Assalamualaikum and Good Day,
Pandangan aku la kan, sesiapa yang pandai tafsir fikiran orang lain ni melalui teknik dalam Persepsi Sosial dia adalah orang yang bijak sebab its make your life much more easier (in a good way).
Hari ni macam tak percaya aku rajin pulak nak sambung subtopic post semalam sebab selalu aku malas kekeke zaman start berbelog dulu excited nau share kat facebook lepas habis buat satu entry walaupun entry cerita pasal dapat makan ayam goreng free je. Sekarang ni seratuslimapuluhjutakali aku fikir nak share ke tak sebab kelompok friend kat facebook dah berubah. Kalau dulu cuma membe membe level IQ yang sama je lol haha sekarang ni ada bekas majikan, kawan sekerja, sedara mara yang jumpa setahun sekali or maybe potensi majikan baru, bakal in laws, jodoh. Gulp. Impression dorang kat aku camne la kan walaupun hanya melalui pembacaan penulisan dalam blog je huhu But again, I don't know about a lot of things. I am merely an observer. I come to this safe space (blogging) that I have built since 8 years ago and I just wanna share some of my thoughts. Pinjam aura #Newsletter Aida Azlin hehe I loveeeee her video so much! Such an inspirational. Go and check it out
Okay cakap pasal impression orang lain terhadap diri sendiri ni so this time aku nak share subtopic Persepsi Sosial. Korang yang baca blog ni and start to assume what kind of person am I maksudnya korang dah pun terlibat dalam proses Persepsi Sosial tau. I'm okay, its normal thing. Seorang Nurain dah cukup dewasa untuk bersikap terbuka and tak cepat melatah since bergelar Graduan Psikologi. Lebih memahami gitu hahaha tapi betul la. Aku rasa classmate aku pun atau students psychology dalam dunia ni kekadang hadapi situasi yang sama di mana kau tak boleh melepaskan emosi marah, frustration, annoyed, geram apa semua yang negatif secara terbuka sebab kau sedar perkara yang berlaku bersebab and kau cuba nak fahami keadaan orang lain dengan lebih baik. Kira macam you're that friend that has to walk behind the others when the sidewalk doesn't fit a group of three camtu lah level beralah and toleransi kau. Faham tak contoh aku ni? hahaha cemana aku boleh ketawe dengan kata kata sendiri lol
Persepsi Sosial ni berkaitan dengan cara kita berusaha mengetahui dan memahami orang lain/ sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam proses ni korang akan start mengamati, kenal pasti, membezakan dan buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang diterima daripada deria memasing. Kemudian akan diproses dalam otak dan ditafsir ikut makna tertentu. So bila cakap pasal pemprosesan maklumat dalam otak maksudnya proses kognitif sedang berlaku ye. Part ni kita kena hati hati sebab bila dah buat keputusan berdasarkan persepsi, boleh jadi berlaku salah faham,bias, ramalan tak tepat. Contoh, dulu aku ada kenal sorang ni. Dia selalu je sesorang takde geng sebab penampilan dia macam daring sikit. Orang lain macam tak ngam bila kawan dengan dia. Aku pulak jenis kawan je selagi mana dia tak menyusahkan hidup aku. Borak punya borak, tau tak apa yang menyentuh hati aku? Dia confess kat aku yang dia teringin nak pakai tudung tapi dia takde duit nak beli and baju dia pakai semua tu turun temurun dari zaman kakak dia. Sebab tu la saiz baju tak sama bila dia pakai macam fit sikit. And dia sedar sebab tu orang taknak dekat berkawan dengan dia.
Nampak tak kesan daripada persepsi yang kita buat tersasar? Kita dah jatuhkan hukuman/judgemental kat individu tanpa memahami keadaan dia sebenarnya macam mana. Maklumat deria yang kita dapat sebenarnya terhad and bersifat ekspelisit (luaran) je. Perbuatan yang salah tetap salah, macam aku cakap before this kita bukan nak galakkan tingkah laku yang tak sepatutnya tapi kita nak memahami manusia dengan lebih baik melalui pembentukan sikap yang lebih positif. So bila berhadapan individu yang bertingkah laku tertentu sebaiknya kita fokus pada perubahan sikap dia daripada membuat penilaian negatif okay. Ada dua konsep manusia yang suka tonjolkan diri supaya nampak sempurna dimata orang lain dalam proses Persepsi Sosial . Pertama individu yang berusaha secara sedar membentuk persepsi orang lain (positif) terhadap dirinya dan kedua, individu yang memerhati dan berusaha untuk memahami punca sesuatu tingkah laku. Aku sarankan baiklah kita jadi individu kedua tu. Dunia ni sementara je tau kalau nak cari silap orang manjang huhu
Kan best kalau semua orang ada kebolehan untuk kuasai teknik pengurusan impresi dengan lebih baik. Sebab kita as a manusia adalah makhluk tuhan yang paling seksi eh tak bukan. Maksud aku, kita as a manusia sebagai makhluk yang adaptif sentiasa buat persembahan diri yang startegik. Kita sentiasa put an effort and keep on trying untuk nampak baik, bijak, berkebolehan depan orang dalam pelbagai situasi. Pakai baju raya time interview kerja sebab baju raya kau paling meriah tahun lepas, pakai minyak wangi and bermekap bila pergi jumpa dengan boyfriend (sekarang dah ex, kbai), berhias mengalahkan pengantin bila kau jadi pengapit je pun atas pelamin lol. Semuanya bertujuan untuk mencapai matlamat tertentu seperti keyakinan dan kepercayaan orang lain (dapat kerja, dapat pasangan hidup, dapat perhatian etc). Ada dua teknik dalam pengurusan impresi ni. Part ni paling best. Macam aku cakap awal awal orang yang kuasai teknik ni memang bijak sebab dia percaya pembentukan impresi awal (first impresion) akan beri kesan yang berpanjangan.
Okay lah, aku rasa post ni dah macam karangan dalam buku teks. Wording je semua dah la tak kelakar, topic ilmiah la pulak. Aku stop sampai sini je dulu. Memang part yang paling best kena sambung bahagian lain. Sama macam makan ayam goreng lah, part kulit yang sedap kena makan paling laaassssttttttt sekali.
kbai.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih