengan masa depan, you go girl! (23 Mei 2010)

2010 Time ni baru dapat panggilan interview sambung belajar kat UPSI setelah stress tak dapat offer masuk uni (diploma). Risau kalau takde diploma nak kerja apa walaupun time tu aku kerja as a teacher. Banyak gila application aku hantar siap mintak surat sokongan Menteri lagi nak masuk uni. Buat surat rayuan kat KPM. Aku tak ingat berapa ratus salinan fotostat aku mintak principal tanda tangan sampai kena marah sebab banyak sangat. Usaha tanpa kenal erti lelah. macam klise je kan bunyi but its really work. Bulan September dapat offer uni pendidikan. Rasa happy tu sampai sekarang tak boleh lupa. Alhamdulillah

-- being a teacher since 3 days ago. tak confident langsung ni (3 September 2009)

2009 Pengalaman pertama jadi cikgu memang takkan boleh lupa sampai bila bila. Nervous tu sampai tangan kaki shaking seram sejuk. Bukan senang kot nak adapt suasana baru. Dah la muda 20 tahun kena jadi Cikgu didik and asuh anak orang. Satu kelas ada 15-20 orang. Dah la takde pengalaman jadi mak orang, adik aku pun dah besar besar. Imagine aku boleh keluar kelas 5 minute pergi menangis puas puas lepas tu masuk kelas balik and students aku pelik haha  Sebab aku rasa aku fail jadi cikgu yang baik untuk dorang. Since that aku set dalam kepala nak jadi cikgu paling bagusssss dalam dunia. Aku dah jumpa passion and jatuh hati dengan early childhood education. Alhamdulillah
______________________________________________________________________________

My concerns yang aku pernah tulis dalam diari dulu. Bila baca balik rasa nak gelak je tapi dalam masa yang sama rasa nak peluk diri sendiri and cakap syabassss beteyy haha kalau bukan sebab rasa anxiety, low self esteem and takut takut etc macam tu mesti takkan ade Ain yang sekarang (more positive and sado gituu kekeke). Rasa takut tu bagus sebab dia bagi peluang kat kita untuk jadi berani like I said before. Character kita ni boleh develop and personaliti kita boleh berubah rubah dan tak bersifat statik (bergantung pada keadaan/masa).

I used too overthink and worry too much. But you know what?
Your worries reach nowhere but your du'a reaches the heavens.  Have faith!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih