Disclaimer : Blog post yang lepas lepas mahupun yang paling latest akan ada misspell, typo, grammatical error, bahasa wicet, cringe moments, wording size tak sama, gambar tanpa edit etc so please bear with me. Aku takda masa nak re-read and edit balik. Let bygones be bygones. Ada beza seorang Nurain ketika zaman remaja and zaman meningkat dewasa lol

Thursday, March 22

AKU DAPAT KERJA!

Assalamualaikum and Good Day,

Aku baru je balik iv, kali ni paling sekejap iv sebab candidate tak ramai. Tiga orang je termasuk aku yang datang walaupun dalam emel sepatutnya ada 7 orang. Ikut hati macam biasa la, rasa nak iv sekali lagi. Tadi aku macam tak smooth sangat, idea semua berterabor lol maybe sebab dah lama tinggal bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak since sambung degree (almost 4 years) so bila panel penemuduga tanya pasal diet pemakanan menu harian, pasal penjagaan baby kelam kabut jugak aku try nak ingat balik. Semalam aku study sikit and focus part pentadbiran and pengurusan, AKTA Taman Asuhan  Kanak-kanak 1985, child developmental etc tapi satu pun tak ditanya. Tak rugi pun baca balik (pujuk hati sendiri je erkk), ingat ye dalam dunia ni takde usaha yang sia sia. Yang bestnya iv ni sebab suasana tempat kerja kot. Aman tenang je aku lalu kat kawasan pejabat pentadbiran. Banyak pokok, taman bunga best laa. Dah la dekat je dengan rumah aku kat Sentul tu je haa.
_____________________________________________________________________________

Itu adalah draf yang aku tulis semalam tapi setengah jalan je sebab aku ingatkan nak delete and tak nak post sebab rasa macam takde input. Lebih pada pengalaman peribadi je, baik aku tulis dalam diari instead of blog kan wkwkwk dah la iv semalam paling tak perform tapi aku rasa nak share pulak sebab AKU DAPAT KERJA! Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah! Baru semalam pergi iv pagi tadi dapat call offer kerja dalam tempoh 24 jam. Terkejut bukan sebab dapat kerja tapi terkejut sebab cepat nauu haha sebelum ni aku pergi iv mana mana tak pernah bagi thank you email tapi semalam lepas iv je aku rajin la pulak hantar email kat HR. So sesapa boleh la praktik lepas ni kalau pergi iv mana mana organisasi kena hantar thank you email okay. It's work! Macam aku pernah cakap sebelum ni, macam mana pembentukan impresi berlaku dalam psikologi sosial mempengaruhi tanggapan positif orang lain terhadap kita. Hantar emel cakap terima kasih je pun dah bagi kesan penyempurnaan kendiri (self Fulfilling) and good impression diri kita pada bakal majikan.

Syukur sebab dapat tempat kerja dekat dengan rumah Gombak-Sentul je, enviroment pun aku rasa macam selesa, staff semalam pun muka semua manis manis senyum jee tu pun dah cukup buat aku happy walaupun gaji tak mengikut kelayakan aku sebagai graduan ISM. Kalau nak tunggu offer kerja goverment tah bila la pulak kan. Aku pun dah tak sabar nak get busy and berbakti. Amboi  Buat masa sekarang ni, aku terima je dengan hati terbuka sebab aku yakin dan sangat yakin Allah dah tetapkan rezeki aku kat sana mesti ada seribu satu sebab. Aku dah janji kat diri sendiri sebelum ni, walau apa apa pun position aku kat mana mana sekali pun, mesti buat yang terbaik sebab kerja tu ibadah jugak.

So dalam masa seminggu ni aku nak study balik PAKK and prepare flow kerja siap siap sebelum start kerja. Sebelum tu aku kena siapkan dulu translation my thesis sebab SV UKM nak publish thesis aku hehe that's another good news for the past week. Aku busy buat back translation malay-english-malay-english balik haha sebab tu takde masa nak continue subtopic in Social Psychology. Seronok rasa bila kita dapat beramal dengan ilmu ni. Mencapai satisfaction level langit ke tujuh tauu walaupun benda tu sekecil kecil perkara. Semoga seorang Nurain dapat jadi seorang Penyelia yang palinggggggg bagus dalam dunia. Nak jadi support system yang baik untuk anak buah/rakan sekerja so wherever working day become so hard and tiring, everybody can lean on me gituuu.

kbai.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih